Friday, December 16, 2016

Cuti Panjang, Novel, Housewife, Demam

Salam...

Sebab banyak cerita nak cerita, kita rajinkan diri sikit update entry blog yang hidup segan mati tak mahu ni.

Cuti Panjang Lepak Kampung

Seminggu lepas Little Ihtifal tu aku cuti lama hampir seminggu dok rumah je teman mak kat kampung dan stay dengan anak-anak aku je. Kenapa stay kampung? Sebab dua-dua adik aku pergi bercuti oversea, giliran aku pulak dok dgn mak. Mula nak berulang tapi fikir anak-anak kesian kat mak nak jaga pulak kan. So, habiskan je la mana baki cuti yang ada.

Dok kampung memang seronok, tambah anak-anak aku la. Kebetulan musim hujan awal Disember tu kan, sejuk bukan main lagi macam duduk kat tanah tinggi. Sampai Amni & Amsyar tidur bangun tak nak mandi bawa ke petang.

Kalau time hujan je, Amsyar dah pandai keluar rumah mandi hujan dan sekarang aku adalah ibu yang tak kisah anak-anak aku mandi hujan. Kalau kat kampung la. Aku nak bagi diorang kebal sikit macam kami kecik-kecik dulu rilek je berkubang dan berenang dalam air hujan yang bertakung.

Kebetulan juga buah mangga kampung / mangga telur yang kecik-kecik tu tengah nak masak, hari-hari Amni ajak mak aku gi melawat pokok buah. Jumpa betik masak nak buah betik pulak. Habis semua buah dia nak makan. Seronok la diorang, lepas bebas berlari, kayuh basikal, main pasir yang aku rasa macam ada tahi kucing pun ye kat area homestay mak tu. Kaki tangan tak payah la cakap kena gigit dengan nyamuk tapi anak kampung mesti kental kan.

Demam

Dari hujan, bawa ke panas terik sudahnya aku yang demam bila balik KL. Batuk dan hilang suara dan aku agak-agak sendiri tonsil aku bengkak. Disebabkan trauma dengan ubat dan doktor, aku tak pergi pun klinik. Telan air suam dan makan aiskrim dalam tub tu je. Alhamdulillah, bengkak rasa dah hilang cuma tinggal batuk je lagi ni.

Walaupun budak-budak lepas bebas main kat luar, aku tak keluar pun. Betul-betul tak larat sebenarnya. Dua hari pertama ok lagi nak melayan karenah budak-budak ni dari pagi sampai malam. Tapi bila dah lepas dua hari tu memang dah mula start sakit kepala. Tu yang bila balik KL terus demam.

Aku memang tak boleh jadi full time housewife la. Baru tiga anak aku dah sampai demam melayan diorang. Tapi memang penat. Diorang main asyik la bersepah mainan tu. Tak tahu berapa kali mengemas mainan dari pagi sampai malam. Dah besar panjang tapi masih lagi mama yang kena mandikan, ambil baju, pakaikan baju. 

Rumah kampung tau je dari dapur nak ke ruang tamu tu kena la menapak 30 langkah gak, tapi kalau dah nak itu, nak ini, nak itu, nak ini samapai basuh tangan pun mama kena teman tu yang buat rasa nak pengsan.

Bila dah siap mandi, siap makan, siap masak, waktu diorang main itulah waktu kita nak rehat kejap kalau diorang tak bergaduh. Kalau start bergaduh tu memang dah jadi singa pulak nak leraikan diorang.

Bila nak rehat cuba lelap mata memang tak boleh la. So dengan tak sengaja menyambung hobi lama membaca novel adik aku yang berlambak dalam almari tu. Giler banyak ambil tapi semua cerita klise je so jadi boring nak baca.

Novel

Tapi dalam banyak-banyak novel yang ambil tu, ada satu karya Hlovete, 5 Tahun 5 Bulan. Jalan cerita memang klise bila jadi orang gaji mesti anak majikan jatuh cinta kan. Tapi bercinta cara diorang ni jenis (Ana & Along) tak luah perasaan masing-masing sebab tak sure dengan perasaan masing-masing. Rasa tak jemu ulang baca cerita ni.

Travel : Tempat shopping souvenir di Bejing

Dua orang adik aku tu pi jalan-jalan nak rasa musim sejuk kat Beijing tu. Lagipun budak berdua tu dalam misi melengkapkan 7 tempat ajaib di dunia. Aku nak ikut tak dapat la sebab masih ada tanggungjawab terhadap keluarga. Lagi pun, kalau nak pergi ikut diorang siapa pulak yang tinggal nak jaga mak. Kalau aku pergi dgn husband and anak2, mungkin bukan sekarang. Tunggu yang kecik tu besar sikit dan dengar kata. Ni asyik nak berlari ke sana ke sini, tak larat mengejar. Aku pun nak mula dengan buat Umrah dulu macam adik-adik aku baru kita gi jalan tempat lain yang tak berkenaan tu.

Ni ada satu tips dari adik-adik aku la. Diorang kata, kata ikut trip travel ke Beijing, tak payah la beli barang kat tempat lain. Kalau guide bawak lawat kat bird nest tu baru beli kat situ sebab kat situ memang sangat murah untuk belikan souvenir kat kawan-kawan. Aku tak leh nak cerita banyak-banyak sebab aku tak pergi, kalau aku pergi boleh la aku cerita details.

Ok la, takat ni je cerita cuti sekolah aku ni. Tak tahu nak bawa budak ni pergi mana lagi cuti sekolah ni walaupun sebenarnya dah jalan sampai ke Perak tapi hanya balik ke rumah mertua. Tak sempat ke Pangkor / Lost World Tambun / Bukit Merah / Hot Spring Sungkai. Psst..Rizal yang tak nak pergi. Huhuhu...


Thursday, December 15, 2016

Genius Aulad : Little Ihtifal 2016

Salam..

Dah hampir sebulan dah pun cerita Little Ihtifal ni tapi tak update lagi dalam blog ni. Nak kata busy sangat tak de la. Macam biasa je tapi sebab cuti tu yang buat malas nak menulis.

Tahun ni 1st time Amni naik bas ikut pergi practice kat Dewan Auditorium. Aku risau gak kat dia ni kot la terkencing ke apa kan sebab takut nak gi toilet. Nasib baik dia dengar apa yang aku cakap ajak Aisy teman kalau takut.

