Tuesday, March 31, 2015

Birthday Theme Frozen

14 March hari tu kami satu family just buat birthday celebration untuk Aisy & Amsyar. Just untuk family je sebenarnya, so aku pun tak la buatkan goodies bag.

Tiba-tiba mak cakap dia jemput juga kawan-kawan dia untuk datang dan mereka memang nak datang. Sebenarnya mak memang ajak semua makcik2 kat kampung tapi untuk majlis bacaan yassin, tetapi kebetulan hari tu ada majlis kenduri kahwin di kampung dan mereka menolak untuk datang. Biasa la kenduri kahwin, mesti penat sampai ke pukul 2.30 petang baru balik rumah. Tapi tak sangka ada juga yang sudi nak datang meriahkan majlis birthday anak aku yang tak seberapa tu.

Untuk decoration ni aku dan adik just buat simple je sebab tak jemput tetamu dan setakat nak memenuhi hasrat Aisy je nak birthday kek Frozen.



Kek frozen ni kami tempah bukan di kedai kek tapi dari individu yang buat bisness dari rumah sahaja. Kalau berminat boleh la stalk dia bunya facebook "Flower Cake". Design kek adalah dari mr. Google dan cik flower cake ni telah berusaha dengan gigih menghasilkan sejibik macam gambar yang kami bagi.




Backdrop untuk sign happy birthday & nama tu aku just print atas kertas biru dan lekat di kertas dolly paper yang bersaiz besar. Murah je beli kat DIY.



Sign Let It Go tu aku print atas kertas A4 biasa dan aku tampal di kertas woven yang juga di beli di DIY.



Untuk pembalut Kit Kat & mineral water tu aku just gunakan pembalut hadiah yang kebetulan berwarna biru yang aku jumpa di DIY. Image & tulisan tu semua copy paste je dari google image, edit sikit tambah tulisan je.



Sign yang dalam frame ni aku print dari pinterest tak silap aku. Design and wording dia dah siap dalam format pdf, just print dan letak dalam frame. Adik aku tanya kenapa tulisan tu "Thank You Snow Much For Coming", salah eja ke apa. Aku pun tak perasan tapi alasan aku apa, nama pun theme frozen, sebab tu agaknya diorang buat party sgn tu 'snow much' bukan 'so much'. Boleh la terima alasan aku tak? Hehehehe...



Gambar olaf, Elsa & Anna tu adik aku print atas kertas dan lekat atas board hitam yang keras tu. Tapi anak2 sedara dia semua ganas2, sampai patah tangan olaf tu walau pun belum diletakkan di meja lagi. Buat main, mana tak patahnya.



Dalam kepala aku sebenarnya aku memang nak buat macam full frozen birthday theme dari makanan, back drop sampai la ke costume. Tapi hanya perancangan, tuhan yang menentukan. Hehehe..Kekangan masa yang sangat terhad dan banyak yang tak plan betul2 tu yang tak jadi. 

Aku dah siap buat snowflake yang macam-macam design dah tapi asyik tak puas hati, sudahnya aku buang je. Biasa la, guna kertas A4 80gm tu buat 5 point snow flake tu, dilipat2, digunting2, bila di buka macam lembik je. Tak sado pun bila nak gantung so tak cantik. Buat yang print dan gunting pulak, kalau yang image cantik susah giler nak potong tu yang tak jadi potong. Yang image senang pun tak sudah potong, sudah nya angan2 nak gantung snowflake tu hanya tinggal angan-angan.

Baju Elsa tu aku dah survey online dah dua bulan kot tapi tak beli2 bila aku ke Pangkalan Kubor tu dan tengok material kain dia. Oh sangat tak puas hati dengan harga dan jenis kain tu. Nak tempah memang tukang jahit tu tak nak terima tempahan dah. Lagi pun badan Aisy kan sikit comel. Tu yang tak berani nak beli online.

Untuk Amsyar lak, usha baju gambar olaf tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Last but not least, nak beli shirt putih and tempah sulam gambar olaf, pun tak jumpa shirt plain putih saiz Amsyar. Sudahnya, tak ada la costume yang betul2 macam animasi Frozen tu. Yang adanya adalah watak 'Esah" dan "Alif" versi orang Melayu Malaysia. Hehehe..jangan marah ye anak-anak ku.




