Wednesday, September 21, 2016

Empangan Klau, Raub, Pahang

Empangan Klau ni kalau kami ni penduduk Lembah Klau dah dengar cerita dari kami kecik-kecik lagi tau. 

Datang lah dari satu kumpulan ke satu kumpulan juruukur tanah, jurunilai harta tanah dari tahun 1990an sampai la ke tahun 2000.

Rupanya company tempat husband aku kerja ukur tu memang last batch yang final ukur tanah rupanya. Last diorang buat kerja-kerja kat situ dalam tahun 2006 kot..

Ingat dah tak jadi..rupanya jadi. Menurut husband aku, pelan asal memang hampir keseluruhan termasuk kampung kami tu tenggelam. Lepas tu diorang rendahkan lagi sehingga kampung kami tu jadi sebuah pulau. Last adjust...tak kena pun. Cuma kawasan sekitar sungai dan kebun kelapa sawit je yang ditenggelamkan.

Arwah abah aku dan orang kampung aku semuanya mengusahakan tanah rizab di tebing-tebing sungai dengan menanam pokok buah-buahan terutama koko dan durian. Kebun arwah aku sendiri berada di tepi jalan besar berhampiran jambatan di kampung aku tu.

Kalau dulu sungai tu kecik je tapi sentiasa mengalir. Sungai tu tempat kami mandi dari kecik sampai la besar kalau air paip tak de atau pun bila ikut abah ke kebun.

Dari setahun ke setahun kami tengok pihak kerajaan buat jalan sini, tutup jalan sana. Tutup jalan sana, buka jalan sini. Dalam hati dok fikir macamana la nak jadi empangan ni. Bukannya besar mana pun sungai tu nak alirkan ke empangan.

Kalau tak silap tahun lepas ke awal tahun ni, hujan lebat malam tu. Bila siang tu nak ke bandar Raub, nampak kebun abah dah tenggelam dgn air tapi kali ni tak bergerak air tu. Itu biasa kalau kebun abah tenggelam kalau hujan lebat.

Sudahnya minggu berganti minggu, walaupun dah tak hujan, air tak mengalir dah. Malah air sungai dah jadi hitam dan busuk. Waktu tu bukan sahaja sungai kat kampung kami, tapi kampung di Felda Lembah Klau pun sama.

Orang mula bertenggek di jambatan merenung nasib sungai yang dah tak cantik. Hilang kenangan kami dan tempat nak mandi sungai dah lepas ni. Air rupanya dah mengalir ke empangan.

Bila dah jadi empangan, maka wujudlah satu hobi baru penduduk Lembah Klau iaitu memancing dan menjala ikan. Bukan setakat tu, ada jugak yang beli bot dan menjual hasil tangkapan. Tapi memang rare la ikan-ikan kat sini. Lubuk ikan bagi orang yang kaki pancing. Setakat nak jumpa Baung, Lampan yang besar-besar tu memang boleh dapat la. Tak tahu datang dari mana ikan ni.



Sekarang ni, empangan Klau ni dah start jadi tempat rekreasi la..boleh dah tambah dalam list bagi kaki pancing tempat nak memancing hujung minggu. Mana kaki pancing kaki pancing sekalian, meh la berkunjung ke kampung saya ni. Mesti puas hati bila dapat hasil nanti. 


Gambar kredit dari fb : Empangan Klau. Boleh search sendiri untuk tengok lebih banyak gambar

Tuesday, September 6, 2016

Genius Aulad : The Read-It-Right Challenge & Cabaran Bijak Membaca

Syukur Alhamdulillah, terima kasih..

Ini je mampu aku ungkapkan bila Pn. Atie founder GA BSD call untuk inform Rahadatul Aisy terpilih untuk final Cabaran Bijak Membaca bagi wakil GA BSD Jumat lepas.

Pn. Atie ni call aku suruh aku guide Aisy untuk membaca cerita yang dalam 4 pages tu. Dia dah tulis pun perkataan apa yang aku perlu train dia bagi lancar.