Tapi satu je la yang aku kesian, walaupun aku dah bekalkan mereka dengan roti dan air kotak, tapi diorang ni lurus je ikut teacher cakap tak payah bawak keluar dari bas. Memang tahap lapar la anak aku berdua tu bila dah naik bas around 1.00 pm. Mana taknya dari pagi tak heavy breakfast. Aku nak ambil cuti sebenarnya nak tunggu diorang kat sana at least half day tapi tak approve lak cuti aku sebab baru je cuti minggu sebelum tu.

Amni kali ni tak joint 5 years buat persembahan sebab dia kan tak masuk class. So dia joint skali dengan persembahan 6 years. Kat situ aku terselamat nak sediakan baju ala-ala orang Arab tapi kena prepare dua track suit hitam dan dua tshirt lengan panjang hitam. Nasib baik gak track suit n tshirt yang Aisy 4 years masih tersimpan rapi dalam tong baju tak pakai. Nak buang sayang, nak let go tak let go lagi. Rupanya ada kegunaan.

Kali ni kami memang sangat lambat sampai kat Muzium tu sebab aku just biarkan je diorang tidur dulu. Pukul 8.00 lebih baru gerak. Sampai je waktu register dah tinggal berapa orang je lagi belum register. 

Waktu register tu memang diorang bagi satu je goodies bag yang dalam tu ada nombor cabutan bertuah. Aku bukan kesah ke nombor cabutan bertuah tu tapi kesah ke barang2 dalam goodies bag tu. Aisy dan Amni orang yang suka sangat bergaduh dan terasa hati merajuk panjang-panjang. Aku pun dengan berani tanya la kot boleh dapat lagi satu kan sebab aku hantar anak dua kot, bayar untuk event pun dua orang kan. Alhamdulillah, dapat untuk Amni satu dan mereka akan berbaik-baik sesama mereka. Yang paling best gak nombor yang Amni tu menang cabutan bertuah. Hadiahnya adalah ZIGMA Water Filter. Hanya ada tiga hadiah cabutan bertuah kali ni tapi barang memang semuanya barang ZIGMA. tak silap aku yang lagi dua tu periuk dan dapur. Kira bertuah la nombor Amni ni sebab kan sepatutnya dah tak dapat dah tapi pergi mintak juga buat muka tak malu nak goodies bag kan.


Tahun ni buat sekelian kalinya aku datang sebagai parents yang anaknya graduate. Cik Su n C. De diorang dah tempahkan bunga lagi untuk budak berdua tu walaupun yang seorang je graduate.

Seperti biasa tak ada anugerah khas bagi pelajar paling terbaik di kalangan mereka. Aku tak tahu macamana nak suggest kat Principal dia walaupun aku selalu jumpa. 


Hari tu jugak diorang serahkan sijil penyertaan kepada peserta pertandingan Cabaran Bijak Membaca & Read It Right Challenge. Tapi sayangnya sijil yang laminate cantik letak dalam goodies bag, diorang cuma dapat 'sijil' dalam gulungan je atas pentas tu. 

Kebetulan pulak Aisy waktu tu tengah nak tukar baju nama dia kena panggil. Dia bawa sekali dengan beg baju pi ambik sijil, memang kelakar. Tudung dah la senget benget, maklum la budak yang tak suka pakai tudung ni. Tak tahu darjah satu nanti macamana. Ke boleh tak pakai tudung sebab aku dulu pun tak pakai tudung. Hihihi..

Persembahan pentas macam tiap-tiap tahun. Props memang boleh tabik spring bagi lima bintang tapi persembahan sangat membosankan sebab tak tahu apa yang diorang ceritakan. Cuma yang 4 years happening sikit sebab nyanyi dan menari-nari lagu "Baby Shark" tu. Huhuhu..sangat bosan dah tiga tahun hadap persembahan macam ni. Tadika lain punya majlis graduasi macamana yek...sape nak share tinggalkan jejak ye. Tahun depan Insyaallah seorang lagi nak graduasi di GA ni. Harap ada perubahan...

Gambar-gambar konvo dan persembahan semua dalam DSLR belum transfer. Nanti bila rajin baru update gambar.

Sampai sini je cerita majlis Little Ihtifal 2016. Jumpa lagi tahun 2017. Bye..    

Tuesday, November 22, 2016

Tragedi November

Salam...

Bulan November dah sampai ke penghujung bulan tapi aku baru je nak update kejadian yang berlaku seminggu yang lalu.

Macam biasa hujung minggu memang kami balik kampung menghabiskan masa hujung minggu di kampung ni macam sesuatu yang sangat bebas untuk anak-anak aku. Mereka boleh berkayuh basikal, main hujan, jalan-jalan keliling rumah tengok pokok, petik bunga dan buah. So diorang akan rasa jugak la apa yang aku rasa masa kecik dulu walaupun tak semua. Main hujan tu first time bagi sebab hujan sangat lebat, so air memang sangat laju dari atas dan rumah mak tu dah macam sungai pulak.

Dulu kami kecik-kecik bila hujan ni la masa yang sangat dinanti. Kalau abah tidur, kami keluar je dari pintu depan rumah berenang dalam air hujan yang bertakung kat depan rumah. Kalau abah tak tidur, kami masuk bilik air, dan dan waktu hujan konon nak mandi tapi sebenarnya kami keluar dari pintu bilik air mandi hujan. Sengal tak sengal tempat port mandi hujan tetap depan rumah. Tak ke rasa bodoh kalau keluar senyap-senyap pun abah masih nampak. Betul tak?

Dulu hujan lebat pun rumah mak tak la masuk air, tapi sejak dua tahun kebelakangan ni rumah mak tu macam tak boleh menampung je air hujan yang lebat. Bulan ni je dah dua kali banjir dalam rumah. Habis berselut dan nasib baik jugak awal tahun hari tu dah tukar lantai rumah ke jubin. Kalau pakai tikar getah lagi tak tahu la.

