Thursday, June 23, 2016

Salam Nuzul Al-Quran

Salam...

Lewat sehari ucap salam Nuzul Al-Quran ni. Maklum la..kalau cuti malas tahap gaban nak update blog. Lagi pun 'busy' bebenor..

Sempena cuti Nuzul Al-Quran semalam, aku dengan adik pergi ke Jalan TAR. Lama giler tak jejak kaki ke sini rasanya membeli dan membelah. Tapi tak membeli dan membelah sangat. 

Orang Nuzul Al-Quran bacalah Quran tu banyak-banyak, ni pergi merayap pulak kan???Harus ubah tahun depan kalau dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadhan. Kalau tak panjang umur, kem salam kat diri sendiri sebab pentingkan duniawi ni..ingatan untuk diri sendiri.

Rasa macam lama giler mengukur Jalan TAR tu tapi rupanya hanya tiga jam. Dulu-dulu kalau tak tengah malam baru balik, itu bukan mengukur namanya. Sekarang tiga jam pun dah cukup penat mengukur setiap kedai.

Tapi bazar kat Jalan TAR tak la semeriah macam dulu-dulu. Dulu bersepah orang jual kuih-kuih raya, sekarang tak banyak pun. Yang banyak jual baju-baju dan tudung. Gerai serunding, telekung dah kurang. Telekung lak tak de yang latest design sebab biasanya nak raya macam ni la suka beli telekung baru.

Lepas ukur Jalan TAR, masuk SOGO pulak. Mak ai..lautan manusia yang sangat-sangat ramai kau. Kalau bahagian pakaian budak memang terlalu ramai. Sampai nak bayar pun kena beratur lama.

Balik menngukur Bandaraya, bersilat kat dapur pulak. Budak-budak ni tinggal dengan abah diorang sebab aku keluar seawal 8.30 pagi cuma beritahu Aisy mama nak pergi kerja. Kalau tak dia nak ikut. Bukan tak nak bawa dia, nanti sekejap je dia nak balik.

Menu berbuka hari cuti semalam terlebih rajin. Aku masak nasi minyak, ayam masak merah, acar timun dan udang goreng butter. Hantar sebekas untuk adik yang tinggal kat blok sebelah. Rizal makan sampai dua kali trip dan bertambah. Kenapa dua kali? Kali kedua lepas terawikh ke? Bukan...lepas balik hospital...

Hospital lagi? Budak ramadhan ke yang sakit lagi?

Bukan..kali ni budak Zulkaedah (Amni) pulak yang sakit.  

Lepas je berbuka kita nak Maghrib, dia mengadu sakit perut. Pada halnya petang tadi elok je ke Bazar Ramadhan dan mandi sejam kat bilik air. Keluar bilik air terus menangis-nangis sakit perut.

Budak Amni ni jenis tak suka makan nasi kalau tak bersuap. Umur dah nak masuk lima tahun tapi masih manja sangat-sangat. Sehari dia kat rumah memang dia tak suka makan pun, dia makan la biskut dengan susu je tapi tak la pernah sakit pun.

Nak jadi cerita, semalam dia sakit. Telefon klinik swasta semua dah tutup. Rizal bawa dia ke hospital je. Dia ajak aku pergi sekali, aku tak nak ikut. Alasan, lambat nanti nak aku siap dan nak siapkan Amsyar jugak. Kena bawa susu bagai. Malas...

Samap pukul 10.00 malam Rizal tak telefon apa, aku dah risau. Ye la, pergi buta-buta tak bawa sehelai dua baju. Buatnya kena tahan kat ward, macamana aku nak pergi hantar barang-barang tu semua.

Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Mungkin perut ksong dan angin je. Sampai hospital dia muntah kat kaunter pendaftaran. Lepas muntah dah ok. Tapi doktor kata mungkin berpunca dari aiskrim. Memang budak tu makan aiskrim pun. Doc ni boleh guess ye punca apa walau tak cerita makan apa...

Balik rumah, terus makan nasi. Takut kena marah dan takut kena pergi hospital lagi. Sudahnya, tiga-tiga anak aku ni dah ada rekod nama kat Hospital Selayang la pulak. Em..tak kisah la..janji setakat ni aku puas hati atas service diorang cuma yang waktu Amsyar admit tu je kurang puas hati.

Ramadhan ada lagi 12 hari ni...harap-harap tak ada kejadian lain la...Amin...