Kebetulan juga Aisy adalah sangat berperangai tak elok di hari tersebut. Di nak potong kek tengahari tu jugak tanpa ada tetamu datang. Bila dah potong, dia makan dan selebihnya dia simpan dalam peti dan tak nak bagi orang makan pun. Sudahnya kek 2kg tu hanya untuk makan sendiri. Boleh???? 





Saturday, March 21, 2015

Ros Berbunga Mekar

Semalam cerita pasal bunga yang beli kat Cameron, hari ni nak sambung cerita pasal bunga jugak lagi.

Dulu kan aku ada up satu entry tentang bunga ros yang mak aku beli kat nursery Sungai Buloh tu kan, bunga tu semuanya selamat duduk kat rumah mak di kampung.


Hampir tiga bulan dia duduk kat kampung, tak pernah berbunga langsung empat pokok bunga ros tu. Setiap hari pasti ada yang mengeluarkan bunga dan kelopak bunga bila ada bunga yang dah layu. Pendek kata mereka bersilih ganti mengeluarkan bunga. Sangat suka sebab warna dia semuanya tak sama.


Sebenarnya kalau tengok keadaan pokok yang dah tinggi melanguk ni, memang sangat tak sesuai dia berada di dalam pasu yang asal dalam kuantiti tanah yang sangat sikit kan. Mak mengharapkan menantu dia seorang tu ada masa untuk mencangkul tanah ke pasu yang besar supaya dia boleh memindahkan pokok ni dengan segera. 

Menantu mana lagi kalau bukan husband aku la. Hehehe..bila balik je tak sempat nak buat semua tu. Kalau aku la..aku beli je tanah yang di jual kat nursery tu. Hehehe..ni dasar orang pemalas namanya. Walau pun tak berpindah ke pasu besar, harap bunga ros ni akan terus mekar mewangi di rumah mak. Sabar ye bunga..nanti kami pindahkan.

 

Friday, March 20, 2015

Bunga Dari Cameron Highland

Sejak akhir-akhir ni minat lebih kepada benda-benda yang berwarna-warni, menjadikan aku pencinta kepada bunga-bunga yang ada.

Kebetulan ke Cameron Highland bulan lepas dan berpeluang ke pasar malam di Brinchang, aku 'terbeli' pokok bunga pulak kali ni.

Ada peniaga berbangsa Cina tu la offer lebih2 kat aku, aku cuma nak tengok je tapi sebab termakan pujukan peniaga tu, maka aku pun terbeli pokok Bunga Kembang 3 Bulan atau Bunga Siti Zubaidah, Bunga Lavender (Cameron Highland) dan bunga yang satu ni aku tak tahu nama dia.

Kenapa aku boleh terbeli? Sebab tauke gerai tu tawar aku harga 3 pokok RM30. Sebenarnya aku nak pokok bunga Ros tapi dia tak bagi pulak. Bunga2 lain boleh, tapi kalau nak ambik pokok Ros dia tak bagi. Tu yang terambil bunga yang tak tahu nama ni.

Bunga Kembang 3 Bulan ni dulu2 waktu aku kecik memang mak aku ada tanam dalam pasu. Tapi tak tahu la sebab apa dah tak ada, mungkin dah mati kot.



Aku banyak juga baca info berkenaan bunga 3 kembang bulan ni. Ada yang kata color bunga dia bergantung kepada ph tanah. Aku pun dah google jugak tentang warna bunga ni, warna dia memang ada pelbagai variasi antara purple-biru-pink. Ada jugak aku baca tu kata bunga ni kalau dari Cameron tak akan hidup lama kalau tanam kat tempat kita yang suhunya tak sama dengan tempat asal dia. Tak pe la, lepas ni kita tengok bunga yang aku beli ni boleh hidup berapa lama.

Terpedaya dengan cakap tauke tu, aku terbeli jugak pokok bunga Lavender ni. Aku ingat betul2 Lavender sebab sama macam kat Lavender Farm tu kan, rupanya hampeh. Yang ni bukan Lavender kot cuma color je sama tapi spesis ni tak de bau. Lavender kan sangat wangi baunya. Tak pe la, janji bunga ni cantik, cuma aku tak tahu la dia boleh hidup ke tak kat rumah mak.