Disebabkan banjir ni, Rizal dengan baik hati dan rela hati mengorek longkang yang tersumbat dan gali longkang baru sekeliling rumah. Dan pengakhiran projek longkang dia, kaki dia tercedera bila dia terpijak kawad duri pagar tu. Mungkin disebabkan hujan lebat kawad duri ntah dari mana hanyut sampai ke bawah pokok rambutan dan husband aku lak hanya berselipar sebab dah selesai kerja-kerja simen longkang. Cuma nak bawa balik barang-barang kerja dia dengan kereta sorong.

Dia panggil aku ingat terpijak paku je, rupanya kawad duri tu yang masih panjang. Giler mencari playar nak potong kawad duri dulu. 3 kali cuba potong baru boleh sebab tak boleh nak gerakkan kawad tu, maunya meraung Rizal tu kalau kita gerakkan atas bawah na potong kawad tu. Aku buat cara habis slow dah nasib baik boleh potong. Tengok dari dari sebelah yang tak masuk dalam kaki tu, ada la 3 inci yang masuk ke dalam kaki. Memang tak boleh nak cabut sebab tak tahu kat mana sangkut. Lagipun sangat panjang.

Baru je selesai potong, bangun nak gerak balik rumah nak pergi hospital, dia pitam dalam kebun tu. Tiba-tiba rebah. Kami semua panik, adik terus drive kereta gi panggil ambulan dan dresa (kat hospital panggil MA kat kampung panggil dresa je).

Nasib baik dia tiba-tiba sedar bila aku basuh muka dia, terkejut jugak aku bila Rizal tiba-tiba buka mata dengan mata yang terbeliak. Dia kata dia tak boleh bangun, gelap je mata. Rehat dulu, tarik nafas, minum air banyak-banyak dulu, dia melompat sebelah kaki dengan lajunya balik rumah. tak sempat aku nak papah dia.

Setengah jam jugak tunggu ambulan sampai. Bila dresa tu sampai, dia pun tak berani nak tarik dan decide bawa gi hospital jugak. Aku ikut husband aku naik ambulan tu skali sebab adik aku kata nanti kalau bawa kereta budak-budak ni semua nak pergi.

Kat hospital dengan masuk ER sebab Dresa tadi dah call inform doc siap-siap. Aku je yang gi kaunter nak register. Rizal still masuk ER sorong guna stretcher sebab dawai tu ada lagi dalam dua inci yang keluar dari kaki dia. Memang tak boleh nak naik wheel chair. Dari ER tolak pulak ke tempat xray sebab nak tahu kawad tu sangkut sampai mana. Kalau lekat kat tulang kena la buat minor surgery nak buang kawad tu.

Alhamdulillah, walaupun 3 inci yang masuk, masih boleh ditarik oleh doktor kat ER je. Kalau tak aku tak tahu la minor surgery kena buat kat Raub je atau kena tolak pulak ke Lipis / Temerloh. Tapi Rizal tak sedarkan diri dah bila sampai rumah petang tu. Bila buka mata dia rasa nak muntah. Tepaksa la EL esoknya sebab takut kalau balik KL petang tu jugak buatnya dia pengsan kat KL nanti susah aku nak angkut 3 orang anak ke hospital pulak.

Minggu ni sambung kerja-kerja touch up longkang dia dengan penuh ciri keselamatan lagi. Berkasut bagai. Tragedi November sungguh dia ni. Kalau teringat panjang mana kawad duri tu tembus kaki dia, I is ngeri you. Kalau kena kat diri sendiri tak tahu apa rasa.

Nota Pesanan Pemilik Blog : kalau terkena / terpijak apa-apa yang barang yang sudah berkarat, cepat-cepat lah jumpa doktor untuk ambil suntikan tau. Sangat bahaya karat tu.



Friday, October 28, 2016

Genius Aulad : Fee Structure 2017

Salam...

Kali ni lambat giler aku update tentang fee structure Genius Aulad untuk tahun 2017. Dah lama ambik kertas ni tapi nak kena scan bagai, tu yang jadi malas.



Kalau compare dengan this year punya, semua pun sama. Tiada perubahan pun dari segi annual fee, monthly fee dan juga miscellaneous fee.



Hari tu ada seorang reader tanya berkenaan dengan hour untuk kindy ni. Aku sungguh-sungguh tak tahu tentang hour pre kindy ni sepatutnya 4 hours, aku pernah dengar tapi aku tak pernah nak ambik point pun pasal ni. Tapi bila reader tu tanya kenapa GA ni 3 hours je, baru lah aku sedar diri. Tersentak dari lamunan lalu lamunan pun terhenti. Thank you ye sebab sedarkan saya dari tidur yang panjang.



So, kepada parents yang lain, GA ni hanya 3 hours je sesi sekolahnya. Pada aku la kan, aku la..bukan orang lain. Aku ni jenis tak nak aku dok lama kat sekolah lagipun aku dah hantar diorang dari umur 4 tahun, aku memang tak kisah la bab kurang hour ni. Aku ni memang semua jenis tak kisah.



Sekarang ni aku bayar bulan-bulan untuk Amni pergi sekolah tapi dia tak masuk pun kelas. Dah hampir 3 bulan dan Nov ni dah masuk 4 bulan la. Banyak kot aktiviti dia yang tertinggal, setakat buat homework tapi tak de learning process. Aku hantar semata-mata biar dia pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, dan paling penting aku tak nak dia ketinggalan dalam Iqra'. Biarlah dia tak pandai nak membaca rumi tu lagi, bukan tak tahu tapi dia tak suka nak sebut huruf. Tapi alhamdulillah, dia boleh baca Iqra. paling penting nak biar dia pandai mengaji Al-Quran.

Untuk next year, aku masih belum mengesahkan ingin menghantar Amni ke GA ni cuma aku dah bayar la registration fee tu. Kenapa tak sah nak hantar? Sebab aku tak nak dia ada masalah yang sama macam sekarang. Pergi sekolah tapi tak belajar. Lebih baik aku tukarkan dia ke sekolah lain.

Kecuali, teacher Anizah (yang sekarang ni class teacher Aisy), still mengajar di GA dan pegang kelas untuk 6 years. Tak kisah kelas mana, janji 6 years, aku nak masukkan Amni kelas teacher tu. Kalau tak, aku tukarkan dia ke sekolah lain je la. Lagi pun tengok LC sekarang macam bagus je.

