Monday, November 30, 2015

Little Ihtifal Genius Aulad 2015

Biasa la hujung-hujung tahun mesti semua sekolah tak kisah la dari sekolah tadika sampai la ke sekolah menengah mesti ada majlis graduation la, majlis penyampaian hadiah la. Yang paling meriah mestilah budak tadika sebab mak pak kena datang sekali.

Tahun ni tema bagi Little Ihtifal Genius Aulad adalah " Stories From Sea". Aku rasa semua branch buat benda yang sama start dari cerita, tarian dan juga nyanyian. Venue masih sama macam tahun lepar di Dwan Auditorium Muzium Negara..




Tahun ni aku ada dua anak yang terlibat dengan persembahan tapi budak berdua ni hanya pergi practice dua tiga kali je kot sebab hujung-hujung thun ni banyak sangat ponteng sekolah. Start dengan jerebu sampai la terkena chicken pox.

Amni anak aku yang 4 years tu cuma kena nyanyi beramai-ramai je. Kena pakai baju dan tight kuning. Ikan apa yang kuning? Selar kuning ke ikan yang kena jaundice?

Nasib baik juga la dia nak joint waktu sampai kat tempat registration tu sebab pagi tu dia tak nak mandi. Nangis-nangis tak nak pergi. Lepas mandi elok je pakai baju kuning dia. Kesian dia, chicken pox tak baik baik lagi. Parut bersepah dekat muka. 

Aisy pula memang sentiasa over excited. Diorang sekolah tau satu minggu lepas. Aku tanya dia buat apa pergi sekolah? Dia kata practice...dan paling dia suka hari Rabu lepas sebab dapat naik bas ramai-ramai ke Muzium Negara untuk rehearsal.

Aisy pegang watak Jelly Fish so dia kena pakai dress sambil pegang payung. Dialog yang dia kena cakap cuma "I'm so hungry". Tak pergi practice pun tak pe..senang je nak hafal...

Macam biasa, majlis start dalam pukul 9.30 dan kali ni kami adalah parents yang agak terakhir jugak datang sebab last year kami datang awal tapi lambat jugak show tu start. Langsung penat melayan anak kecik bujang tu. Lagipun dari rumah aku just 10 minit je dah sampai Muzium Negara tu.



Majlis mula dengan sessi konvokesyen untuk six years. Tahun ni yang aku perasan diorang pakai jubah ke tahun lepas dah pakai tapi aku yang tak perasan.



Habis sessi konvokesyen, start show dengan persembahan 6 Al-Razi cerita Bahtera Nabi Nuh. Then show untuk 5 Andalus & 5 Baghdad yang cerita tentang kehidupan dalam laut dan sikap manusia yang suka buang sampah. Habis cerita diorang menari pulak lagu "Let It Go" dalam slot No One Knows.




Lepas tu sambung balik show budak 6 years kelas 6 Damsyik & 6 Istanbul untuk slot Little Orange Clownfish. Aku tak pay attention pun persembahan yang lain sebab anak bujang ni bukan boleh duduk diam. Habis satu dewan tu dia nak road tour. Habis 6 years, 5 Kaherah & 5 Ibnu Khaldun pulak yang buat persembahan "Funny Looking Seaweed"

Habis yang 5 years tu barulah Amni buat persembahan pulak nyanyi lagu "I am thankful". Four years ni ada satu kelas je sebab 6 orang je kan...Dia tak nyanyi sangat pun. Mujur dia nak naik pentas je.

Last sekali acara lucky draw yang tak pernah nak ada luck untuk aku. Ada 6 hadiah kot..nombor yang dipanggil pun banyak parents tak naik may be dah balik. Tapi tak dapat jugak kat aku. Nampak sangat tak de luck. 

Balik...kesian budak-budak ni lapar. Aku ingat makanan yang parents makan kat luar tu budak-budak dapat makan, rupa-rupanya diorang tak makan apa-apa pun. Nasib baik anak-anak aku dah aku siapkan bekal yang diorang makan dalam kereta otw ke show tadi.

Secara overall, banyak yang aku rasa kurang puas hati cara susunan aturcara majlis dan juga persembahan. Sepatutnya show ni lebih baik dari tahun lepas, tapi tahun ni lagi kurang menarik.

