Friday, December 20, 2013

Beza "Aisy" dan "Amni"

Bukan setakat ejaan yang berbeza..
Bunyi juga berbeza bila lepas mengeja tu kan..
Apatah lagi maksudnya kan..

Yang seorang ni dok panggil dia "kekayaan" je - Aisy...
Yang seorang ni dok panggil dia "ketenangan" je - Amni...
Bila asyik dok sebut dua nama yang maksudnya berbeza ni,
lama-lama aku aku rasa maksud tu dah sebati ngan perangai diorang pulak...

Aisy, lagi dua minggu dah nak masuk sekolah.
Tapi susah betul nak bangun tidur pagi.
Sebelum tidur bukan main lagi dia pesan kat kita nak bangun mandi pagi.
Bila kejut pagi, usahkan nak mandi, nak basuh muka pun jauh sekali.
Sampai sekarang masih lagi berdukung sampai ke kereta.
Sambung tidur dalam kereta...
Tu la perangai orang 'kaya' kot...
Penyakit pemalas tu banyak sangat...
Tau bagi arahan je...orang kaya la katakan
"Adik, tolong kakak ambik tu......"
"Tak nak jalan..nak dukung....."
"Dah lama kita tak pergi jusco kan mama!!!!!"
Itulah dialog dia yang nak senang je...
Tu yang badan makin comel tu....
Hari-hari berlakon kat dalam rumah...
Berlakon ada bisnes juta-juta...
Pantang nampak kereta mahal semua dia nak beli...
Tak pernah sebut nak beli kereta Malaysia ni..
Siap nak beli untuk seorang satu lagi...
Paling sayang kat Cheq Su sebab nak beli BMW bagi kat C. Su dia...
Mama dan abah naik je ngan dia...
Kereta Honda CRZ...hahahha..dia ingat CRZ paling mahal
Pantang nampak rumah double storey...
Tu semua rumah dia...
Tambah lagi kalau ada tiang besar dua batang macam White House tu...

Amni lak terlebih rajin...
Terlalu menyenangkan dan mendamaikan...adakalanya geram jugak...
Sangat berdikari..boleh mintak tolong apa-apa je kat dia...
Mesti dia tolong..tolong ambik barang...
Bangun pagi sangat senang..
Dia yang excited pakai uniform kakak pagi2 sebab nak pergi sekolah...
Kalau bangun pagi, nak mandi...
Setengah jam dok dalam air 'gode' air sabun baru mandi...sejuk2 pun tak pe...
Tidur pun senang...janji tak tidur waktu Maghrib...
Tidur malam tak terjaga dah mintak susu kalau dah kenyang makan...
Tak banyak karenah...
Tutur kata lembut je...
"Adik amni la" ayat paling paberet...
Sangat mendamaikan ini budak...

Tapi.....
Dua-dua pun sangat manja...
Tak boleh mama tak de...
Kalau mama lambat, sekejap telefon..sekejap telefon...
Tak nak ikut orang lain pergi jalan2 kalau mama tak pergi...
Tengah malam boleh terjaga kalau mama tak de kat sebelah...
Sanggup bangun cari port bawah ketiak mama juga nak tidur...
Inilah dia anak mama...
Aisy dan Amni...
Sayang korang berdua sampai akhirat...

No comments:

Post a Comment