Thursday, October 27, 2016

Terbanglah Walau Hanya Sebelah Sayap

Walaupun cerita Patahnya Sebelah Sayap dah melabuhkan tirainya, aku masih lagi nak cerita tentang sayap sebelah ni. Hehehe..sangat terkesan di hati cerita ni...

Jalan cerita yang sangat-sangat menarik. Kerana cinta pertama, Alisha sanggup korbankan maruah dia hadapi tuduhan sebagai pembunuh. Tapi apa balasan yang diterima dari kekasih hati, Amzar, hanya cacian. Walau dihina, dicaci, dia bangkit. Tak kisah bekerja sebagai tukang cuci pun janji dapat rezeki yang halal. Tak minta untuk dicintai lelaki lain, tapi kerana cinta dan rasa dendam, dia sekali lagi dihina. Dia tak pernah putus asa, aku suka watak Alisha. Nampak diam, tapi semangat dalam diri dia terlalu membara, dia terlalu berani untuk hadapi hidup. Tapi betul, kalau kita selalu diuji, sampai kita dah tahap tepu dengan ujian, kita akan bangkit melawan semua apa yang ada di depan mata kita.

Amzar, walaupun dia kejam dengan Alisha tapi semua orang tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Aku dapat rasa yang dia sebenarnya terlalu menyayangi Alisha sampai ke sudut hati paling dalam. Dia tak pernah nak cari pengganti Alisha dan dia sebenarnya cemburu dengan lelaki lain yang sukakan Alisha. Dia anak yang sangat taat pada ibunya, tak pernah tinggi suara dengan ibunya. Disebabkan itu juga dia terpaksa korbankan cintanya pada Alisha, sebab menjaga hati ibunya.

Khuzairi, cinta dan dendam. Bila kita rasa cinta, buang saje la rasa dendam, marah, benci. Semua tu tak baik pun untuk kita simpan. Macam aku dengar kuliah agama Ustaz Ahmad Dusuki tu, dia kata kalau kita ada rasa dendam, marah, benci semua tu akan melambatkan proses hitungan kita di akhirat saje. Kenapa kita perlu melambatkan setelah lama kita menunggu giliran untuk dihisab? Percayalah, cinta, kasih dan sayang itu adalah sangat indah.

Bercerita tentang PSB ni, bukan aku je penunggu setia pukul 10.00 malam setiap Isnin - Rabu, tapi semua ahli dalam rumah aku. Rizal sampai tak pergi training bola waktu malam. Amsyar siap bawa bantal baring depan tv. Aisy dan Amni selagi tak alih TV3 lagi tu diorang bising sebab rumah aku jam awal 15 minit. So diorang ingat aku tak nak tengok cerita tu. Paling win Amsyar la, dia akan tanya "Mama tak sedih?". Aloloolo..takkan la mama asyik nak nangis, ada masa mama nak senyum jugak bab sweet2 Khuzairi & Alisha tu.

Tapi betul la, bila patahnya sebelah sayap tak bererti kita tak boleh terbang lagi. Jangan cepat mengalah, bangun dan bangkitlah, kuatkan semangat pasti kita akan boleh terbang. Mana tau, dengan sebelah sayap kita boleh terbang lagi tinggi dari dua sayap kan. Jom, kita terbang sama-sama...

Wednesday, October 26, 2016

Gigi Susu

Bila dah masuk umur 6 tahun ni, kanak-kanak akan masuk fasa gigi susu goyang atau patah. Itu normal kan. Ada yang lebih awal dari umur 6 tahun pun dah terpaksa cabut gigi susu tu.

Teringat dulu waktu aku kecik2, habis gigi susu aku berlubang-lubang. Kalau goyang pun, nanti tunggu dia tercabut sendiri je, tak de la sampai abah bawa gi klinik gigi untuk cabut. Aku sendiri pun tak rela nak pergi. Takut sampai sekarang nak jumpa doktor. I is trauma dan fobia tengok doktor.

Sudahnya bila darjah 1, bila nurse gigi datang buat rawatan, habis empat gigi aku kena tampal dan dua batang kena cabut. Tapi sampai sekolah menengah pun ada satu tunggul tu tak cabut. Sehinggalah aku mengandungkan Amsyar, dua kali terpaksa cabut gigi tapi untuk 3 batang tau sebab habis semua gigi aku sakit berlubang. Panahan mengandungkan anak lelaki yang makan habis kalsium dalam badan.

Di sebabkan tak nak la anak-anak aku nanti jadi macam aku bertampal gigi bila dah masuk sekolah dan gigi rongak sana-sini, aku bawa je diorang gi jumpa dentist ni.

Aku paling suka pergi klinik gigi kat Bandar Raub tu, Klinik Perdana. Dentist dia dua orang, husband and wife tapi aku lebih suka kalau husband dia yang ada. Sikit kecewa kalau wife dia yang datang. Kalau doc yang lelaki tu cabut, kau boleh tak sedar entah bila dia tarik kau punya gigi. Tiba-tiba dia cakap dah siap. Paling best yang aku cabut dua batang gigi atas bawah, yang bawah tu tunggul. Punyalah 30+ tak cabut, tapi kat doc tu terus cabut dengan mudah. Tak rasa apa pun. Alhamdulillah.

Untuk Aisy lak, 1st time dia cabut gigi dia dengan doc lelaki tu. Dia rilek je, tak cucuk pun sebab gigi dah goyang kan. Just sapu ubat je then cabut.

Yang 2nd, dapat doc perempuan. Situasi yang sama, gigi dah goyang so sapu ubat je. Tapi bila nak cabut tu mungkin doc tu tarik kuat sangat ke, Aisy sampai sentap tangan doc tu. Dia nak nangis sebab sakit. Kesian dia. Nasib baik ok.

Aku kena bawa Aisy ke dentist ni may be every week untuk cabutkan gigi dia satu persatu walaupun tak goyang sebab sekarang ni pun gigi dia yang baru nak tumbuh tu dah tumbuh senget sangat. May be sebab tak cukup ruang yang ada. Tu yang doc suggest datang everyweek cabut gigi dia.

I is jiwa halus u. Anak cabut gigi pun I boleh bergenang air mata u. Huhuhu...

Wednesday, October 19, 2016

Hari Sukan Negara

Salam..

