Sekarang ni motivasikan diri sendiri bangun seawal jam 6.00 pagi atau paling lewat pun 6.30 pagi supaya aku boleh keluar rumah sebelum 7.30 pagi.
Kenapa perlu keluar awal? Jam kat KL ni makin parah dah aku rasa. Sepanjang 30km lebih di atas MRR2, aku akan sangkut kat tiga tempat. 1st kat area Batu Caves, 2nd kat Gombak nak exit ke Putra Lrt tu, 3rd of course la kat Bukit Antarabangsa yang membawa sampai ke exit Jalan Ampang berdepan dengan Hotel Flamingo tu.
Itu 3 tempat jam kat MRR2 je, tak termasuk lagi dengan tempat nak keluar dari Bandar Sri Damansara. Keluar dari rumah aku je pun nak boleh masuk ke jalan MRR2 tu. Ni sebab orang semua nak masuk ke Tol Penchala tu. Kadang sangkut kat situ dalam 1km je, tapi 15-20 minit tau.
Bila dah masuk area Pandan, ada masa jam, ada masa tak jam. Lepas highway Sungai Besi siap baru-baru ni, dah kurang la jam kat jalan bawah ni. Lebih teratur sebab dah banyak traffic light dan jugak dilebarkan sedikit jalan. dah ada tiga lane. Alhamdulillah, sangkut sikit-sikit tu kita terima je la.
Kenapa nak bangun seawal jam 6.00/6.30 pagi kalau setakat nak mandi je kan? Of course la banyak benda lain lagi kita nak buat. Lets check out apa yang aku buat rutin pagi.
Kalau sedar pukul pukul 6.00, aku mandi dulu baru solat Subuh tapi kalau 6.30 pagi dah tak sempat kot nak mandi dulu then baru Solat. Bukan sebab kita mandi lama, kita mandi kejap je tau tapi kena la bergilir dengan Rizal. At least aku kena bagi dia mandi dulu, kalau tak dia akan bermalas-malas di tempat tidur dan terus sambung tidur lagi. Siap boleh feeling-feeling sejuk peluk Amsyar lagi, geram je, simbah dengan air baru tahu.
Kita bangun je dari tempat tidur tak de dah nak duduk rehat-rehat sambil termenung. Kita cergas tau, bangun tidur adalah bangun berdiri terus. Tak de la bermalas-malas macam waktu anak dara dulu.
1st thing kita buat, tadah air yang bertapis tu untuk masak. Heater bilik air dah rosak, so kita balik semula macam zaman kita kana-kanak dulu yang mak masak air atas dapur gas je sebab nak mandi. Dengan cerek yang keluar bunyi lagi bila dia dah menggelegak. Bukan setakat heater bilik air rosak, jug kettle rumah aku dah tiga rosak. Aku dah malas nak beli sebab barang elektrik sekarang ni macam tak boleh pakai lama je. Disebabkan semua benda ni takde, aku dah empat bulan tak payah bayar bil elektrik sebab bil aku cuma RM 12 - Rm16 je sebulan. Murah kan.
Kalau dah siap mandi kita dah tak mandi lepas Aisy mandi, So jimat masa kat situ. Tapi kalau bangun lewat tu terpaksa la mandi lepas Aisy mandi. kan rugi masa di situ. Tapi tak de hal, kita mandi kejap je.
Lepas je solat Subuh kita terus je basuh botol susu kalau ada botol susu yang tak berbasuh lagi la. Setakat ni paling kurang mesti ada satu la yang Amsyar punya. Budak berdua tu punya dah jarang basuh sebab kita dah basuh malam lepas diorang minum susu kecuali aku tidur dulu sebelum diorang. Pack susu untuk hantar ke nursery sebab aku memang isikan susu untuk guna satu hari je dalam bekas susu tu.
Air masak je aku terus prepare air mandian Aisy dan terus la mandikan dia. Sekarang ni, by 7.00/7.05 am je aku dah siapkan dia mandi. Tak boleh lewat2 dah sebab dia akan menyebabkan masa tu lagi tak cukup. Alhamdulillah sekarang ni dia dah senang bangun pagi, senang je nak mandi sendiri ada masa. Ada masa sampai gigi dia pun aku gosokkan tau.
Bab siapkan Aisy pakai baju semua aku dah serah kat abah dia la. Takkan kita semua nak buat ye dak. Tukarkan diapers dua budak tu pun aku serah kat abah dia. Aku saje je malas nak berajin-rajin buat semua kerja. Kita bagi kerja senang je kat dia buat sebab dia buat kerja adalah sangat tak bermotivasi pagi. Mengalahkan siput berjalan, sebab siput tu lagi laju dari dia buat kerja. Dia akan bangun awal pagi dengan cergasnya kalau dia sendiri yang terlewat sebab terpaksa keluar awal pagi, sebab ada game bola pagi2 buta, sebab kawan..apa kes!!!!
Biasanya 7.15/7.20 pagi semua pun dah siap tapi menyebabkan lambat turun tu kadang-kadang budak berdua tu bergaduh pasal kasut la, berebut nak buka pintu la, kadang Amni yang tak bangun-bangun lagi la. Lepas tu turun tangga 4 tingkat je pun tapi sebab dengan anak-anak kan, 10 minit tau.
Kita mula dengan hantar dua budak ke nursery, then ke GA hantar Aisy lak. Kalau awal, aku hantar Aisy naik ke atas la. Tapi kalau teacher dia awal, aku hantar kat bawah je. Dia naik sendiri je, dah besar kan budak tu. Barulah aku mulakan perjalanan mengharungi jam ke office pulak.
Alhamdulillah, kalau sangkut jam pun aku masih boleh sampai office pukul 9.00 pagi. Tapi sekarang aku ada 10 minit untuk menadah tangan sebelum memulakan kerja di pejabat. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat bermotivasi kepada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment