Sunday, August 17, 2014

Amsyar : Lima Bulan Sude

Banyak nak cerita pasal dia sebab tak update tiap-tiap bulan kan. Sorry ye dik, mama kau ni dapat penyakit malas sejak dah season2 ni. Hahaha

Amsyar ni dua bulan sepanjang aku cuti memang full breastfeed. Botol tak jalan kecuali ada juak bagi sikit susu kambing dan jugak air zam-zam waktu dia kuning tu.

Kalau dia menyusu, subhanallah..dia akan menyusu lama-lama. Paling kurang setengah jam barulah dia tidur. Aku sampai terbongkok-bongkok jadi bongkok tiga nak menghadap dia sudah menyusu. Tapi kalau dia hisap susu, dia akan tidur lama la. So sangat relax.

Amsyar gak tak banyak karenah. Dia tak de la nak memekik nangis-nangis kan. Dia bangun celik mata, hek-hek kejap pastu ok. Sampai sekarang ni pun sama. Kira kategori budak baik. Senang je nak jaga dia.

Dari dia lahir sampai sekarang, dia sangat pandai nak main dengan orang. Dia suka nak bercakap-cakap dengan orang, dia suka orang cakap dengan dia. Dia suka orang layan dia. Dia sangat suka lelaki yang agah-agah dia. Ketawa dia mengekek je.

Bila aku start kerja, mak aku seperti biasa akan offer diri untuk jaga baby sampai lah besar sikit baru hantar nursery. Tapi Amsyar tak sempat lama dok dengan mak, dua minggu je dia tinggal dengan mak. Keadaan kesihatan mak makin buruk. Selepas melecur kaki kanan terkena tungku panas, timbul pulak bisul dalam hidung.


Disebabkan bisul yang makin membengkak dalam hidung, habis keseluruhan muka mak membengkak. Mata, mulut semuanya sakit. Tambah lagi dengan sakit telinga mak yang tak baik-baik. Lebih baik Amsyar tinggal je kat nursery.

Bermulalah kehidupan dia di nursery bersama kak Amni dia. Dia sangat behave. Dalam umur tiga bulan je dia dah meniarap. Tapi depan aku bulan puasa hari tu je baru kami berkesempatan tengok dia meniarap.

Sekarang tidur pun tertiarap. Walaupun dia boleh meniarap, tapi kepala dia masih tak boleh angkat dengan lama. Kejap-kejap tersembam ke lantai. Sudahnya rumah aku kembali dihamparkan dengan toto supaya kepalanya tak sakit bila dia badan dia berpusing-pusing.

Mulut bising, cepat meniarap, kau ni kaki dulu ke mulut dulu ni dik? Sekejap je dia dah besar. Nanti dah tak boleh gomol-gomol dia lagi dah. Nanti kalau dah sekolah ada girlfriend lagi la tak layan kita dah...hakikat bila ada anak lelaki.

Nasib ada dua anak perempuan tu. Berperang-perang pun dengan diorang, diorang pandai puji2 mama, sayang mama..itulah hakikatnya bila ada anak perempuan kan!

No comments:

Post a Comment