Banyak cerita nak tulis tapi semua yang baling belakang je la. Busy la nak update blog sebab bulan ni je ada closing GST dan dua company boss aku ada audit enquiries. Jangan main-main, aku ye kena jawab semua persoalan walaupun satu sen. Dahsyat kan buat audit ni...

Hari Sukan Negara tahun ni disambut pada 08 Oktober (Sabtu) yang lepas. Seluruh negara program ni berjalan serenrak. Dari tengah bandaraya sampai lah ke ceruk kampung kena ada aktiviti.

Orang paling sibuk dalam family aku tentulah adik aku yang kerja gov tu. Hari Sabtu pergi bandar Raub hari ahad lak sepatutnya kena pergi yang kampung-kampung tu dia wakilkan staff je bila dia sendiri joint aktiviti kampung sendiri.

Kampung aku buat hari Ahad sebab Sabtu tu ada majlis kenduri kahwin.

Panaskan badan sebelum merentas desa

Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan acara panaskan badan untuk permulaan merentas desa. Banyak giler kategorinya tapi dalam track yang sama.

Medal merentas desa
Naib Johan Merentas Desa Lelaki Veteran

Abang sado ku (Rizal) dapat no.2 you kategori lelaki veteran (35 tahun ke atas). Yang paling tak caya no. 1 tu lebih tua dari Rizal tau tapi dia pesara bekas komando army. Memang fit betul dia tu. Salute la bekas pesara tentera yang masih tetap berstamina walaupun dah tak bekerja.

Johan Merentas Desa Lelaki Veteran

Husband aku joint semua game sukaneka dan banyak giler dia menang hadiah. Sepak raga berkumpulan (johan), baling belon air berpasangan (ketiga) dan satu lagi aku dah lupa.


Group Johan Sepak Raga

Golongan Veteran pun cuba nasib tau

My hero yang baju hitam tepi sekali tu : Ketiga belon air

Pasangan dia yang tak dapat sambut belon air (baju putih)


Aku satu pun tak joint sebab melayankan anak dua orang tu (Amni & Amsyar). Amni nak stay kat Balairaya tapi nak mama, Amsyar tak nak duduk sana dia kata panas nak balik rumah. Sudahnya kerja aku ulang alik ulang alik je.

Pukul 2.00 baru semua acara selesai. Aku ingat Rizal dah lupa nak balik KL, rupanya terus balik KL petang tu jugak sebab pukul 5.00 dia ada game bola pulak. Tak koyak ke kaki? Kalau aku dah pengsan dua hari sebab penat. Jawapannya, dia ambil cuti Isnin tu sebab tak larat. Pancit jugak orang tua tu.


Friday, October 7, 2016

Amni Turn 5

Salam..

03 Oktober lepas umur Amni genap dah 5 tahun. Almhamdulillah, dipanjangkan usia budak kecik ni supaya aku boleh lagi memeluk dan mencium dia setiap hari. Syukur di atas rezeki yang Kau pinjamkan sementara ini.



Disebabkan birthday dia jatuh di saat kita umat Islam menyambut Maal Hijrah / Awal Muharram, adik-adik aku decide celebrate birthday dia sekali dengan jemputan bacaan yassin wanita di kampung mak aku. Ni semua kawan-kawan mak aku je yang datang.



Majlis bermula start pukul 3.00 petang dengan bacaan yassin dan seterusnya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sedih, rasa terharu pulak bila sebut nama Rasul kita ni. Sejak mengikuti kuliah-kuliah agama, rasa sangat kasih dan sayang dia pada umatnya, aku pulak rasa macam jatuh cinta.







Lepas tu acara potong kek untuk birthday girl. Tapi kalau dah namanya birthday, tak sah kalau bukan Aisy menyambutnya sekali.



Terpaksa tau beli kek untuk dia juga kalau tak nak dia mengamuk tiga hari tiga malam.



Nasib ada anak 3 je dan yang satu lagi birthday dia sama ngan kakak Aisy, kalau tak birthday Aisy sambut 3 kali setahun.



Menu petang tu hanya mee kari, nasi impit, roti jala, bubur jagung. Minum petang je kan.



Jom baca story sikit pasal Amni sekarang ni.
 

Sejak class teacher dia dari 4 years tu berhenti bulan Julai hari tu, dan digantikan pula dengan teacher lelaki, seminggu dia tak ke sekolah. Lepas tu pergi jugak tapi dia kata nak kelas Teacher Zulaikha la (another class for 5 years). Ok, fine..kita ikut je dia

Dua hari masuk kelas Teacher Zu, dia tak nak pergi sekolah jugak lagi. Tau je la perangai Amni ni. Dia bukan boleh bertanya, bukan nak jawab pun. Tanya la macamana cara pun tetap takkan jawab punya. Macam kan ada emas dalam mulut dia tau.

Pujuk punya pujuk terutama Teacher Aniza (class teacher Aisy), dia nak pergi sekolah. Tapi hari-hari dia menangis. Lama dah sikit dah macam ok tak nangis dah tapi nak mama hantar sampai dalam kelas.

One day, teacher Zu ni dukung je dia masuk kelas atas sebab dah 2 months dia duduk kelas Aisy. Start hari tu dia menangis balik pagi2. Sampai la hari ni.

Plan nak buat birthday dia kat sekolah pun macam dah tak de mood. Ye la, dia bukan ada kelas pun. 

Amni ni aku risaukan dia macamana la nak sekolah rendah nanti kalau tak boleh terima lelaki dalam hidup kan. Kalau dulu malu kat teacher Azeem je, sekarang malu kat lelaki terbawa-bawa sampai ke rumah. Nak minta apa-apa pun dah malu nak cakap dengan abah dia. Dah parah aku rasa dia ni..tak tahu nak buat macamana.

Harap-harap bila umur dia dah cukup 5 tahun ni, dia dah boleh berfikir lebih rasional sikit. Dulu ye la, baru 4 tahun, sekarang dah 5 tahun. Ada setahun je lagi nak hantar dia ke sekolah rendah. Kalau dia tak nak cikgu lelaki, sekolah mana aku nak hantar dia.

Walaupun dia banyak tak masuk kelas, dia masih lagi on track bab membaca, menulis, menghafal tu. Terutama Iqra' tu aku tengok dia sangat pandai.

Suka dengan dia ni, ada satu malam tu kami berdua tak boleh tidur sebab tertidur lepas Maghrib. Jam dah pukul 1.00 pagi tapi kami berdua terkebil-kebil lagi dalam bilik. Aku bangun ambil air sembahyang, sembahyang je la. 

Lepas aku bagi salam je, Amni datang bawa Muqaddam. Dia kata nak mengaji. Tengah-tengah malam tu aku mengajar dia mengaji dan baca surah-surah pendek dalam muqaddam tu. 

Alhamdulillah, lepas selesai aku bacakan surah Al-Mulk tu, kami berdua boleh tidur. Sungguh indah rupanya kalau kita habiskan masa malam kita dengan bertafakur. Bila lah boleh jadikan semua ni satu rutin....  

Amni,

Selamat hari lahir sayang..Mama sayang Amni sepenuh jiwa. Garang dan marah bukan tak sayang tau, sebab sayang lah mama marah. Tapi mama tak pandai nak pujuk balik bila dah marah kan!!! Mama tak pandai memujuk dan merayu, harap bila Amni besar nanti, Amni akan faham. Semoga Amni jadi anak yang solehah, selamat dunia dan akhirat.

Thursday, October 6, 2016

Satu Peluang Lagi

Patahnya Sebelah Sayap membawa aku mencari lagu ni. Giler mencari sampai sanggup dengar dulu bait-bait lirik, tulis kat kertas, cari kat google.

Finally hari ni dapat lagu ni. Kalau lah aku segigih ini untuk menghafal surah-surah dalam Al-Quran, alangkah indahnya. Huhuhu..sedih dengan diri sendiri.

Ada something yang aku rasa bila dengar lirik lagu ni. Rasa nak nangis..huhuhu..banyak rahsia yang tak ada sape pun tahu. Rasa kecewa yang pendam seorang diri, bertahun-tahun, menangis tanpa orang tahu. Alhamdulillah..semuanya dah berlalu tapi masih terasa. Bukan mudah untuk melupakan. Itu je aku nak cakap.

Untuk melayan kesedihan ni, nah aku tepek lagu ni kat sini sumber dari Youtube dan kat bawah tu lirik dia.


Satu Peluang Lagi - Fiq

Maafkan aku kesilapan aku
Halusnya hatimu aku tersentuh
Telah kau berikan segala yang kau punya
Demi membahagiakan aku yang hina

Segala dukamu segala tangismu
Akan ku tebus seumur hidupku
Sedalam-dalamnya aku menyesali
Terimalah aku kembali

Kerana engkau yang ku cinta
Pertama hingga ke akhirnya
Maafkan kerana pernah meluka
Beri aku satu peluang lagi

Segala dukamu segala tangismu
Akan ku tebus seumur hidupku
Sedalam-dalamnya aku menyesali
Terimalah aku kembali

Kerana engkau yang ku cinta
Pertama hingga ke akhirnya
Maafkan kerana pernah meluka
Beri aku satu peluang lagi







Wednesday, September 21, 2016

Empangan Klau, Raub, Pahang

Empangan Klau ni kalau kami ni penduduk Lembah Klau dah dengar cerita dari kami kecik-kecik lagi tau. 

Datang lah dari satu kumpulan ke satu kumpulan juruukur tanah, jurunilai harta tanah dari tahun 1990an sampai la ke tahun 2000.

Rupanya company tempat husband aku kerja ukur tu memang last batch yang final ukur tanah rupanya. Last diorang buat kerja-kerja kat situ dalam tahun 2006 kot..

Ingat dah tak jadi..rupanya jadi. Menurut husband aku, pelan asal memang hampir keseluruhan termasuk kampung kami tu tenggelam. Lepas tu diorang rendahkan lagi sehingga kampung kami tu jadi sebuah pulau. Last adjust...tak kena pun. Cuma kawasan sekitar sungai dan kebun kelapa sawit je yang ditenggelamkan.

Arwah abah aku dan orang kampung aku semuanya mengusahakan tanah rizab di tebing-tebing sungai dengan menanam pokok buah-buahan terutama koko dan durian. Kebun arwah aku sendiri berada di tepi jalan besar berhampiran jambatan di kampung aku tu.

Kalau dulu sungai tu kecik je tapi sentiasa mengalir. Sungai tu tempat kami mandi dari kecik sampai la besar kalau air paip tak de atau pun bila ikut abah ke kebun.

Dari setahun ke setahun kami tengok pihak kerajaan buat jalan sini, tutup jalan sana. Tutup jalan sana, buka jalan sini. Dalam hati dok fikir macamana la nak jadi empangan ni. Bukannya besar mana pun sungai tu nak alirkan ke empangan.

Kalau tak silap tahun lepas ke awal tahun ni, hujan lebat malam tu. Bila siang tu nak ke bandar Raub, nampak kebun abah dah tenggelam dgn air tapi kali ni tak bergerak air tu. Itu biasa kalau kebun abah tenggelam kalau hujan lebat.

Sudahnya minggu berganti minggu, walaupun dah tak hujan, air tak mengalir dah. Malah air sungai dah jadi hitam dan busuk. Waktu tu bukan sahaja sungai kat kampung kami, tapi kampung di Felda Lembah Klau pun sama.

Orang mula bertenggek di jambatan merenung nasib sungai yang dah tak cantik. Hilang kenangan kami dan tempat nak mandi sungai dah lepas ni. Air rupanya dah mengalir ke empangan.

Bila dah jadi empangan, maka wujudlah satu hobi baru penduduk Lembah Klau iaitu memancing dan menjala ikan. Bukan setakat tu, ada jugak yang beli bot dan menjual hasil tangkapan. Tapi memang rare la ikan-ikan kat sini. Lubuk ikan bagi orang yang kaki pancing. Setakat nak jumpa Baung, Lampan yang besar-besar tu memang boleh dapat la. Tak tahu datang dari mana ikan ni.



Sekarang ni, empangan Klau ni dah start jadi tempat rekreasi la..boleh dah tambah dalam list bagi kaki pancing tempat nak memancing hujung minggu. Mana kaki pancing kaki pancing sekalian, meh la berkunjung ke kampung saya ni. Mesti puas hati bila dapat hasil nanti. 


