Thursday, November 27, 2014

Genius Aulad : Report Card Pick-Up Day (RCPD)





Genius Aulad (GA) Bandar Sri Damansara ni untuk 2nd term RCPD dia buat pada 22 Nov yang lepas. Dah start cuti sekolah pun. Untuk Aisy, sesi dia adalah pada 10.30 - 10.40 am dengan teacher Nur Nabila.



Untuk 1st term hari tu awal sikit, pukul 9.30 - 9.40 am. Ni lewat kami pergi, lambat la kami sampai ke Putrajaya sebab dah plan nak ke Karnival Upin Ipin pulak.

Secara keseluruhan untuk prestasi Aisy.... dia adalah sangat amazing sebab pencapaian adalah melebihi had umur sepatutnya.

Mari kita semak prestasi dia.








For info, GA ni bukan exam oriented, so tak tahu la siapa dapat nombor satu, siapa yang dapat nombor last. Apa dapat A,B,C dan D. Dia just ada 3 level je, Working Skill (WS), Good Progress (GP) dan Competent (C).

Bila anak kita teacher dia tanda kat WS itu maknanya kena bagi lebih perhatian. Macam Aisy, 1st term memang banyak jugak la WS terutana motor skill dia. Alhamdulillah, 2nd term ni dah ok.

Aku bab anak-anak ni, aku tak paksa apa2 pun kat rumah. Nak belajar ke, nak main ke, nak sepah ke, buat lah suka hati, kata rumah ku syurga ku kan..tapi kalau sepah tak kemas memang aku hangin. 

Bila semua tak paksa, termasuklah bab belajar pun aku tak paksa. Tak paksa nak pegang pen ke, nak pegang color ke, cuma bila pegang aku ajar pegang dengan betul. Cuma nak dengar dengan tak nak dengar je. Sebab diorang ni keras kepala, degil tak nak dengar kata, diorang je yang betul. SO..ikut suka lah wahai anak...nanti korang dah besar korang mesti pandai punya.

Bab nak membaca pun aku tak paksa. Sebab aku takut diorang ni boring. Kat kindy, umur 4-6 tahun belajar yang sama. Nanti naik darjah satu pun nak strt balik dengan basic. Aku takut diorang sangat bosan nak ke sekolah.

Walau tak memaksa, tapi aku tengok Aisy ni jenis suka nak belajar sesuatu. Terutama bahasa Inggeris. Dia suka bertanya makna kalau dia tak faham. Tak kisah la bahasa melayu atau bahasa Inggeris. Secara keseluruhan, dia tak ada masalah dalam dua bahasa ni.

Yang ada masalah sekarang adalah dari segi agama. Walaupun hantar ke kindy yang Islamic, tetapi dia tak berminat nak solat di rumah walaupun bacaan sudah hafal di sekolah. Tak berminat amalkan doa walaupun semua doa harian sudah hafal di sekolah. Tak berminat nak mengaji di rumah walaupun disekolah sudah boleh membaca Iqra'. Tak pernah langsung nak practice tulisan jawi.

Hari tu dah cakap dengan dia, tahun depan kena start mengaji Muqaddam. Aku nak dia belajar macam aku belajar waktu kecik2 dulu. Dulu mana ada Iqra' tapi aku umur 7 tahun dah habis baca Muqaddam. Umur 10 tahun aku dah habis Al-Quran. Dia 5 tahun pun tak start apa-apa lagi. Ilmu dunia ni kenalah seiring dengan ilmu akhirat ye dak. Kurang2 bila aku dah tak de, rajin dia sedekahkan ayat2 suci al-Quran untuk aku.  

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin, PICC Putrajaya


Inilah Kesedihan..Inilah Kekecewaan...

Sedih tau, sanggup mengharungi lebuhraya dan membayar tol untuk ke PICC Putrajaya. Ingat senang nak pujuk husband aku nak ke sana, aku ajak dia ke sana bawa anak-anak mandi kolam pun dia tak nak tau sebab kata jauh. Tapi sebab event ni dia setuju tau.

Kami pergi hari Sabtu, apa kami dapat :-
1. Jam yang amat teruk. Ada tiga event serentak kat PICC..lap peluh...

