Friday, May 22, 2015

Filem "Aftershock"

Dah lama sebenarnya tak layan cerita cina sejak wujudnya pengaruh korea dalam industri hiburan ni. Tapi malam tadi tiba-tiba tertengok pulak filem 'Aftershock' ni.



Korang pernah tengok tak? Siapa belum tengok aku sarankan sangat2 korang cari lah cerita ni dan tonton la wei. Sedih dari mula sampai akhir. Aku rasa habis baju aku basah buat lap air mata je malam tadi. Ke aku je yang emo?



Filem ni mengisahkan tentang sebalik kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Tangshan, China pada tahun 1976 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar dan meragut nyawa hampir 240,000 orang. Kalau salah sila betulkan fakta aku ye.

Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai sepasang anak kembar tapi ibu dia nampak lebih sayangkan anak lelaki.

Ketika kejadian gempa bumi tu aku rasa malam kot sebab filem tu hitam putih je, cuma aku agak malam sebab anak-anak dia ditinggalkan kat rumah dan tidur. Diorang suami isteri keluar bekerja mungkin sebagai buruh.

Bila gempa bumi tu berlaku, diorang suami isteri memang berlari ke rumah nak selamatkan anak mereka, tapi gempa bumi tu terlalu dahsyat dan terlalu cepat. 

Bangunan rumah diorang runtuh dan dua anak dia ni sebenarnya selamat bawah runtuhan cuma kalau nak selamatkan kena pilih salah seorang je. 


Waktu ni suami dia dah meninggal sebab tanah bumi dah merekah, so dia nak anak dia dua2. Dia menangis nak dua2 anak dia tapi sebab dah lama sangat dia tak buat keputusan, orang yang nak tolong angkat runtuhan tu nak pergi tempat lain pulak. 

Terus dia pilih anak lelaki dia sedangkan waktu tu anak perempuan dia masih sedar dan mampu menggerakkan tangan lagi sambil mengetuk batu. Yang lelaki tu macam dah tak sedar.



Bila dah keluarkan yang lelaki, diorang ambik jugak yang perempuan tu. Tapi semua orang ingat dia dah mati dan ditempatkan di sebelah mayat ayah dia. 


Ibu dia pulak terpaksa berjalan sambil mengendong Fang Da ni untuk dapatkan bantuan. Fang Da ni macam dah nyawa2 ikan dah pun. Dia selamat tapi kehilangan sebelah tangan.


Dengan kuasa Tuhan, Fang Deng tu sedar dari pengsan dan berjalan tanpa arah sehingga seorang tentera yang selamatkan dia dan diletakkan di kem.


Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai tentera tu sangat sukakan Fang Deng sebab dia comel. Diorang ambik budak ni jadi anak angkat.

Dalam masa yang sama berlaku perebutan antara mak Fang Da dan keluarga belah suami (mak mertua) untuk menjaga Fang Da. Cucu lelaki kan, diorang mesti nak. Oh..sedih sungguh bab ni. Bukan bab ni je, sepanjang cerita lah sedih.

Fang Deng ni besar penuh dengan kebencian terhadap ibu dia, sebab tu dia tak pernah cakap pada keluarga angkat tentang family dia, nama dia sebenar, dan segalanya tentang masa lampau dia. Walaupun dia dah dewasa, dia tak pernah nak cari mak dia atau jejak kaki ke Tangshan. Sedangkan mak dia tunggu roh dia balik pun tak balik2. 



Dia terjumpa dengan adik dia dalam satu kejadian gempa bumi. Diorang berdua ni jadi sukarelawan. 

Akhirnya adik dia bawa balik dia ke Tangshan jumpa dengan ibu dia. Mak ai..sedih gila lagi waktu ni. Kalau part diorang pergi kubur dia tu, lagi sedih. Tapi akhirnya diorang bersatu juga dalam satu family.

Moral of the story, mana ada mak yang tak sayang anak. Tapi bila dalam keadaan terpaksa, bila terpaksa membuat pilihan satu je dari dua, mungkin la keputusan tu dipengaruhi sedikit dengan rasa sayang lebih. Sedangkan nabi pun ada anak yang dia paling sayang, apatah lagi kita ni.

Tapi aku minta sangat jangan lah Allah tu uji aku dengan bagi pilihan kat aku untuk pilih satu aje dari tiga harta aku tu. Aku biar hilang segala, janji aku nak 3 orang anak aku tu ada dengan aku. Sudahnya semalaman aku menitis air mata sampai bengkak mata aku pagi ni.

Monday, May 11, 2015

2015 Sports Day Genius Aulad Bandar Sri Damansara

Sabtu yang lepas telah berlangsungnya Sports Day untuk Genius Aulad branch Bandar Sri Damansara. Kali ni buat kat padang bola, Kompleks Penyayang BAKTI, Bandar Sri Damansara. 1km je pun dari rumah aku. Jalan kaki pun sampai tapi kami sayang lemak tepu yang ada, so kita naik kereta je la. Hehehe...