Kita bila dengar berita macam ni dah excited giler siap share dalam group whatssapps kami adik beradik. Kami yang over excted nak train Aisy membaca dengan lancar dan dengan intonasi. Maklum la, kami kecik-kecik dulu semua penakut ke depan bercakap depan orang ramai. Sampai ke besar pun tak pernah public speaking lagi..

Tapi hujung minggu, dua hari tu langsung dia tak nak practice. Ada sekali je dia baca depan aku. Memang la dia lancar je baca cerita tu walaupun Pn. Atie kata ada 4 perkataan tu macam susah jugak la bagi budak 6 tahun nak sebut kan.

Sampai hari Ahad pun dia tak nak practice baca. Aku ni mudah naik angin je kalau dah tak nak practice semua. Biarkan je. Cuma suruh abah dia lak yang pujuk. Pun tak jalan jugak. Dia slow talk dengan Aisy kenapa tak nak practice, Aisy kata dia dah tahu baca. Tak nak baca ulang-ulang yang sama.

Kalau itu lah jawapannya wahai anak, terpulang lah sayang oii. Mak dah tak tahu nak buat macamana lagi dah. Nasib kau dah pandai baca. Lain kali kena beritahu teacher sekolah dia la dia ni bukan jenis nak practice ulang2 benda yang sama je bila dia dah tahu.

Result belum tahu lagi sebab challenge tu semalam. Nanti bila dah ada result aku update kat sini. Tapi aku tak menaruh harapan pun kat dia ni sebab dia tak practice pun membaca. Asal tahu membaca je la. Menang tu rezeki, kalah pun dah rezeki dapat wakil GA BSD tu.


Monday, September 5, 2016

Musim Buah

Salam....

Sekarang ni kalau buka je fb hari-hari orang update gambar durian musang king kan? Dah dekat sebulan lebih jugak aku rasa durian musang king ni glamour. Sampai masuk Majalah 3 dan berita TV9 la kawasan kampung aku tu ...glamer jap Raub..



Cousin , founder Jelu Agro Farm


Disebabkan durian ni macam sedap je, kami adik beradik pun terjebak nak makan buah mahal ni. Tengok TV memang la harga sampai RM 50 / 60 sekilo, tapi sebab harga sedara-sedara dapat la harga RM 15.00 sekilo utk durian musang king dan 101 dapat la harga RM 10.00 sebiji je.

Musang King
Durian 101

Which one yang sedap? Ikut anak tekak aku 101 lagi sedap dari musang king. Ini anak tekak aku dan juga kami satu family la. Mungkin sebab 101 tu isi dia macam kuning lagi sikit dari musang king dan dia rasa lemak berkrim kan..memang terbaik la..tapi lagi sodap durian kampung dekat rumah arwah nenek aku tu.

Pulut durian

Dah lama sebenarnya tak ke rumah arwah nenek aku tu, rumah arwah pun tinggal sepi je atas bukit tu. Semua pokok buah pun kadang terbiar je tapi kali ni kebetulan durian hanya menjadi di sebelah Raub je, memang harga agak mahal walaupun durian kampung. Syok pulak bila secara kebetulan terjumpa dgn sedara mara yang mencari durian kat kebun ni. dapat la merasa durian fresh jatuh dari pokok dan dapt jugak merasa kena gigitan cinta dari nyamuk aedes ni.

Sekarang ni bukan setakat musim durian, tapi semua buah-buahan tempatan memang menjadi. Alhamdulillah, dulu arwah abah tanam pokok buah sekeliling rumah. Dapat la anak menantu makan buah ni. Tapi cucu tak makan pulak kecuali Amni seorang. Cuma diorang dapat enjoy memetik buah dari pokok walaupun tak makan.