Kat sini aku nak bagi cadangan la kepada yang rasa-rasa akan terlibat dengan persembahan anak-anak tadika ni kan...

1. Majlis Rasmi

Sepatutnya mana-mana majlis rasmi kita mulakan dengan nyanyikan lagu Negaraku dulu dan bacaan doa. Waktu tu kita boleh tengok semua parents berdiri tegak dan hormat pada Negara kita ni.

2. Acara konvokesyen

Mainkan lagu gamelan atau mana-mana muzik tradisional lagi menarik kot. Pastu scroll tu pun tukar dalam bentuk macam buku ni. Cantik kan?



3. Piala Iringan / Trofi / Medal

Sertakan juga pelajar terbaik. Walaupun GA ni tak de exam, tapi penilaian tu tidak semestinya dari exam sahaja. Pelajar terbaik juga bukanlah 100% akademik. Macam aku sekolah tabika KEMAS dulu, dapat pelajar terbaik dapatlah piala iringan tu. Pegang la setahun je..

Bagi la jugak cenderahati dalam bentuk medal atau plaque untuk semua anak-anak tadika yang konvo ni. Boleh simpan dalam bilik anak-anak dengan gambar konvo diorang. 
 

3. Persembahan

Sepatutnya show 6 years tak boleh buat lepas majlis konvo sebab budak2 ni semua ambik masa nak tukar baju untuk perembahan. So, kita bagi kat kelas yang tidak terlibat dengan konvo.

Bagi kat budak 4 years adalah lebih baik sebab diorang ni kan kecik lagi. Kesian diorang nak tunggu yang last sekali baru buat persembahan.


Persembahan yang menarik adalah persembahan yang tidak membosankan. Memang kita nak tunjukkan yang anak-anak ni bersekolah sampai dah boleh bercerita tapi aku rasa kalau cerita tu tak boleh difahami lebih baik kita yang dewasa ni jadi suara belakang pentas. 

Tapi tak payah la kau buat story telling pulak. Just mukadimah dan penutup je. Banyakkan dialog budak-budak ni bercakap macam nampak diorang ni berbual sambil bercerita. Pastu cerita buat macam ala-ala musical gitu.

Kalau tanya idea aku macamana nak buat event ni? 

Aku campur je budak ni bagi penuh pentas sebab pentas Auditorium ni sangat besar tau. Setiap cerita tu bersambung-sambung tapi dari berlainan sudut. Contohnya kalau kita nak startkan dengan nyanyian, kita letak diorang kat depan pentas tapi kiri kanan ni ni dah penuh dengan susunan watak-watak cerita lain. 

Habis je budak group A nyanyi, kita ajar diorang gerak ke belakang sedikit ambik alih tempat group B yang akan ke hadapan untuk bercerita. 

Dalam bercerita patut ada selingan nyanyian dan juga tarian. Barulah macam seronok. Tambah lak budak-budak kecik ni kalau pakai baju macam-macam fesyen boleh bagi. Diorang kan comel-comel je. 

Pasal props? Tak jadi masalah la..props boleh masuk keluar dengan senang je sebenarnya. Kan ada person in charge yang dah ditugaskan untuk susun props, so diorang akan masukkan dan keluarkan props secara tersusun tanpa cacatkan persembahan. Percaya la..benda ni kalau practice memang makes perfect.

 







Saturday, November 28, 2015

Alahai IKEA...

Salam...

Semua orang tahu kot yang IKEA dah buka cawangan kedua di Cheras dan opening dia 19 Nov yang lepas. Anak aku pun teruja nak pergi sebab dekat sangat2 dengan office aku ni.

Aku bukanlah peminat IKEA satu masa dahulu dan sekarang juga sebab tu la baru sekali je aku jejak kan kaki ke IKEA Damansara tu.

Aku tak tahu nak beli apa kat sana walaupun aku rasa banyak jugak la barang yang harganya sangatlah berpatutan dan mampu milik.

IKEA Damansara tu hanya 10 minit je dari rumah aku dan yang IKEA Cheras ni 5 minit je dari office aku. Kalau jalan kaki 10 minit la kot. Dah dua minggu buka tapi aku tak pergi lagi ni walaupun aku tengah ada list barang nak beli ni.

