Alhamdulillah...
Itu je yang mampu aku cakap sekarang ni..
Betapa risaukan Aisy yang tak boleh membaca,
Cuba usaha banyak cara,
Terima kasih yang amat sangat kepada teacher Anizah, her new class teacher.
Sangat kagum dengan usaha teacher yang seorang ni.
Sebelum ini aku punyalah risaukan Aisy yang tak boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, tapi mengira sangat suka dan pantas.
Dari 4 years masuk sekolah kot, bukan baru tahun ni masuk.
Bila sekali dengan teacher yang risau dia tak boleh membaca, kita lagi risau.
Waktu parents sharing day hari tu, aku dapat jumpa Pn. Anizah ni secara personal kan.
Dia suggest aku buku yang boleh beli untuk start ajar dia kat rumah.
Aku tak beli modul yang siri bacalah Anakku tu, aku beli Pantas Membaca. Sama je dua buku ni.
Konsepnya budak tadika zaman sekarang ni dah tak mengeja macam kita dulu. Diorang guna phonic untuk bunyikan huruf dan terus sebut suku kata.
Tapi aku tengok Aisy ni tak boleh nak baca jugak dengan kaedah phonic tu, so aku ajar dia mengeja.
Biar cara phonic tu teacher dia yang ajar. Kita ni mana la pandai sangat "beh, ceh, deh" bagai.
Walaupun ada orang kita, kita kena guna medium yang sama mengajar kat rumah, tapi tak pe la. Aku ambil pendekatan berbeza sikit. Janji boleh baca sebab sekolah rendah diorang akan start balik dengan semua benda ni tapi kena mengeja.
Ini lah satu kelemahan sistem pendidikan mungkin, setakat yang aku tau sekolah rendah masih menggunakan ejaan dan bukan phonic untuk belajar membaca.
Balik cerita Aisy belajar mengeja.
Yang aku perasannya, Aisy ni kalau dia tak sebut huruf, contoh ejaan untuk KELADI. Suruh dia baca memang lambat. Atau main sebut je bunyi nya. Mungkin jadi KELIDI, atau KELADA dan macam-macam lagi.
Bila aku suruh dia eja dulu, KE-LA-DI, dia boleh sebut dengan betul.
Lagi satu kelemahan Aisy ni, dia tak pandai nak guna suku kata tu untuk membaca. Kan buku dah colour kan merah hitam cth: SAYA PERGI KE KEDAI BELI KELADI. Tapi dia tak boleh jugak nak bezakan suku kata tu. Ada je dia merepek kat tempat yang ada tiga/empat huruf bagi satu suku kata.
Mengeja pun dia tak nak sebut tiga/empat huruf tu, tu yang jadi tak betul je.
Cuti sekolah tu sebab tak ke mana, sangat baik hati teacher dia buat kelas tambahan. Free pulak tu atas dasar nak beri perhatian kepada murid yang tak pandai membaca ni.
Walaupun susah aku nak arrange kan orang hantar dan ambil bila cuti sekolah ni, kita kena usaha jugak sebab teacher dia yang buka jalan dulu. Takkan kita nak tolak rezki Allah nak bagi kat kita kan.
3 hari je dia pergi kelas tambahan, bila dah start sekolah ni dia dah boleh membaca dan menulis. Bukan dua suku kata, tapi tiga/empat suku kata. Bukan dua huruf satu suku kata, tapi juga tiga/empat huruf satu suku kata.
Apa yang boleh kita dustakan nikmat Allah tu kan, ni la namanya rezeki. Bila Allah bagi kita seorang guru yang sangat baik yang sanggup didik anak kita sampai ke tahap ni, rasa macam bersyukur sangat-sangat. Semoga Allah dapat balas jasa baik insan yang bergelar pendidik ini.
No comments:
Post a Comment