2. Parking kereta tak ada, park jauh dan menapak ke PICC yang berada di atas puncak.

3. Dewan yang sesak, langsung tak dapat tengok show Ultraman - sesak dengan manusia tu tak dinafikan, ni sesak jugak dengan booth booth yang menjual ni bagai. Humang aih, plastik beg biasa je kot, itu pun nak jual. Orang beli, bagi free je la. Lain la duit tu didermakan untuk tabung kanak-kanak yang kurang bernasib baik ke.

4. Tak tahu arah dan tempat sebab tak de signboard. Tak tahu pun rupanya di Dewan B ada show berbayar. Kalau ku tahu, ku bayarkan aje janji anak-anak dapat tengok Upin-Ipin. Props rumah Opah pun tak tahu kat mana.

5. Pendek cerita tak tahu kat mana dan ada apa sebab 10 minit je berasak-asak dalam dewan, kami keluar walaupun show ultraman tengah berlangsung. Kesian anak I tau, tak nampak apa walaupun abah dia dukung atas bahu. 

Dah banyak blog review untuk karnival ni. Aku tak la nak hentam habis-habis sebab aku masih mengharapkan penganjur akan ubati luka anak-anak yang kecewa dengan sesuatu yang menggembirakan.

Please...buat lah lagi sekali dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada hujung minggu baru ni. Yang penting dapat gembirakan anak-anak yang kecewa. Termasuk mak pak yang kecewa. Aku la tewww...

Thursday, November 20, 2014

Jerantut Hill Resort, Jerantut, Pahang

Ini entry back date jugak sebab terajin menggodek draft yang ada dan tengah ada mood nak update blog.

Actually kami tak pernah pun nak stay dan bermalam kalau setakat ke Jerantut tu kan, jaraknya bukanlah jauh pun dari rumah mak kat Raub tu. Tapi sebab adik yang gov servant tu kena kerja malam, kata Pegawai Perpaduan kan...kami pun temankan dia ke sana.

Last minit decide nak ke sana hari dah menjelang enam petang, so tak sempat nak book online untuk dapatkan harga murah sikit kan. Kalau nak dapat murah sikit, boleh booking kat agoda.com.

Jerantut Hill Resort ni tempat dia betul-betul tinggi di atas bukit yang menjunam tau. Sebab tu lah jugak nama dia Hill Resort agaknya.

Kami stay kat standard chalet yang ada dua buah katil queen size. Bilik agak luas coz masih ada ruang untuk anak-anak aku berlari dalam chalet tu. 



Bilik air agak besar dan selesa tapi tak de la separate tempat mandi dengan toilet tu. Semuanya macam toilet rumah kita jugak, yang penting water heater supaya senang nak mandikan anak kecil macam aku yang bawa Amsyar ni kan.



Facilities banyak tapi kami tak sempat pun nak gunakan swimming pool dia sebab awal pagi lepas breakfast je kami dah check out sebab mak ada appointment dengan doktor untuk cuci luka kaki dia. 

Lagi pun, macam kami yang stay kat chalet ni agak jauh jugak nak ke swimming pool sebab swimming pool terletak di bawah (tengah-tengah bukit), sedangkan chalet berada di puncak bukit.

Kepada yang berminat boleh ke website Jerantut Hill Resort ni direct ok. jhresort.com.my 

Preparation : Little Ihtifal 2014 - Showcase of Love and Respect, Genius Aulad Bandar Sri Damansara

Masa cepat betul berlalu kan, anak-anak dah nak start cuti sekolah. Rasa macam baru semalam je hantar Aisy ke Genius Aulad ni, tapi minggu ni dah last sesi persekolahan tahun 2014.

Mana-mana kindy dah habis majlis convocation kan! Tapi GA anak aku ni lambat lagi. Mungkin sebab management booking Auditorium Negara, so kena ikut schedule kat sana la bila ada kosong kan. So, majlis diorang akan diadakan pada 29 November nanti.



Sebulan yang lepas, Aisy just cerita yang sekolah dia akan adakan majlis ni so aku pun tanya la dia. Aisy tak buat persembahan macam Upin Ipin jadi sheep tu ke? Dia kata tak tahu.
Dan aku rasa bila aku tanya dia macam tu, dia pun tanya teacher dia agaknya. Dan selang berapa hari lepas tu ada la message kat message book dia. Dia pun asyik la tanya bila nak berlakon jadi sheep tu. Dan asyikla jugak dia kata dia jadi sheep macam Mei Mei tu. Poyo je kan, takkan la persembahan tu ikut cerita Upin Ipin kan.