Aku nak beli dua barang ni je dulu..penting sangat-sangat.


Kenapa nak beli shoe pocket tu? Sebab terlalu banyak stuffed animal kat rumah aku dan selalu sangat bersepah, so aku nak letak belakang pintu bilik mainan. Kalau diorang nak main pun tak de la diorang punggah semua keluar cari mana satu yang diorang nak kan...



Side table tu kenapa aku beli? Saje je..beli sikit sikit...kalau beli banyak-banyak macam banyak je duit keluar. Target adalah meja dulu. Nanti kerusi ni pulak...

Senang sikit budak2 tu nak menguli doh. Ayik main atas lantai je..habis lekat kat lantai.

Gambar credit dari IKEA dan google

Friday, November 27, 2015

Budak Pun Tahu Kasihkan Maknya

Salam..

Hari ini just nak kongsi perbualan aku dengan Aisy dua minggu lepas kot..

Waktu tu ada iklan cerita Dhea Sofia kot...yang lakonan Amira Rosly pukul 10.00 malam setiap Rabu & Khamis tu..

Dalam iklan tu, Amira ada sebut "Dua juta ni tak bermakna pada aku" sambil tunjuk cek tu kepada Roy Azman.

Aisy : Dua juta tu tak bermakna ke mama? (Dia kan orang yang pandai kira duit budak ni)

Aku : Dua juta tu banyak Aisy. Boleh beli macam-macam.

Aisy : Habis tu kenapa dia kata tak bermakna?

Aku : Sebab dia nak mama dia. Kalau orang bagi Aisy dua juta tapi orang jahat tu ambik mama. Aisy nak duit dua juta tu ke nak mama?

Aisy : Nak mama..tak nak duit..

Sedih ooo aku dengar..walaupun dia pandai berkira pasal duit, tapi bila sebut mama tak de..dia tak boleh rupanya. Alhamdulillah..Aisy sayangkan mama lebih dari duit dua juta...Hihihi..


Thursday, November 26, 2015

Demam, Sakit Mata, Chicken Pox

Salam...
Lama betul rasanya tak update blog..Busy melayan penyakit anak-anak dan juga diri sendiri...

Tiga serangkai penyakit sekali gus anak-anak aku kena hujung-hujung tahun ni. Biasalah bila anak tinggal di nursery ni, mudah sangat terdedah dengan penyakit berjangkit. Kalau tak anak kita yang mula, anak orang lain dulu kena. 

Marah? Tak de la..tak marah pun..sakit tu kan ujian..besar mana sangat la ujian yang Allah bagi kalau setakat sakit ringan-ringan ni.

Cuma terpaksa la aku ni berangkut anak-anak ke office bila annual leave dah lama habis. Ni masuk tahun kedua dah annual leave aku habis belum sempat sampai hujung tahun. Ni cabarannya bila ada anak ye tak?

Mula-mula Oktober hari tu tiba-tiba Aisy demam panas tapi sebab cuti tak de aku dah malas dah pergi hospital-hospital ni. Tak kuasa kena tahan kat wad sebab demam je. Pergi klinik je..ambik ubat sudah..lepas dia ok..jangkit lak demam tu sekali pakej selesema batuk kat adik-adik dia. Dengan Amni tiba-tiba alah dengan ubat pulak..kesian dia habis bengkak mata dan mulut dia. Kebetulan waktu tu jerebu teruk sangat kat negara kita ni.

Sudah pengakhiran demam anak-anak dah ok, akhirnya aku pulak yang tumbang. Sakit kepala + sinus yang teruk sebab kurang tidur. Ye la..mengadap Amsyar yang merengek tengah malam sepanjang demam, dengan suhu yang sangat tinggi, mengelap badan dia aje la..Aku MC pun tak de orang tahu. Aku makan ubat sekali je pagi tu balik klinik, langsung pengsan sampai petang. Solat Zohor pun dah hujung waktu sebab tersedar ada orang masuk rumah. Rupanya husband aku dah balik kerja...lepas dapat tidur mati tu, lega segala sakit.

