Thursday, March 31, 2016

Wet World, Shah Alam

Ni entry basi nama nya. Kejadian berlaku waktu start cuti sekolah, tapi hari ni baru update.

12 March hari tu genap umur Amsyar 2 tahun, so sebagai hadiah aku belanja tiket pergi berfoya-foya di Wet World. Lagi pun nak tengok kekentalan anak teruna bila berada di water park.

Kalau di rumah dia boleh berendam satu jam, kita tengok dia tahan tak duduk sana berjam-jam.

Kami gerak dari rumah 9.00 pagi dengan estimate time 1 hour untuk sampai. Half hour pun tak sampai, kami dah terpacak kat sana. Rupanya ramai jugak yang dah terpacak beratur nak beli tiket.

OK, untuk info pukul 10.00 am tepat ye baru kaunter tiket buka. So tak payah la nk terpacak awal sangat. Tak payah la takut kena beratur panjang, setakat beratur 10 orang je..

Harga tiket : DEWASA : RM 25.00
                     KANAK -KANAK : RM 20.00
 Kanak-kanak tertakluk kepada terma dan syarat iaitu bawah 90cm tak payah bayar ye. 

Sebab Amni tak nak ukur tinggi berapa, aku bayar je. Sama kes masa kat Gambang hari tu jugak.

Kami masak bekal banyak sangat, tapi semua tinggal dalam kereta sebab tau tak boleh bawa. Dah kena kat Gambang dia check habis beg kita ni.

Dapat kat sini, dia check sikit-sikit je. Kalau ada anak kecik, boleh bawa bekal ye untuk anak. Mineral water pun boleh bawa. Menyesal tak bawa.

Wet world ni kecik je water park dia. Jangan lah mengandaikan tempat ni seluas water park lain, cukup sekadar anak-anak mandi je. Kalau dewasa tak cukup mencabar.

Kami tak sewa cabana pun sebab sekeliling tempat ruang hadapan tu penuh tempat duduk yang bertutup dengan atap nipah. Cuma tak private macam cabana la kan.

Kat sini kalau tak ada orang boleh jaga kan barang2 berharga kita kalau semua nak mandi, boleh sewa locker. Tak silap aku RM15.00. Aku tak sewa pun sebab aku bendera merah, so akulah penjaga barang-barang.

Budak-budak ni tak pergi mandi pun kat pool kanak-kanak. Semua mandi kat tempat dewasa. Air paras pinggang. Abah dia la yang jaga tiga2 tu.

4 jam diorang mandi non stop, aku jadi kebosanan sebab duduk je kat bawah pondok. Cuma satu jam je aku berkesempatan jaga Amsyar kat tempat pool kecik area entrance tu. Habis basah jugak la aku sebab mengejar dia je. Kat pool tu pulak asyik je ada air pancut dari kiri kanan.

Makanan kat dalam tak banyak pilihan. Harga masih boleh diterima macam corn cup, sosej, nugget tu tapi bab buah-buahan tu tak boleh terima. RM5 kot satu cup. Air MILO ais tu paling aku tak boleh terima sebab aku ingat air tu yang dalam mesin dan cuma tambah air batu je. Tapi rupanya dia bancuh kot MILO serbuk campur susu pekat. Baik aku bawa je MILO kotak sendiri.

Kami keluar dalam pukul 3.00 petang, masing-masing lapar. Makan dulu kat dalam kereta baru gerak. Jalan jam pulak, dengan cuaca panasnya, langsung budak2 ni tertidur sebab kepenatan. Sampai rumah, kami berdua pulak pengsan tapi budak-budak ni sambung mandi dalam bilik air pulak.

Aisy kata, next time nak datang lagi kalau tak balik kampung. Waaaaa..wahai anak, water park ini bukan tempat yang boleh kita masuk dua minggu sekali..kenapa la tak ada yearly pass macam Legoland...

 
 

Wednesday, March 30, 2016

Pendaftaran Ke Sekolah Rendah Agama KAFA

Boleh tak perasan entry ni yang masuk dalam draft. Sepatutnya post bulan Feb hari tu. Tak pe la, lambat sikit post entry ni. Jom layan cerita basi.

Sempena cuti hari Wilayah hari tu, aku berkesempatan untuk pergi survey sekolah agama KAFA untuk Aisy tahun depan.

Ye la, kan sekolah rendah kita kena daftar awal sebelum March kan, sekolah agama ni macamana pulak.

Area rumah aku ni ada tiga buah sekolah agama, tapi aku pergi satu je memandangkan jam pun dah pukul 12.00 tengahari. Dari pagi terpaksa menunggu di GA sebab anak hamba yang besar tu menangis di sekolah. Sebab apa nanti I cerita ok.