Tuesday, June 21, 2016

Pengalaman Bertarawikh di Masjid

Salam Ramadhan....

Sabtu lepas berkesempatan untuk ke masjid setelah Ramadhan dah hampir separuh habis. Kali ni pergi pun atas desakan Aisy yang nak sangat ke masjid seperti minggu sebelumnya.

Tapi kali ni aku angkut sekali dengan Amni dan Amsyar. Nak tengok apa jadi kalau bawa anak buas macam Amsyar ke masjid.

Parking je kereta kat perkarangan masjid, Amsyar dah tak sabar nak keluar dari kereta. Lagaknya macam nak terjun je dari seat tu ke tanah. Aku dukung dia letak dalam ruang solat wanita.

Mak ai..terus berpancak silat dia dalam masjid tu. Eh, dia bukan berpancak silat, dia bertukar menjadi Ultraman menentang raksasa khayalan dia.

Tapi satu la aku suka bab Amsyar ni, Ultraman ultraman jugak, tapi bila kawan2 mak aku panggil ajak salam, pergi tu. Salam cium tangan lagi. 

Tak sangka lak malam tu bukan aku je yang bawa anak, tapi ramai kawan-kawan mak aku yang bawa cucu masing-masing. Yang kanak-kanak 'solat' pun ramai. Yang tak solat macam Amsyar pun ada. Tapi Amsyar yang paling tak boleh blah.

Aku sempat solat Isyak penuh empat rakaat ikut imam dan tarawikh cuma 4 rakaat je. Yang lain masih memerhatikan si budak kecik tu. Budak Amsyar tu boleh faham la dia tak tahu nak hormat orang sembahyang macamana lagi, tapi si budak besar dua orang tu sama naik je.

Budak berdua tu solat Isyak je, tarawikh tak pun. Minggu lepas bawa Aisy seorang je dia duduk baik je kat belakang orang solat. Kali ni ada kawan, bantai dia bermain dengan Amni pulak. Ada masa berkejaran dengan Amsyar. Ada masa aku dah terdengar Aisy memanggil Amsyar, mungkin budak tu dah termasuk ruang solat lelaki.

Bila habis je tarawikh, aku ajak budak2 ni duduk luar je. Bukan tak nak duduk luar dari mula, tapi Amsyar ni suka sangat letak kepala di celah-celah tiang botol kat masjid tu. Aku risau kepala dia tersangkut je tak boleh tarikh keluar. Dah satu hal. Ni budak ni budak Ramadhan, bila masuk je Ramadhan mesti ada je peristiwa.

Lepas je habis doa witir, semua pakat lari kat Rizal dan memang Rizal  ni jenis tak jamah moreh pun, terus je balik. Bukan main suka lagi la diorang malam-malam buta dapat naik motor.

Dari pemerhatian aku, patutnya aku sediakan buku atau kertas untuk Aisy & Amni ni menconteng, menulis dan melukis. Baru lah diorang ni duduk diam. 

Untuk si budak kecik Amsyar ni aku tak de idea lagi nak buat macamana. Aku dah bawa handphone nak bagi dia ralit main game atau tengok upin ipin je, tapi takut bising pulak. Tu yang tak keluarkan pun. 

Aku tengok ada seorang budak lelaki tu sebaya Amsyar, baik giler. Dia berdiri je sebelah ibu dia. Cuma yang last-last tu baru dia panjat-panjat ibu dia. Kenapa lah Amsyar ni tak boleh duduk diam.

Ada tips nak share, sila tinggalkan komen anda ye? Terima kasih...

Friday, June 17, 2016

Menu Berbuka

Salam...

Alahmdulillah, hari ini genap kita semua masuk hari yang ke dua belas berpuasa. Sudah hampir separuh daripada Ramadhan dah kita ni.

Apa khabar ye jemaah di masjid, makin bertambah, sama atau makin kurang? Kalau ikut trend, sekarang dah fasa menyusut. Hihihi...

Mula-mula masuk Ramadhgan kita memang bersemangat, nak masak tu, nak makan ni, nak gi terawikh, ngaji satu juzuk satu hari, tapi bila dah masuk lebih 10 hari ni, badan dah lemau. Bukan orang lain, aku la tu...

Bab terawikh dan mengaji masih ada dalam target, tapi bab berbuka dan bersahur ni. Dah makin blur nak makan apa. Macam tak nak makan pun ada. Tekak tak tahu nak makan apa.