Last-last rupanya dia jadi semut dan kami parents ni kena sediakan baju dan seluar warna hitam. Ada dua watak je, ants & soldiers. Nanti kita tengok apa cerita dia pada 29 Nov nanti ok.

Untuk preparation majlis ni juga, hari ni diorang ada full rehearsal kat Auditorium Negara. So, hari ni dia tak belajar tapi tak de la kena pakai baju semut dia. Rehearsal pakai baju sekolah je. Aku tak tahu la dia ok ke tak nak kena naik bas ke Auditorium Negara tu. Sedangkan aku dah bayar untuk rombongan hari tu dia boleh tak nak pergi, yang ni tak tahu la. Hope semuanya berjalan lancar dan Aisy selamat sampai semula ke GA.

Tiket untuk parents 29 Nov nanti pun dah dapat. Tak sabar nak tengok dia macam mana kalau depan orang ramai.

 


Wednesday, November 19, 2014

Motivasi Diri

Sekarang ni motivasikan diri sendiri bangun seawal jam 6.00 pagi atau paling lewat pun 6.30 pagi supaya aku boleh keluar rumah sebelum 7.30 pagi.

Kenapa perlu keluar awal? Jam kat KL ni makin parah dah aku rasa. Sepanjang 30km lebih di atas MRR2, aku akan sangkut kat tiga tempat. 1st kat area Batu Caves, 2nd kat Gombak nak exit ke Putra Lrt tu, 3rd of course la kat Bukit Antarabangsa yang membawa sampai ke exit Jalan Ampang berdepan dengan Hotel Flamingo tu.

Itu 3 tempat jam kat MRR2 je, tak termasuk lagi dengan tempat nak keluar dari Bandar Sri Damansara. Keluar dari rumah aku je pun nak boleh masuk ke jalan MRR2 tu. Ni sebab orang semua nak masuk ke Tol Penchala tu. Kadang sangkut kat situ dalam 1km je, tapi 15-20 minit tau.

Bila dah masuk area Pandan, ada masa jam, ada masa tak jam. Lepas highway Sungai Besi siap baru-baru ni, dah kurang la jam kat jalan bawah ni. Lebih teratur sebab dah banyak traffic light dan jugak dilebarkan sedikit jalan. dah ada tiga lane. Alhamdulillah, sangkut sikit-sikit tu kita terima je la.

Kenapa nak bangun seawal jam 6.00/6.30 pagi kalau setakat nak mandi je kan? Of course la banyak benda lain lagi kita nak buat. Lets check out apa yang aku buat rutin pagi.

Kalau sedar pukul pukul 6.00, aku mandi dulu baru solat Subuh tapi kalau 6.30 pagi dah tak sempat kot nak mandi dulu then baru Solat. Bukan sebab kita mandi lama, kita mandi kejap je tau tapi kena la bergilir dengan Rizal. At least aku kena bagi dia mandi dulu, kalau tak dia akan bermalas-malas di tempat tidur dan terus sambung tidur lagi. Siap boleh feeling-feeling sejuk peluk Amsyar lagi, geram je, simbah dengan air baru tahu.

Kita bangun je dari tempat tidur tak de dah nak duduk rehat-rehat sambil termenung. Kita cergas tau, bangun tidur adalah bangun berdiri terus. Tak de la bermalas-malas macam waktu anak dara dulu.

1st thing kita buat, tadah air yang bertapis tu untuk masak. Heater bilik air dah rosak, so kita balik semula macam zaman kita kana-kanak dulu yang mak masak air atas dapur gas je sebab nak mandi. Dengan cerek yang keluar bunyi lagi bila dia dah menggelegak. Bukan setakat heater bilik air rosak, jug kettle rumah aku dah tiga rosak. Aku dah malas nak beli sebab barang elektrik  sekarang ni macam tak boleh pakai lama je. Disebabkan semua benda ni takde, aku dah empat bulan tak payah bayar bil elektrik sebab bil aku cuma RM 12 - Rm16 je sebulan. Murah kan.

Kalau dah siap mandi kita dah tak mandi lepas Aisy mandi, So jimat masa kat situ. Tapi kalau bangun lewat tu terpaksa la mandi lepas Aisy mandi. kan rugi masa di situ.  Tapi tak de hal, kita mandi kejap je.

Lepas je solat Subuh kita terus je basuh botol susu kalau ada botol susu yang tak berbasuh lagi la. Setakat ni paling kurang mesti ada satu la yang Amsyar punya. Budak berdua tu punya dah jarang basuh sebab kita dah basuh malam lepas diorang minum susu kecuali aku tidur dulu sebelum diorang. Pack susu untuk hantar ke nursery sebab aku memang isikan susu untuk guna satu hari je dalam bekas susu tu.

Air masak je aku terus prepare air mandian Aisy dan terus la mandikan dia. Sekarang ni, by 7.00/7.05 am je aku dah siapkan dia mandi. Tak boleh lewat2 dah sebab dia akan menyebabkan masa tu lagi tak cukup. Alhamdulillah sekarang ni dia dah senang bangun pagi, senang je nak mandi sendiri ada masa. Ada masa sampai gigi dia pun aku gosokkan tau.

Bab siapkan Aisy pakai baju semua aku dah serah kat abah dia la. Takkan kita semua nak buat ye dak. Tukarkan diapers dua budak tu pun aku serah kat abah dia. Aku saje je malas nak berajin-rajin buat semua kerja. Kita bagi kerja senang je kat dia buat sebab dia buat kerja adalah sangat tak bermotivasi pagi. Mengalahkan siput berjalan, sebab siput tu lagi laju dari dia buat kerja. Dia akan bangun awal pagi dengan cergasnya kalau dia sendiri yang terlewat sebab terpaksa keluar awal pagi, sebab ada game bola pagi2 buta, sebab kawan..apa kes!!!!

Biasanya 7.15/7.20 pagi semua pun dah siap tapi menyebabkan lambat turun tu kadang-kadang budak berdua tu bergaduh pasal kasut la, berebut nak buka pintu la, kadang Amni yang tak bangun-bangun lagi la. Lepas tu turun tangga 4 tingkat je pun tapi sebab dengan anak-anak kan, 10 minit tau.

Kita mula dengan hantar dua budak ke nursery, then ke GA hantar Aisy lak. Kalau awal, aku hantar Aisy naik ke atas la. Tapi kalau teacher dia awal, aku hantar kat bawah je. Dia naik sendiri je, dah besar kan budak tu. Barulah aku mulakan perjalanan mengharungi jam ke office pulak.

Alhamdulillah, kalau sangkut jam pun aku masih boleh sampai office pukul 9.00 pagi. Tapi sekarang aku ada 10 minit untuk menadah tangan sebelum memulakan kerja di pejabat. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat bermotivasi kepada diri sendiri.

Tuesday, November 18, 2014

Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara

Berhujung minggu di KL adalah sangat membosankan. Walaupun kain bertimbun di atas katil, tetapi kaki dan tangan tak boleh nak duduk rumah. Ada saje otak ni merancang nak pergi mana lagi. Pada halnya Sabtu sudah keluar beriadah di Tasik Permaisuri dan Jusco Taman Maluri. Kenapa bila balik kampung aku suka je terperap dalam rumah mak tapi bila kat KL ni aku rasa macam kepala aku akan jam kalau tak naik kereta makan angin. Sudah parah penyakit aku ni.

Rizal mana suka sangat kalau asyik keluar-keluar ni. Lebih suka menghabiskan masa main game (play station - dah tuo2 bangko tapi hidup lebih bermakna main play station dari buat segala kerja) kat rumah. Tapi Ahad tu dia memilih untuk membantu kawan dia memindah barang ke rumah baru. Dengan rasa geram di hati, aku bersiap bawa anak2 keluar dari rumah . Sepatah haram aku tak cakap dengan dia hari tu, hari boikot sedunia.

Destinasi tak tahu nak bawa ke mana sebab car seat Amsyar tak de lak dalam kereta. Ingat nak bawa anak-anak ke Jusco Metro Prima tapi tak berani bawa anak dengan tak safety gitew je kan. So, kita pilih Ativo.

Ativo ni baru je beroperasi, dalam tahun ni jugak lah tapi aku tak pernah jejak ke sini. Sebab tak de tempat nak tuju, aku bawa anak-anak ke sini. Kalau nak jalan kaki pun boleh dari rumah, 20-30 minit sampai la kot. Naik kereta lima minit je siap parking.

Parking lot banyak dalam bangunan tu tapi aku decide park tepi jalan je sebab kebanyakan kereta pun park tepi jalan saje. Parking free je tau.

Apa ada dalam Ativo ni? Tujuan aku ke sana sebab nak ke kedai Mr. DIY tu. Tapi aku cari-cari tak jumpa pulak. Ke aku yang tak nampak.

Kat sini macam-macam restoran pun ada. Nak makan apa, cari aje, yang glamor Subway pun ado kat sini. Tapi yang ada banyak-banyak tu pun aku tak tahu la ada yang halal ke tak. Aku memang kurang sikit makan makanan western sebab takut tahap halal dia tu. Kalau hari weekdays, CIMB pun ada beroperasi kat sini. Kat sini yang jadi tumpuan orang ramai sebab ada pasaraya HERO. 


Aku just bawa anak-anak aku berjalan-jalan je sambil menikmati pemandangan yang go green gitew. Macam feeling-feeling ada kat kawasan dingin and natural je kalau datang sini. Ye la, pokok-pokok masih menghijau kat kawasan ni. Mungkin memang tempat ni dulu pun hutan je, tapi sekarang ni macam-macam kondo dah dibina, tapi masih lagi berada dalam keadaan berkabus kalau waktu pagi tu. Mungkin sedikit terletak di atas bukit tempat ni, tu yang sejuk je.



Ada jugak tempat mainan kanak-kanak tapi tak la taman permainan yang ada macam-macam tu. Simple playground je. Tapi boleh bersantai kat sini sambil lihat air pancut, kita buai-buai ats tempat duduk yang disediakan. Feeling ala-ala bawang putih bawang merah ok.



Sekejap je kami kat sana, satu jam je lebih kurang. Kami tinggalkan tempat tu sebab tengok Amsyar macam tak selesa nak tidur. Dia macam dah mengantuk sebab demam kan budak kecik tu.

Saturday, November 15, 2014

Legoland Johor

Bila tengok balik dalam list rupanya ada banyak cerita yang aku tulis tajuk je dan jadi draft.

Tapi habuk pun tak de, punyalah malas nak menulis blog rupanya.

Sempena kerajinan yang ada ni, meh kita ambik kesempatan update laju2 tentang cerita pergi Legoland. Ni cerita backdate tau. Amaran keras...

Kami pergi awal tahun hari tu, cuti Thaipusam. Sebelum Amsyar dilahirkan dan masih lagi di dalam perut. Masa jadi mak buyung boleh lagi pergi Legoland aku ni. Dah hampir setahun kejadian ni.

Kami tak beli ticket online pun sebab tak sure nak pergi ke tak ke. Akhirnya bila dah sampai, kita beratur je la beli. Bukan ramai orang pun.




Kami sampai seawal jam 10.00 pagi. Itu pun selepas sesat terpusing2 banyak kali kawasan Sri Iskandar tu. Rupanya Legoland ni kat tempat lain. Nusajaya ke apa yek, jangan di tanya pada aku. Aku tak tahu ok sebab kami ikut je signboard yang ada. Sebelum tu kami dok la terpusing2 kat bangunan Hello Kitty tu ingatkan Legoland tu area sana.






Ticket bayar untuk empat dewasa, satu kanak2 je sebab Amni tak payah bayar. Dia pendek lagi. Ke Aisy tak payah bayar, aku pun tak ingat sebab dia tak cukup 4 tahun. Ke bayar, aku pun dah tak ingat.





Legoland ni besar la jugak tapi semua tempat pun kami jejak sebab kami dok dalam tu sampai 5.00 petang ok. Gila tak? Nasib baik cuaca ok.






Mula2 kami lepak kat tempat replika bangunan yang dibuat dari Lego tu la. Anak aku tak excited sangat nak tengok benda2 macam tu. Macam2 korang boleh tengok tapi suka betul tengok, cantik sangat replika2 tu.











Pastu kami nak naik yang cawan tu, diorang tak benarkan sebab Amni tak sampai 100cm. Kesian Amni, tak ada apa yang dia boleh main pun kat sana.

Aisy terus teruja nak main kat Aquazone Wave Racers tu, tapi tak nak naik dengan abah dia. Dia nak jugak naik dengan mama buyung ni. Aku malas la nak naik benda2 macam tu sebab aku dah la prgnnt, pakai skirt lak tu. Kalau pakai seluar aku gamble je main.