Gambar kredit dari fb : Empangan Klau. Boleh search sendiri untuk tengok lebih banyak gambar

Tuesday, September 6, 2016

Genius Aulad : The Read-It-Right Challenge & Cabaran Bijak Membaca

Syukur Alhamdulillah, terima kasih..

Ini je mampu aku ungkapkan bila Pn. Atie founder GA BSD call untuk inform Rahadatul Aisy terpilih untuk final Cabaran Bijak Membaca bagi wakil GA BSD Jumat lepas.

Pn. Atie ni call aku suruh aku guide Aisy untuk membaca cerita yang dalam 4 pages tu. Dia dah tulis pun perkataan apa yang aku perlu train dia bagi lancar.

Kita bila dengar berita macam ni dah excited giler siap share dalam group whatssapps kami adik beradik. Kami yang over excted nak train Aisy membaca dengan lancar dan dengan intonasi. Maklum la, kami kecik-kecik dulu semua penakut ke depan bercakap depan orang ramai. Sampai ke besar pun tak pernah public speaking lagi..

Tapi hujung minggu, dua hari tu langsung dia tak nak practice. Ada sekali je dia baca depan aku. Memang la dia lancar je baca cerita tu walaupun Pn. Atie kata ada 4 perkataan tu macam susah jugak la bagi budak 6 tahun nak sebut kan.

Sampai hari Ahad pun dia tak nak practice baca. Aku ni mudah naik angin je kalau dah tak nak practice semua. Biarkan je. Cuma suruh abah dia lak yang pujuk. Pun tak jalan jugak. Dia slow talk dengan Aisy kenapa tak nak practice, Aisy kata dia dah tahu baca. Tak nak baca ulang-ulang yang sama.

Kalau itu lah jawapannya wahai anak, terpulang lah sayang oii. Mak dah tak tahu nak buat macamana lagi dah. Nasib kau dah pandai baca. Lain kali kena beritahu teacher sekolah dia la dia ni bukan jenis nak practice ulang2 benda yang sama je bila dia dah tahu.

Result belum tahu lagi sebab challenge tu semalam. Nanti bila dah ada result aku update kat sini. Tapi aku tak menaruh harapan pun kat dia ni sebab dia tak practice pun membaca. Asal tahu membaca je la. Menang tu rezeki, kalah pun dah rezeki dapat wakil GA BSD tu.


Monday, September 5, 2016

Musim Buah

Salam....

Sekarang ni kalau buka je fb hari-hari orang update gambar durian musang king kan? Dah dekat sebulan lebih jugak aku rasa durian musang king ni glamour. Sampai masuk Majalah 3 dan berita TV9 la kawasan kampung aku tu ...glamer jap Raub..



Cousin , founder Jelu Agro Farm


Disebabkan durian ni macam sedap je, kami adik beradik pun terjebak nak makan buah mahal ni. Tengok TV memang la harga sampai RM 50 / 60 sekilo, tapi sebab harga sedara-sedara dapat la harga RM 15.00 sekilo utk durian musang king dan 101 dapat la harga RM 10.00 sebiji je.

Musang King
Durian 101

Which one yang sedap? Ikut anak tekak aku 101 lagi sedap dari musang king. Ini anak tekak aku dan juga kami satu family la. Mungkin sebab 101 tu isi dia macam kuning lagi sikit dari musang king dan dia rasa lemak berkrim kan..memang terbaik la..tapi lagi sodap durian kampung dekat rumah arwah nenek aku tu.

Pulut durian

Dah lama sebenarnya tak ke rumah arwah nenek aku tu, rumah arwah pun tinggal sepi je atas bukit tu. Semua pokok buah pun kadang terbiar je tapi kali ni kebetulan durian hanya menjadi di sebelah Raub je, memang harga agak mahal walaupun durian kampung. Syok pulak bila secara kebetulan terjumpa dgn sedara mara yang mencari durian kat kebun ni. dapat la merasa durian fresh jatuh dari pokok dan dapt jugak merasa kena gigitan cinta dari nyamuk aedes ni.

Sekarang ni bukan setakat musim durian, tapi semua buah-buahan tempatan memang menjadi. Alhamdulillah, dulu arwah abah tanam pokok buah sekeliling rumah. Dapat la anak menantu makan buah ni. Tapi cucu tak makan pulak kecuali Amni seorang. Cuma diorang dapat enjoy memetik buah dari pokok walaupun tak makan.

Bekal bawa balik KL
Dulu nak ke kebun buah walaupun belakang rumah mak je, tapi agak semak sebab daun pokok koko penuh atas tanah. Macam bahaya jugak la takut ada cik ular yang jalan-jalan atas daun tu kurang nampak kan. Sekarang ni sejak menantu seorang Hajah Mekyah tu menjaga kebun, habisnya ditebang pokok koko sebab hasil dah tak ada sangat. Lagi pun tak ada orang nak kutip dan proses koko tu dah. Dulu aku rajin, sekarang aku dok dang..banyak kije..aku dang makang je..

Buah dokong - duku langsat
Bila dah terang benderang kebun buah, 3A tu tak boleh tengok langsung abah dia tukar uniform pakai seluar. Kalau pakai kain pelikat je tau la tak ke mana. Tapi kalau tukar pakai seluar tak kisah apa jenis seluar, panjang ke pendek, pakat dok berbelit kat kaki abah. Sama ada dapat round-round naik motor pi tengok air empangan, pergi tengok lembu, kambing, kera, dan bagi ikan makan kat sungai. 

Rambutan anak sekolah
Dua minggu ni terlalu excited dapat petik buah manggis sendiri dari pokok dan tolong pegang tali bakul sebab abah dia dok panjat pokok. Rambutan yang banyak-banyak tu pulak saje la Hajah tu ikat jual. Jual murah-murah je..satu ikat dalam RM 3.00 tak pun dua ikat RM 5.00. Daripada buruk je kat pokok, kita jual. Nak sedekah semua orang pun ada buah yang sama. Sama la jugak dengan buah dokong tu..terlalu banyak kita jual je murah-murah. Kalau rasa nak makan buah ni, jemput dan silalah datang ke rumah mak aku ya hujung minggu ni. Ye la..buah ni bukan boleh tahan lama sangat pun. Dah dua minggu masak kan, mungkin ni la minggu akhir boleh merasa lagi sebelum semua buah tu rosak.