Kalau duduk bujang, memang senang giler. Masak nasi dengan goreng telur mata kerbau letak kicap pun dah sedap. Tak pun makan la murtabak tu tiap-tiap hari. Tapi sebab ada keluarga, terutama sekali kena tanya tekak suami dulu nak makan apa. Lepas tu tanya anak pulak nak makan apa.

Selalunya mesti kena ikut tekak anak sebab kalau ikut tekak kita, nanti anak lapar pulak tak makan. Kita ni makan je apa yang walaupun tekak tak lalu ye tak?

Oh lupa nak share sini. Anakanda putri tu dah tak pose...tu yang abah dia malas je melayan tekak si anak. Tak tahu kenapa dia tak nak puasa sejak sekolah ni, tapi bila tanya, dia kata dia kecik lagi. Tak pe tak puasa. 

Memang la kecik lagi tapi dah boleh puasa tu kan boleh puasa je sebenarnya. Tapi malas nak paksa, biarlah dia enjoy life kanak-kanak dia. Mungkin tak syok bila kawan2 makan di sekolah, dia tak makan. Macam sebelum ni pun, dia puasa sampai pukul 6.00 je sebab tak tahan adik2 makan aiskrim depan dia. Dapatlah dua hari tu yang dia berpuasa penuh.

Balik cerita tentang menu berbuka. Sekarang ni aku dgn Rizal fasa jemu tengok nasi tapi kena jugak ada nasi. Nanti Rizal tu lapar. I is ok jer...

So, dalam dua tiga hari ni, menu kami mee / kuey teow dan buah-buahan je. Tetap banyak jugak la nak kena masak. Masak mee/kuey teow dulu, pastu kena masak jugak lauk untuk berbuka dan sahur.

Sempat ke memasak? Utk satu jenis masakan sempat la masak untuk makan berbuka. Aku sampai rumah pun dah pukul 7.00 malam (aku balik pukul lima tapi aku sangakut kat MRR2 dari Tesco Ampang tu sampai Bukit Antarabangsa samapi pukul 6.30 petang kot), kadang pergi kedai beli barang nak masak lagi sampai tauke kedai pun tegur sempat lagi ke nak masak? Kita masak yang mana sempat je dulu.

Minggu depan tak tahu apa pulak tekak kami nak makan. Jemu nasi, jemu mee/ kuey teow, makan batu dgn kayu je la jawabnya. Tak pun minum je la air ye dak?

Eh, dah prepare nak raya? Aku belum lagi dan I tak beli kain nak baju raya tahun ni. Kikiki..

Monday, June 13, 2016

Peristiwa Ramadhan Lagi

Macam menjadi satu kewajiban pulak bila masuk je Ramadhan mesti budak kecik hitam ni nak check in kat Hospital Selayang..aku ni dah tahap trauma bila nampak perkataan TRAUMA & KECEMASAN kat hospital tu.

Kisahnya semalam waktu Isyak, abah dia dah pergi ke masjid dan hajat si budak kecik ni nak keluar jalan2 terbantut sebab petang tu hujan. Dah tak pergi bazar Ramadhan, nak ikut abah pergi masjid, lagi lah tak boleh bawa.

Duduk la dia bermain seorang diri, segala permainan yang ada yang dipunggah dari bilik mainan. Mama dia ni sibuk la nak prepare cili kering yang siap blender untuk stok seminggu ni. Anak gadis kan makan nasi goreng berbuka dan bersahur.

Mula-mula aku tengok elok je dia main set permainan sabun mandi Carrie Junior yang latest edition pirate tu. Rupa-rupanya dia dah gigit kain atas kepala yang warna kuning atas kepala turtle tu dan masukkan ke dalam lubang hidung.

Sumber gambar : Carriemalaysia

Tiba-tiba panggil mama, mama, mama tunjuk hidung dia. Aku pun ambik power bank on lampu dia suluh dalam lubang hidung dia tu. Mak ai, besar macam tu pun boleh masuk tapi tersangkut kat lubang yang tengah-tengah tu.

Aku panik  tengok jam baru pukul 9.10 malam, abah dia pukul 10.30 malam baru balik dari masjid. Dia pun dah nangis-nangis sakit agaknya. Nak try tarik pun tak de alat, takut pun ye jugak. 