Bekal bawa balik KL
Dulu nak ke kebun buah walaupun belakang rumah mak je, tapi agak semak sebab daun pokok koko penuh atas tanah. Macam bahaya jugak la takut ada cik ular yang jalan-jalan atas daun tu kurang nampak kan. Sekarang ni sejak menantu seorang Hajah Mekyah tu menjaga kebun, habisnya ditebang pokok koko sebab hasil dah tak ada sangat. Lagi pun tak ada orang nak kutip dan proses koko tu dah. Dulu aku rajin, sekarang aku dok dang..banyak kije..aku dang makang je..

Buah dokong - duku langsat
Bila dah terang benderang kebun buah, 3A tu tak boleh tengok langsung abah dia tukar uniform pakai seluar. Kalau pakai kain pelikat je tau la tak ke mana. Tapi kalau tukar pakai seluar tak kisah apa jenis seluar, panjang ke pendek, pakat dok berbelit kat kaki abah. Sama ada dapat round-round naik motor pi tengok air empangan, pergi tengok lembu, kambing, kera, dan bagi ikan makan kat sungai. 

Rambutan anak sekolah
Dua minggu ni terlalu excited dapat petik buah manggis sendiri dari pokok dan tolong pegang tali bakul sebab abah dia dok panjat pokok. Rambutan yang banyak-banyak tu pulak saje la Hajah tu ikat jual. Jual murah-murah je..satu ikat dalam RM 3.00 tak pun dua ikat RM 5.00. Daripada buruk je kat pokok, kita jual. Nak sedekah semua orang pun ada buah yang sama. Sama la jugak dengan buah dokong tu..terlalu banyak kita jual je murah-murah. Kalau rasa nak makan buah ni, jemput dan silalah datang ke rumah mak aku ya hujung minggu ni. Ye la..buah ni bukan boleh tahan lama sangat pun. Dah dua minggu masak kan, mungkin ni la minggu akhir boleh merasa lagi sebelum semua buah tu rosak.

Rambutan kuning

Sape-sape yang nak otw kelik kelate hujung minggu ni yang lalu ikut jalan alternatif mempaga lembah klau tu, jemput la singgah berehat makan-makan dulu ye. Tapi self services la panjat pokok ye. Sebelum tu roger-roger dulu aku ye...Kalau lalu ikut jalan besar dari bandar Raub ke Lipis ikut Gali tu boleh singgah di gerai cousin aku berhadapan dengan SMK Gali di Gali Tengah. Ada macam-macam jenis buah-buah tempatan di jual kat sana. Boleh dapat dengan harga kasih sayang je tak macam kat dalam TV tu.



Friday, September 2, 2016

Anugerah Terindah

Salam..

Lama betul tak up entry kat blog ni. Tak tahu nak cerita apa sebab semua macam biasa walau pun banyak la karenah anak-anak terutama yang sekolah.

Tapi kali ni nak story tentang novel vs drama kat TV3 yang meletop-letop tu..apa lagi kalau bukan SayangKu Kapten Mukhriz...

Aku dah lama tak baca novel sebab aku rasa kalau nak baca novel ni kena ada masa free yang boleh nak feel melayan watak sampai kita masuk dalam novel tu.

Sekarang ni kalau nak baca novel banyak waktu terganggu. Baru nak buka novel anak dah datang nak itu, nak ini. Lagipun quality time dengan anak-anak tu penting sebab ada lima jam je sehari kalau hari kerja.

Dalam lima jam tu la kita nak masak untuk makan malam, basuh baju, lipat baju, ibadat, tengok home work anak last-last biasanya aku yang tewas dulu sebelum anak-anak aku tidur. Ye la, jam lima pagi aku dah nak kena bangun prepare breakfast and siapkan semua sekali sampai la hantar anak ke sekolah dan aku lak terus pergi kerja.

Kat office walaupun free tak de kerja sangat, tapi tak de la sampai boleh nak baca novel kan. Lunch hour satu jam tu walaupun aku tak makan tapi aku guna 30 minit utk tidur then solat Zohor. Hari tu ternampak Prof Muhaya punya tips ke apa, tidur siang tu untuk kekal muda. So, kena la amalkan walaupun hanya dapat tidur 20 minit je.