Balik cerita sekolah agama yang aku pergi ni..dari maklumat yang diberikan oleh kerani pejabat tu, pendaftran tak perlu buat sekarang. Kalau nak buat awal pun bulan Oktober atau November nanti sahaja.

Yuran pendaftaran adalah RM 18.00. Ni pendaftaran, bukan bulanan. Gambar kena bawa 4 keping.

Nak jadikan cerita, terserempak la dengan seorang ibu yang anak dia sekolah GA jugak sebab anak dia ikut naik sekali pergi pejabat. Rupanya dia baru nak daftarkan anak dia yang sudah pun darjah satu sekarang. Terus boleh masuk dan start sekolah esok. Maknanya, sekolah tu banyak kekosongan la kan! 

Alhamdulillah..mintak dipermudahkan la. Sebab naik seriau jugak aku dengar cerita anak dia yang dah darjah satu ni, semua option dia untuk tahun satu hari tu semua ditolak. Sampai kena hantar sekolah jauh dari rumah. Hope Aisy dapat la sekolah di area rumah aku tu je. Amin.. 

Membaca Dengan Pantas

Alhamdulillah...
Itu je yang mampu aku cakap sekarang ni..
Betapa risaukan Aisy yang tak boleh membaca,
Cuba usaha banyak cara,
Terima kasih yang amat sangat kepada teacher Anizah, her new class teacher.
Sangat kagum dengan usaha teacher yang seorang ni.

Sebelum ini aku punyalah risaukan Aisy yang tak boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, tapi mengira sangat suka dan pantas.

Dari 4 years masuk sekolah kot, bukan baru tahun ni masuk.
Bila sekali dengan teacher yang risau dia tak boleh membaca, kita lagi risau.
Waktu parents sharing day hari tu, aku dapat jumpa Pn. Anizah ni secara personal kan.
Dia suggest aku buku yang boleh beli untuk start ajar dia kat rumah.

Aku tak beli modul yang siri bacalah Anakku tu, aku beli Pantas Membaca. Sama je dua buku ni.

Konsepnya budak tadika zaman sekarang ni dah tak mengeja macam kita dulu. Diorang guna phonic untuk bunyikan huruf dan terus sebut suku kata.

Tapi aku tengok Aisy ni tak boleh nak baca jugak dengan kaedah phonic tu, so aku ajar dia mengeja. 

Biar cara phonic tu teacher dia yang ajar. Kita ni mana la pandai sangat "beh, ceh, deh" bagai. 

Walaupun ada orang kita, kita kena guna medium yang sama mengajar kat rumah, tapi tak pe la. Aku ambil pendekatan berbeza sikit. Janji boleh baca sebab sekolah rendah diorang akan start balik dengan semua benda ni tapi kena mengeja. 

Ini lah satu kelemahan sistem pendidikan mungkin, setakat yang aku tau sekolah rendah masih menggunakan ejaan dan bukan phonic untuk belajar membaca.

Balik cerita Aisy belajar mengeja.
Yang aku perasannya, Aisy ni kalau dia tak sebut huruf, contoh ejaan untuk KELADI. Suruh dia baca memang lambat. Atau main sebut je bunyi nya. Mungkin jadi KELIDI, atau KELADA dan macam-macam lagi.

Bila aku suruh dia eja dulu, KE-LA-DI, dia boleh sebut dengan betul.

Lagi satu kelemahan Aisy ni, dia tak pandai nak guna suku kata tu untuk membaca. Kan buku dah colour kan merah hitam cth: SAYA PERGI KE KEDAI BELI KELADI. Tapi dia tak boleh jugak nak bezakan suku kata tu. Ada je dia merepek kat tempat yang ada tiga/empat huruf bagi satu suku kata.

Mengeja pun dia tak nak sebut tiga/empat huruf tu, tu yang jadi tak betul je.

Cuti sekolah tu sebab tak ke mana, sangat baik hati teacher dia buat kelas tambahan. Free pulak tu atas dasar nak beri perhatian kepada murid yang tak pandai membaca ni.

Walaupun susah aku nak arrange kan orang hantar dan ambil bila cuti sekolah ni, kita kena usaha jugak sebab teacher dia yang buka jalan dulu. Takkan kita nak tolak rezki Allah nak bagi kat kita kan.

3 hari je dia pergi kelas tambahan, bila dah start sekolah ni dia dah boleh membaca dan menulis. Bukan dua suku kata, tapi tiga/empat suku kata. Bukan dua huruf satu suku kata, tapi juga tiga/empat huruf satu suku kata.

Apa yang boleh kita dustakan nikmat Allah tu kan, ni la namanya rezeki. Bila Allah bagi kita seorang guru yang sangat baik yang sanggup didik anak kita sampai ke tahap ni, rasa macam bersyukur sangat-sangat. Semoga Allah dapat balas jasa baik insan yang bergelar pendidik ini.