Langsung suruh kakak2 dia makan siap-siap nanti stand by nak pergi hospital bila abah dia balik. Amsyar nangis-nangis sampai tertidur. Aku pun kelam kabut siapkan stok cili kering, masukkan baju dalam washing machine tapi lupa pulak nak solat Isyak.

Bila dah siap-siap beg baju stand by kot kena check in kan, tudung pun dah pakai baru teringat tak solat Isyak. Sudahnya pukul 11.00 baru la bertolak ke Hospital Selayang.

Sampai je hospital dan nampak signboard Trauma & Kecemasan, aku pun terus trauma. Suruh Rizal yang bawa Amsyar masuk. Aku tunggu budak berdua tu dalam kereta sebab Aisy tak siapkan lagi homework dia.

Dah setengah jam Rizal tak balik lagi ke kereta, aku decide pergi sana. Kebetulan sampai tu dia dah keluar bilik doktor & kena tunggu sama ada pakar ENT tu nak buat malam ni atau pagi esok.

Alhamdulillah, doktor tu sanggup buat malam tu jugak. Aku tak pergi pun, aku kan trauma. Abah dia je yang bawa.

Kalau tengok Amsyar tu, orang pun tak tahu ada benda tersangkut dalam hidung dia. Dia seronok je sebab hajat nak keluar jalan-jalan tercapai.

Lepas 10 minit masuk dalam bilik rawatan kecemasan, tapi untuk kes Amsyar ni doktor proceed kat wad 6B, Rizal cakap wad je tapi bilik dia lengkap untuk operation, budak kecik tu keluar dengan hidung berdarah sebelah. Hidung kena korek sebab topi turtle tu tersangkut rupanya. Rizal cakap alat dia pun dah macam scoop aiskrim tapi tak de la sebesar scoop aiskrim tu.

Alhamdulillah dipermudahkan urusan sepanjang kat sana. Service kat Hospital Selayang ni memang bagus tak pernah la rasa mcm kena tunggu lama-lama, mungkin sebab bawa kanak-kanak kan. Tu yang apa-apa, mesti refer kat unit ni dan sebab tu jugak aku jadi trauma. Trauma duduk hospital lama-lama. Huhuhu..

P/S : Kalau anak-anak ni tertelan lego ke, termasuk dalam hidung ke macam Amsyar ni, cepat-cepat la bawa gi hospital ye. Bahaya ye, kalau masuk ke paru-paru.

Friday, June 10, 2016

8 Tahun Dah Berlalu

Allahuakbar,

8 tahun sudah berlalu, abah meninggalkan kami. Sampai hari ni aku tak boleh menulis perkataan "ABAH' ni. Pasti ada je air hangat yang akan keluar dari tubir mata ni.

Sempena Ramadhan ni, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa abah ku. Sesungguhnya dia adalah insan yang sangat hebat pada aku. Tiada kurang, tiada susah semasa kami dibesarkan. Terima kasih abah sebab megajar kami alif ba ta sehingga kami mampu membaca dan sedekahkan surah-surah ini untuk abah di sana. Jadikanlah segala pengorbanannya membesarkan kami sebagai amal kebajikan yang dilakukan oleh abah. Amin

Alhamdulillah,

Genap 34 tahun dipanjangkan usia. Terima kasih mak sebab lahirkan ngah dan besarkan kami dengan penuh kasih sayang sampai hari ni masih tak terkurang kasih sayang tu. Terima kasih banyak-banyak. Semoga mak dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik.

Terima kasih buat semua yang wish.

Alhamdulillah,

8 tahun jugak aku bergelar isteri kepada Mohd Rizal. Terima kasih Mohd Rizal atas segalanya dan semoga jodoh kita hingga ke syurga.

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ni. Nikmat yang terucap.

Ramadhan ni kalau tak punya tugas dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak kecil betapa seronoknya dapat bertarawikh di masjid-masjid. 

Kurang-kurang solat isyak tu dapat lah berimam kan? 

Sejak dah ada anak ni, aku dah tak punya kesempatan nak bersolat di masjid secara berjemaah ni. Bukan tak nak bawa dan biasakan mereka di masjid, tapi sebab tempat tu bukanlah tempat yang selesa untuk anak-anak aku berlepas bebas.