Aku memang layan drama-drama pukul 7.00 malam kat TV3 / TV1 mana yang best la. Kalau hero atau heroin tak best biasa tengok gitu-gitu je.

Tapi tak tahu kenapa cerita SKKM ni macam best pulak. Suka tengok Dr. Ariana Dahlia ni tergedik-gedik nak ambik perhatian ustaz Kapten Mukhriz tu. Cerita yang cukup rencah rasa. Tu yang layan drama ni. Tak cukup drama, langsung mencari novel dia.

Sanggup cari kat Popular sampai dua kali pergi tak ada stok, aku sampai dah give up. Tapi kali ketiga pergi cari ada satu je. Rezeki..kalau tak terpaksa la order online je. Tak cukup dengan novel yang asal, order pulak kisah sambungan yang ditulis oleh penulis mungkin selepas drama ni keluar kat TV.

Aku dah beli novel AT ni dah tiga minggu tau, tapi aku tak habis baca lagi. Mula-mula dapat terus baca bab last sekali sebab nak tahu kesudahan cerita. Sekarang ni tengah merangkak baca dari bab satu. Banyak skip terutama bila cerita tentang Awina. tak minat nak baca..

Cerita SKKM dan novel AT ni bukan aje aku yang tergiler-giler nak baca dan tengok, Rizal pun sama. Tapi dia tak la duduk tunggu dari pukul 6.58 petang tu. Tetap pergi main bola juga cuma dia akan suruh aku update la apa yang dia terlepas.

Novel lak sekarang ni gilir-gilir baca. Kalau aku free aku baca, kalau dia tengok aku tak baca, dia lak sambil baring baca novel AT. Boleh tak laki bini melayan cerita dan novel ni? Bukan setakat aku, anak-anak aku pun melayan drama ni jugak. Siap tanya-tanya lagi. Bila sebut nama orang lain selain hero / heroin tak kenal. Kena sebut pakai kereta apa baru tau yang mana. Amsyar tu pulak suka bila nampak Mukhriz pakai uniform army tu.

Bila cerita ni ada banyak benda yang aku teringat terutama lokasi penggambaran kat TLDM Lumut. Aku dah lost contact dengan seorang mamat ni sebab aku tukar no. phone kot waktu kat U dulu. Dia navy kat sana. Tak tahu la masih di sana atau dah pindah. Mamat ni bukan sama sekolah dengan aku pun tapi kami satu daerah. Aku pun tak ingat macamana kami boleh kenal. Dulu-dulu mana ada handphone, kami tulis surat je. Kami bukan couple pun, tapi kawan. Sahabat pena la lebih kurang macam tu.

Watak Mukhriz tu pulak buatkan aku teringat juga sahabat pena aku yang study kat UIA jugak macam Mukhriz. Nama pun sama, Mukhriz dan asal Kedah lebih kurang watak dalam novel orang Perlis tapi dalam drama orang Selangor.

Bila cerita ni habis, macam terniat nak cari balik kawan-kawan lama ni semula. Try cari kat fb tak jumpa lak. Kalau ada readers yang macam agak-agak kenal dgn dua insan ni nanti beritahu ye. Nak tulis surat semula dah tak tahu nak cari mana alamat diorang sebab aku tulis semua address kawan-kawan aku dalam diary. Tapi diary ni tertinggal dalam bas atau teksi waktu aku tergesa-gesa nak kejar bas di Pudu Raya nak balik Jb waktu study dulu.

Walaupun cerita SKKM dah habis, aku macam tak boleh move on pulak dengan cerita baru ni. Terasa macam best je tengok SKMM tu. Suka tengok cerita yang realiti daripada tengok cerita anak muda (hero) drive kereta mewah2 bajet anak Dato'.

Ok, bertabah tengah tunggu novel sambungan AT walaupun novel AT masih belum habis baca.

p/s : Buat dua sahabat pena saya ni, Angah Rashid dan Mukhriz kalau ingt saya lagi boleh contact saya ye.