Husband aku kata dia jumpa bunga ni banyak kat Bukit Antarabangsa, hidup je walaupun letak atas tanah. So, aku harap bunga ni akan bertahan sampai bila-bila. Aku ada masa nanti nak try ambik sikit anak2 pokok dia tanam atas tanah je. Buat macam pokok pagar tu. Tanam sepanjang jalan..kalau berbunga penuh mesti cantik.

Spesis bunga tak tahu ni tak tahu la jenis dan namanya apa. Tapi daun dia macam kan plastik je tau. Bunga ni satu je aku bawa balik dengan niat nak pindah kan dia ke pasu yang besar sikit tapi niat tinggal niat je. Macam ibarat janji tinggal janji la ni. Sudahnya bunga dia yang mekar dah pun habis luruh dan tengok lepas ni dia berbunga lagi ke tak. Aku akan berusaha juga mencari nama sebenar dia supaya aku boleh melabelkan nama dia di pasunya.

Gambar ni aku search dari google tapi sebiji la macam ni

Ok, setakat ini dulu update pasal 3 pokok bunga ni. Nanti akan menyusul update yang berseries-series untuk pokok-pokok ni sehingga lah tamat riwayatnya. 

Tuesday, March 17, 2015

Happy 1st Birthday Boy

12 March hari tu genap umur Amsyar satu tahun. Tiada sebarang majlis sambutan sama ada di nursery mahu pun di rumah. Tiada juga acara makan2 di luar bersama keluarga.

Disebabkan desakan kakak Aisy yang asyik mengulang ayat tak ada kek ke untuk Amsyar, kami beli saje la yang kecil di kedai kek berhampiran rumah.

Bukan tak nak sambut atau buat majlis untuk dia, tapi kami dah plan buat majlis sambutan bersama keluarga di rumah mak pada hujung minggu lepas sekali dengan birthday kakak Aisy.

Birthday boy masih tak pandai nak tiup lilin tapi yang pandai nak pegang api lilin je. Adik boy dah boleh jalan macam anak ketam yang jalan senget-senget, pastu jatuh. Gigih bangun semula dan berjalan kembali. Tak ada lagi nak merangkak macam sebelum ni. 

Kurangnya aktiviti merangkak memberi kebaikan kepada kami sebab dia tidak lagi mengutip semua benda di atas lantai dan masukkan ke dalam mulut. Kalau jumpa makanan dia tak makan tau, dia suka makan sampah2 je. 

Usia satu tahun Amsyar masih belum boleh memanggil kami dengan 'mama' dan 'abah' tapi dia boleh panggil 'tak' = kakak, 'tek' = cat & ayam, 'nak' = hendak. Kalau dia makan, kita cakap 'nak', dia akan suapkan makanan tu ke mulut. ohh..so sweet my boyfriend seorang ni. 

Suka pulas telinga abah dan juga budak lelaki lain. Kalau jumpa hanger dia ketuk hanger dan marah siapa yang tak layan dia. Tapi kalau kita kata 'sayang', ooohhh..dia akan cium pipi kita tau. Paling suka adengan sayang dengan kak ngah Amni. Cukup manja dengan kakak-kakak dan suka berguling-guling atas badan kakak.

Umur sudah satu tahun tapi gigi baru sebatang. Suka menggigit bibir dan lidah mama supaya mama menjerit, 'aduh, sakitnya' dan dia boleh berulang perbuatan tu sampai bibir aku dah bengkak dek gigitan sebatang gigi dia tu.

Dari mula lahir sampai umurnya cukup satu tahun, tak pernah tak sakit. Tak pernah sihat betul2 sihat yang tak perlu kami bawa dia jumpa doctor. Dua kali terpaksa tangguh suntikan imunisasi sebab tak sihat. Bermula dengan kuning, demam, batuk, selesema, muntah, cirit birit, dan sakit mata melengkapkan dia ke umur satu tahun. Alhamdulillah kami tidak diuji dengan kesakitan yang lebih dari kemampuan kami untuk hadapinya.

Adik Amsyar,
Selamat ulangtahun yang pertama buat anak mama yang gelap seorang ni...
Semoga panjang umur Amsyar dan mama juga supaya mama boleh sambut birthday adik tiap2 tahun...
Semoga adik jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kami bila kami tiada nanti...
Semoga adik jadi seorang hero sebab adik seorang je anak lelaki mama dan abah yang boleh kami harapkan untuk lindungi kakak-kakak adik bila kami tak ada nanti...
Oh my sweet pumpkin, I love so much...