Kalau kat rumah pun nak tengok tv pun tak dengar apa yang orang dalam tv tu cakap, ini kan pula nak bawa diorang ke masjid. Suara diorang lebih kuat dari semua orang.

Pernah anak-anak solat jemaah dengan abahnya tapi anak-anak aku ni bacaan solat diorang lebih kuat dari imam. Kalau nak betulkan bacaan dalam solat, boleh la solat dengan diorang ni.

Tak pe la, biar sahaja kami bersolat di rumah. Tak menganggu orang lain, kalau ada kesempatan mungkin di kampung nanti la di akhir-akhir Ramadhan. Jemaah pun dah tak ramai, boleh la tak menganggu sangat dan ruang pun sedikit selesa.

Tahun ni Aisy dah mula belajar berpuasa. Alhamdulillah puasa pertama dia berpuasa penuh satu hari tanpa paksaan.

Ustaz kan cakap, kalau nak ajar anak-anak ni berpuasa, jangan paksa. Latih bukan paksa. Kalau darjah satu puasa sampai pukul 1 dulu, kalau darjah dua puasa sampai pukul 2 dulu. 

Tanpa paksaan, Aisy sendiri nak puasa. Senang je nak kejut dia bangun sahur sebab malam tu dah tanya betul2 dia nak puasa ke tak.

Dia nak puasa dan sahur dengan nasi goreng je. Ok, mama bangun macam biasa pukul 5.00 am pun sempat lagi goreng nasi. Dalam 5.20 pagi baru kejut dia. Dia cuma makan nasi goreng satu senduk dan milo segelas je. Suruh minum air masak dia tak nak, kurma pun tak nak.

Walaupun sambung tidur semula, tapi pukul 6.30 pagi kejutkan dia semula untuk mandi dan suruh solat Subuh. Alhamdulillah, dia ikut je. Aku cakap ngan dia, kalau nak puasa kena solat, baru puasa tu Allah terima.

Maka satu hari dia di taska pun dia puasa dan solat. Pengasuh dia ada cakap, dia mengadu tak tahan, tapi bila suruh berbuka dia tak nak pulak. Tiba-tiba melompat-lompat main dengan gembira.

Aku tahu, Aisy ni puasa dan solat sebab sangat terpengaruh dengan seorang kakak yang bernama Qis ni. Qis ni dah darjah enam, so Aisy memang sangat2 terikut dengan cara Qis. Sampaikan kadang2 janji nak bawa baju apa nak pakai petang nanti, pagi nak pakai baju apa. Kawan baik tapi seorang budak darjah enam, yang seorang lagi enam tahun. Boleh percaya tak?

Petang aku sampai kat rumah dah pukul 6.40 petang dan dia cuma request nak buka puasa makan nasi goreng je. Senang kan? Aku sampai tu dia memang melepek sangat-sangat dah kata tak tahan tapi sayang pulak nak bagi dia berbuka. So, abah dia ajak keluar round2 naik motor. Ok jer tu boleh turun naik tangga, langsung balik lagi 10 minit nak berbuka merengek lagi sekali nak berbuka. Pujuk-pujuk bagi abah dia settle kan, mama dia nak masak.

Menu berbuka kami tahun ni paling simple. Biasanya mesti ada juadah dari bazar Ramadhan, murtabak, kuih muih semua tak ada. 

Yang ada cuma buah tembikai dan rendang daging yang mak kirimkan kat adik, nasi goreng, nasi putih, kari ketam dgn nanas dan ikan kembung goreng. Air tebu pun tak beli cuma minum air topicana twister orange tu je.

Aisy buka puasa makan nasi goreng je dengan minum air. Memang sekali round je tapi bila abah dia balik dari masjid, dia pulak moreh dengan nasi goreng yang masih berbaki tu. 

Malam tu Aisy dah cakap awal-awal esok dia nak cuti puasa. Pujuk2 suruh puasa pun dia tak nak. Dia nak cuti jugak satu hari. Ok, kita bagi cuti kat dia. Tapi pengasuh dia cakap, dia tak makan sangat pun kat taska semalam. Dia sendiri cakap lebih baik dia puasa. So, hari ni dia puasa semula dengan menu sahur macam biasa, nasi goreng.

Hope dia akan bertahan sampai habis. Kalau dia tak larat pun tak paksa la dia puasa sampai habis. Kesian dia, aku dulu darjah 4 baru la penuh puasa sebulan. Darjah satu puasa pun tak tau.