 Tapi sebab dia nangis2, kami naik je la untuk 1st round. Dia tak puas lagi, langsung 2nd & 3rd round dengan abah dia. 4th round dengan cheq Su lak. Dahsyat tak Aisy. Dia sangat suka main benda alah tu. Amni, kesian kesian kesian..tengok je la dik




Husband aku try roller coaster (Project X) sebab dia sebelah je dengan aquazone tu. Pastu kami jalan pulak ke tempat Boating School tu. Naik bot tanpa Amni sebab adik2 aku bawa dia naik train dulu. Dia kan tak de apa yang boleh dimainkan.



Lepas Boating School, pergi Junior Driving School. Adik dia tak pandai lagi nak drive kereta tu. Aisy lak laju semacam je sebab dia dah biasa. Sama je macam kereta yang aku beli, now kereta tu batery ke motor yang rosak aku pun tak tahu. Jadi tukun kat rumah mak.




Naik keretapi pulak keliling Legoland. Nama keretapi ni Legoland Expres...Jenuh wei menunggu turn untuk keretapi dan bot tu tau. Beratur panjang tau...




Ok, kat Driving School tu, boleh ambik lesen yang ada gambar tapi kena bayar. Lesen kertas tu free je kalau lulus bawa kereta. Aisy je dapat lesen. Amni kantoi. Hehehe...

Tengahari kami makan kat dalam tu je sebab malas nak keluar dah. Adik aku keluar masuk sebab mak aku ada kat luar. Makan pun kat luar diorang ni. Waktu beli tiket masuk dapat voucher makan. Tak ingat dah berapa ringgit tapi untuk lunch tu aku just tambah duit sikit je bila beli nasi ayam tu. Makan boleh tahan mahal, biasalah tempat2 macam ni kan. Mana ada murah...



Bila dah siap solat semua, kami sambung balik jalan2 dalam Legoland tu. Banyak tempat kami tak pergi lagi. Petang2 tu kami ke arah kiri atas dari pintu masuk lak. Husband try naik macam roller coaster jugak tapi tak la mencabar sangat kat area Dragon Apprentice & The Dragon tu..

Pastu jalan2 pulak kat The Forestmen's Hideout tu. Tapi anak aku tak nak lak naik slide tu, mungkin sebab kena panjat tinggi2 kot. Kat Castle Stage tu aku tak masuk dalam pun sebab macam nak patah kaki je. Husband aku kata tak de apa2 pun dalam tu.


Aisy ada naik kuda tapi aku tak ingat area Royal Joust tu ke area mana. Kesian Amni, dia tak leh naik sebab tak cukup tinggi. Puas kecek kat orang jaga tu, dia tak bagi jugak.

Tapi kami kecek jugak Merlin Challenge tu, alhamdulillah dapat naik. Eh, sebenarnya orang pregnant pun tak boleh naik tau benda alah pusing2 ni.





Observation Tower kami naik jugak sebab nak tengok Legoland tu dari atas kan. Benda alah tu kan berkaca, so boleh nampak apa ada kat bawah. Cantik dan sangat besar ok Legoland ni.




Badan sangat letih. Kami rehat2 kat Duplo Playtown tu. Budak2 ni main area situ sebab banyak slide kat sana. Amni ngan abah dia naik la Duplo Express, keretapi kecik tu pusing2 area situ je.








Itu last tempat kami pergi, rasa nak patah kaki hokey. Badan melekit tahap apa. Busuk rasa nak muntah dah. Nak heret kaki nak keluar dari Legoland tu pun rasa macam dah tak boleh tau.

Banyak jugak tempat kami tak masuk pun macam Lost Kingdo, Lego Studio, Pharaoh's Revenge tu tak jumpa jalan nak gi sana. Yang Resque Academy, Lego City Airport & The Shipyard tu, Aisy tak nak pergi, so kami pun tak pergi lah.

Keseluruhannya, ok la tapi tak la best mana. Macam biasa la...taman tema..macam pergi Genting jugak la...kalau kita ni bukan jenis yang suka main2, tak payah lah pergi sana. Buat habis duit tiket masuk je.

Tapi bila orang tanya, kami dah sampai ke sana. Hehehe..ayat berlagak...