 
Tahun lepas acara Sports Day ni buat dalam dewan serbaguna tak silap aku la. Tahun lepas jugak tak dapat pergi sebab tengah pantang bersalinkan Amsyar. Aisy pun tak nak pergi bila mama tak nak pergi.

Tahun ni langsung ada dua anak yang kena joint game tu. Ambik kau..tapi aku dah tahu perangai anak2 aku ni. Diorang tak suka nak involve aktivti yang melibatkan ramai orang ni. Percayalah. Nanti korang baca lah sampai habis apa yang berlaku ok.


Seawal jam 8.05 minit pagi kami sampai sebab message tulis pukul 8.00 kan. Aku kan 'sikit' punctual bab masa ni. Lambat sebab Rizal boleh lagi jalan kaki lenggang lenggok pergi kedai beli paper, air solivite dan rokok untuk dibawa bekal. Boleh?

Ingat nak tinggal je Amsyar & Rizal kat rumah. Kesian kan budak kecik tu kena bangun awal pagi. Aisy & Amni pun aku kesian sebab kena bangun awal pagi bersiap. Tiba2 tengok Rizal dah mandikan Amsyar dalam bilik air. Kesiannya, mata pejam lagi dah kena jirus air.

Sangat sedih sebab tak terfikir pun nak pinjam kamera dslr adik untuk event ni. Paling tak boleh blah adalah lupa juga nak ambik compact camera yang tinggal kat rumah mak. Harus bergambar guna phone aje la. Sedih. :(



Bila dah siap daftar tu, dapat tentatif program. OMG, pukul 9.00 baru start game! Harus anak2 aku mengamuk start dari yang kecik sampai yang besar sebab duduk lama sangat. Kenapa la sekolah tak bagi tentatif ni awal sikit. Aku boleh datang 5 atau 10 minit sebelum start. Kesian :(

Budak2 lain aku tengok excited giler berlari atas padang sebelum game start. Harus hilang energy sebelum game ni. Nanti bila suruh lari dah tak nak kan! Anak aku ikut buntot mak dia je. Mak dia duduk je sambil borak2 dengan parents Zara Medina classmate Amni.

Untuk kelas 4 years, diorang kan ada 6 orang je, so bila kita nampak baju warna hijau tu kita tau la budak tu 4 years. 

Pukul 9.00 am start 1st game untuk 4 years. Dari jauh aku tengok Amni gigit jari dekat garisan permulaan perlumbaan. Game yang 1st ni lari ambil gula2 je. Tapi dia dah nangis bila aku sampai kat dia. Dia tak nak lari tapi dapat jugak gula2 tu.



Game kedua lari lekatkan huruf kat puzzle foam tu. Teacher dia suruh lari dengan mama pun tak nak. So habis games pun dia tak masuk. Sama dengan seorang lagi boy kelas dia tu tak nak lari.

Games untuk 5 years pulak start. Sebab 5 years ni budak dia terlalu ramai, diorang buat games by group color rumah sukan. Ada 6 color; kuning (Aisy), purple, biru, baby blue, pink, orange.


Aisy orang paling last (sebab dia paling tinggi sekali) yang bertanggungjawab untuk lari ke penamat garisan (pemberi nombor).



1st game,tampal huruf ikut ejaan buah/sayur. Yang ni group Aisy kena eja SPINACH. Bila Aisy siap tampal huruf H tu dia tak tau nak ke mana, dia dah nak patah balik sebab kawan2 dia semua patah balik kan sebelum tu. Tapi aku terus tarik tangan dia berlari ke depan kat orang bagi nombor tu. dapat lah nombor dua.



2nd game kena susun gambar buah epal (puzzle). Yang ni abah dia dah tengokkan dia sebab Amsyar dah start ngamuk2. Kan aku dah cakap. Dengan Amni lagi yang nak balik. Abah dia cakap dia menang jugak yang ni, dapat nombor dua / tiga.





Game yang last tu junjung uncang sagu. Yang ni aku tak tahu dia menang ke tak.



Habis je games untuk 5 years tu, 6 years punya game pulak. Tapi may be sebab 6 years tak ramai, dia ambil jugak budak 5 years untuk cukupkan orang. Tapi Aisy dah tak nak joint.

Ajak makan pun tak nak anak2 aku. Oh! Makanan adalah secara potluck. Aku bawa karipap je. Tak tahu nak bawa apa. Mula nak menjala roti, tapi bangun pukul 5.00 boleh tidur balik. Malas! Pukul 7.00 pagi tanya kak Simah (jiran depan rumah pembuat karipap frozen & jual karipap yang dah siap goreng), dia ada dah siap goreng karipap. Terus beli Rm10. Malas bebenar aku ni.

Makanan giler banyak, tak tahu la boleh habis ke tak makanan sebanyak tu. Thanx untuk semua parents yang bawa makanan hari tu. Nasi yang berat2 tak de la, tapi nasi goreng ada. Yang paling banyak bihun goreng. Makanan yang manis adalah sangat banyak, dah macam makan bufet kat hotel. Terpaksa control nafsu makan sebab dalam usaha mengawal pengambilan kalori makanan sehari. Usaha untuk kurus bersama Jom Kurus Kevin Zahri.:)

Tengah borak2 dengan seorang parents classmate Aisy & sama nursery dengan anak2 aku, diorang dah mengamuk nak balik. Amsyar dah ngantuk sangat. So, husband aku decide nak bawa diorang tunggu dalam kereta sebab kat luar ni panas la sikit. 

Aku pun expect Amsyar akan tidur dalam kereta tapi setengah jam datang semula tak tidur pun. Aisy lak dah tak nak turun dari kereta, husband pun dah park kereta tepi padang je. Diorang semua nak balik.

Terpaksa la berundur diri, cakap dengan teacher diorang je. So game untuk parents tu memang tak joint la. Apatah lagi menunggu upacara penyampaian hadiah. 

Naik je kereta, Amsyar terus tidur. Punyalah nak mama budak seorang ni. Kami pergi kedai dulu melayan kehendak dua anak dara ni dulu, baru balik rumah. Sampai rumah, budak2 ni tertidur sebab tak puas tidur pagi tadi termasuklah abah dia. Bila semua tidur, aku nak masak pun tak de gangguan. Peace....

 

Tuesday, May 5, 2015

Kemalangan di DUKE : Pandangan Syariah.

Heboh tentang kemalangan yang sangat menyayat hati, aku terjumpa artikel ni kat Utusan Malaysia.



Kemalangan 
di Duke: Mengikut pandangan Syariah

AHMAD FADHLI UMAR AMINOLHUDA  |  05 Mei 2015 2:26 AM

SEMUA lapisan masyarakat Malaysia melahirkan kesedihan terhadap kemalangan maut yang menimpa sebuah keluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), pada awal pagi Sabtu lalu.

Kemalangan itu meragut nyawa seorang bapa, Fairuz Nizam Husain, 35, serta isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa.

Yang menjadi kemarahan orang ramai adalah apabila dikatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan perlumbaan antara enam buah kereta Perodua Myvi di tempat kejadian.

Dan yang lebih menyedihkan apabila memikirkan bagaimana nasib dua orang lagi anak mangsa yang masih kecil iaitu Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila masing-masing berusia 7 dan 4 tahun untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini tanpa ibu bapa mereka di sisi.

Siapa yang akan membela nasib mereka dalam tempoh yang amat panjang lagi untuk mereka menjadi dewasa - masuk ke alam persekolahan kemudian ke institusi pengajian tinggi dan bekerja.

Jika diteliti undang-undang Sivil, diperuntukkan di bawah Seksyen 41 yang pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

Akan tetapi, keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Bahkan, denda yang dikenakan kepada penjenayah tersebut hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa.

Melainkan perlu melalui tuntutan fail di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos yang berlainan.

Ini sangat berbeza dengan ketetapan di dalam Undang-undang Syariah dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu ‘amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama tiga tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

Walau bagaimanapun para ulama berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah:
a. Wang Emas - 1,000 dinar
b. Wang Perak - 10,000 dirham
c. Lembu - 200 ekor
d. Kambing ­- 2,000 ekor
e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000 manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh.

Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai tiga orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

Di sinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ini bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya.

Akhirnya, salam takziah daripada seluruh pelajar Undang-Undang Kuliah Ahmad Ibrahim kepada keluarga yang terlibat. Semoga roh mereka dirahmati Allah. Al-Fatihah.


Artikel sebenar boleh cari kat Utusan Malaysia hari ni.

Artikel ni sangat menarik pada aku sebab aku sendiri tak pernah nak cuba mencari setiap kesalahan sivil tu di bandingkan dengan pandangan syariah.

Bila baca artikel ni, pada aku sangat baik sekali Undang-undang Syariah ni berbanding Undang-undang Sivil. Dalam sivil, mangsa tidak akan menerima apa2 gantirugi tetapi kerajaan yang menerima hasil dendaan tersebut. Tetapi Undang-undang Syariah, mangsa akan mendapat manfaat dari segi gantirugi yang terpaksa di bayar oleh pesalah. 

Sudah sepatutnya kita mengamalkan Undang-undang syariah di negara kita untuk tidak menafikan hak sebagai mangsa sesuatu kejadian.