Rambutan kuning

Sape-sape yang nak otw kelik kelate hujung minggu ni yang lalu ikut jalan alternatif mempaga lembah klau tu, jemput la singgah berehat makan-makan dulu ye. Tapi self services la panjat pokok ye. Sebelum tu roger-roger dulu aku ye...Kalau lalu ikut jalan besar dari bandar Raub ke Lipis ikut Gali tu boleh singgah di gerai cousin aku berhadapan dengan SMK Gali di Gali Tengah. Ada macam-macam jenis buah-buah tempatan di jual kat sana. Boleh dapat dengan harga kasih sayang je tak macam kat dalam TV tu.



Friday, September 2, 2016

Anugerah Terindah

Salam..

Lama betul tak up entry kat blog ni. Tak tahu nak cerita apa sebab semua macam biasa walau pun banyak la karenah anak-anak terutama yang sekolah.

Tapi kali ni nak story tentang novel vs drama kat TV3 yang meletop-letop tu..apa lagi kalau bukan SayangKu Kapten Mukhriz...

Aku dah lama tak baca novel sebab aku rasa kalau nak baca novel ni kena ada masa free yang boleh nak feel melayan watak sampai kita masuk dalam novel tu.

Sekarang ni kalau nak baca novel banyak waktu terganggu. Baru nak buka novel anak dah datang nak itu, nak ini. Lagipun quality time dengan anak-anak tu penting sebab ada lima jam je sehari kalau hari kerja.

Dalam lima jam tu la kita nak masak untuk makan malam, basuh baju, lipat baju, ibadat, tengok home work anak last-last biasanya aku yang tewas dulu sebelum anak-anak aku tidur. Ye la, jam lima pagi aku dah nak kena bangun prepare breakfast and siapkan semua sekali sampai la hantar anak ke sekolah dan aku lak terus pergi kerja.

Kat office walaupun free tak de kerja sangat, tapi tak de la sampai boleh nak baca novel kan. Lunch hour satu jam tu walaupun aku tak makan tapi aku guna 30 minit utk tidur then solat Zohor. Hari tu ternampak Prof Muhaya punya tips ke apa, tidur siang tu untuk kekal muda. So, kena la amalkan walaupun hanya dapat tidur 20 minit je.

Aku memang layan drama-drama pukul 7.00 malam kat TV3 / TV1 mana yang best la. Kalau hero atau heroin tak best biasa tengok gitu-gitu je.

Tapi tak tahu kenapa cerita SKKM ni macam best pulak. Suka tengok Dr. Ariana Dahlia ni tergedik-gedik nak ambik perhatian ustaz Kapten Mukhriz tu. Cerita yang cukup rencah rasa. Tu yang layan drama ni. Tak cukup drama, langsung mencari novel dia.

Sanggup cari kat Popular sampai dua kali pergi tak ada stok, aku sampai dah give up. Tapi kali ketiga pergi cari ada satu je. Rezeki..kalau tak terpaksa la order online je. Tak cukup dengan novel yang asal, order pulak kisah sambungan yang ditulis oleh penulis mungkin selepas drama ni keluar kat TV.

Aku dah beli novel AT ni dah tiga minggu tau, tapi aku tak habis baca lagi. Mula-mula dapat terus baca bab last sekali sebab nak tahu kesudahan cerita. Sekarang ni tengah merangkak baca dari bab satu. Banyak skip terutama bila cerita tentang Awina. tak minat nak baca..

Cerita SKKM dan novel AT ni bukan aje aku yang tergiler-giler nak baca dan tengok, Rizal pun sama. Tapi dia tak la duduk tunggu dari pukul 6.58 petang tu. Tetap pergi main bola juga cuma dia akan suruh aku update la apa yang dia terlepas.

Novel lak sekarang ni gilir-gilir baca. Kalau aku free aku baca, kalau dia tengok aku tak baca, dia lak sambil baring baca novel AT. Boleh tak laki bini melayan cerita dan novel ni? Bukan setakat aku, anak-anak aku pun melayan drama ni jugak. Siap tanya-tanya lagi. Bila sebut nama orang lain selain hero / heroin tak kenal. Kena sebut pakai kereta apa baru tau yang mana. Amsyar tu pulak suka bila nampak Mukhriz pakai uniform army tu.

Bila cerita ni ada banyak benda yang aku teringat terutama lokasi penggambaran kat TLDM Lumut. Aku dah lost contact dengan seorang mamat ni sebab aku tukar no. phone kot waktu kat U dulu. Dia navy kat sana. Tak tahu la masih di sana atau dah pindah. Mamat ni bukan sama sekolah dengan aku pun tapi kami satu daerah. Aku pun tak ingat macamana kami boleh kenal. Dulu-dulu mana ada handphone, kami tulis surat je. Kami bukan couple pun, tapi kawan. Sahabat pena la lebih kurang macam tu.

Watak Mukhriz tu pulak buatkan aku teringat juga sahabat pena aku yang study kat UIA jugak macam Mukhriz. Nama pun sama, Mukhriz dan asal Kedah lebih kurang watak dalam novel orang Perlis tapi dalam drama orang Selangor.

Bila cerita ni habis, macam terniat nak cari balik kawan-kawan lama ni semula. Try cari kat fb tak jumpa lak. Kalau ada readers yang macam agak-agak kenal dgn dua insan ni nanti beritahu ye. Nak tulis surat semula dah tak tahu nak cari mana alamat diorang sebab aku tulis semua address kawan-kawan aku dalam diary. Tapi diary ni tertinggal dalam bas atau teksi waktu aku tergesa-gesa nak kejar bas di Pudu Raya nak balik Jb waktu study dulu.

Walaupun cerita SKKM dah habis, aku macam tak boleh move on pulak dengan cerita baru ni. Terasa macam best je tengok SKMM tu. Suka tengok cerita yang realiti daripada tengok cerita anak muda (hero) drive kereta mewah2 bajet anak Dato'.

Ok, bertabah tengah tunggu novel sambungan AT walaupun novel AT masih belum habis baca.

p/s : Buat dua sahabat pena saya ni, Angah Rashid dan Mukhriz kalau ingt saya lagi boleh contact saya ye.