Sakit mata pun Aisy yang kena dulu..sudahnya mengangkut dia ke office aku. Ni kena seminggu lepas demam reda. Kesian kan! Anak sakit pun terpaksa ikut mak pergi office, patut dia rehat je kat rumah tapi disebabkan mak paknya cuti dah habis. 

Lepas seminggu baik sakit mata, Aisy kena chicken pox pula..nasib baik la adik-adik dia tak terjangkit sakit mata cuma bila Aisy dah nak baik chicken pox, aku pula yang sakit mata. Amsyar pun berjangkit dari aku sebab asyik menempek je kat mama. 

Chicken pox ni kan jenis berjangkit, kalau tak kena habis adik beradik itu bukan lah namanya chicken pox. Selang seminggu, Amni pulak yang kena. Selang dua hari Amsyar lak kena. Ni sampai hari ni budak  berdua tu tak baik lagi. Budak berdua tu punyalah susah tak nak sapu Calamine Lotion tu..memilih ubat. Kalau calamine cream baru nak. Ubat makan langsung tak nak makan. Dah seminggu lebih tapi tak baik-baik..Amni langsung dah dua minggu. Sepatutnya seminggu ni ke sekolah untuk practice sempena Little Iftihal tu, langsung tak pergi. Sabtu ni tak tahu la dia nak perform ke tak..

Macamana nak tahu anak nak kena atau sudah dijangkiti chicken pox? Kalau anak-anak kita terdedah dengan orang luar yang telah dijangkiti chicken pox dan anak kita tu belum pernah kena chicken pox. Badan anak kita akan panas macam nak demam tapi tak panas sangat. Setakat suam-suam kuku je. Esok carilah tompok merah berair kat badan anak kita. Biasanya dia akan start di kepala / bawah ketiak / peha / belakang badan. 

Minum lah air kelapa untuk keluarkan semua chicken pox tu. Ada orang guna daun bambu. Aku tak tahu daun bambu tu apa so aku tak guna. Pantang? Orang tua-tua tak bagi makan kicap sebab takut parut jadi hitam. Tak bagi kena hujan takut parut tu berlubang pulak. Tak boleh keluar kena kuarantin supaya tak jangkit.

Pantang makan? Kicap dengan telur adalah musuh utama makanan ketika kena chicken pox. Kicap takut hitam dan telur takut bernanah la kan... Yang lain tak de pantang..semua anak aku makan. Ada orang tak bagi makan ayam sebab ni kan 'chicken pox'...tapi aku bagi je..tak de hal. 

Ubat ? Tentulah Calamine lotion..pergilah mana-mana hospital atau klinik, benda alah ni la diorang bagi. Sapulah seluruh badan. Kalau muka tu dah jadi macam Mok Cun dah..hehehe..tu yang Amsyar dan Amni tak nak pakai. So, aku guna Calamine cream yang aku dapat secara pecuma je dari KK setiap kali pergi check up Amsyar kat klinik. Aku mintak je..diorang bagi.

Ubat lain bergantung kepada klinik. Tapi dua-dua klinik yang aku pergi dia bagi ubat ni "Acyclovir 400" yang bentuk tablet untuk kids dan untuk Amsyar dalam bentuk liquid. Ubat ni ubat anti virus untuk melambatkan dan menghalang virus herpes daripada merebak. Acyclovir tidak akan mengubati herpes tetapi boleh mengurangkan simptom yang disebabkan oleh jangkitan itu. Makan pun kena ikut arahan doctor. Macam anak aku, dia suruh makan lima hari je pastu stop.

Selain tu, doctor ada jugak bagi ubat ni "Chlorpheniramine" satu jenama Antamin® dan satu lagi jenama Chloramine®. Ubat ni untuk gatal-gatal suapaya budak2 ni tak menggaru. 

Walaupun saya beritahu semua ubat-ubat ni, sila pergi ke klinik ye dapatkan nasihat doc sebab dia akan bagi sukatan yang betul untuk di makan. Jangan suka-suka beli kat farmasi tau. Calamine lotion tu ok la nak beli sendiri. Ok..sampai sini je update saya. Nanti rajin saya update lagi.