Thursday, December 26, 2013

Pusat Sains Negara

Asal cuti je tak boleh dok diam kat rumah..gatal je kaki nak keluar berjalan..tu yang buat aku tak suka kalau public holiday jatuh tengah2 minggu kerja. Kalau Isnin atau Jumaat boleh la balik kampung. Duit habis kat minyak & tol je...

Destinasi pertama Aeon Jusco Kepong untuk memenuhi permintaan dan janji ditepati kepada puteri tercinta. Isnin tu dia nangis tak nak pergi nursery, nak ikut mama pergi kerja. So kita pujuk dia pergi Jusco hari Rabu. Nah..ambik ko..habis RM 20.00 beli token buat main kat Molly Fantassy tu..mainan yang ntah apa2 tuh...

Setelah menghabiskan duit di Jusco sekali ngan makan la..kami ke Pusat Sains Negara..Niat hati nak ke Aquaria tapi iolls pun tau la husband iolls tu macamana. Dia paling tak suka KLCC kecuali taman mainan tu. Itu pun malam je tau boleh. Siang2 tak boleh pergi sana..Inikan pula hari public holiday kan..confirm jawapan dia menyakitkan hati, lebih baik kita pergi tempat yang dia tak pernah pergi...hahahaha...

Pusat Sains Negara ni terletak di Mont Kiara..dari rumah aku 10 minit je sampai..sungguh heaven kalau dapat kerja kat Suruhanjaya Sekeruti tu ke..dekat gila pergi kerja..jalan pun tak jam..yang jam nyer lepas tol penchala tu pun bukan apa..terlalu ramai orang nak ke The Curve, IKEA & One Utama. Kami sangkut kat situ jap je..sebab jalan lain kan....




Last aku ke sana aku rasa aku form 3 la..Rombongan asrama rasanya. Dari Pahang ke KL pastu ke Melaka. Yang aku nak bawa anak aku ke sana bukan apa, just nak tunjuk aquarium yang kat pintu masuk tu je untuk budak2 tu.






Tiket masuk masih sama macam dulu. Kalau rombongan sekolah still RM2.00 macam dulu. Sekarang pergi sendiri so dewasa RM 6.00. Kanak2 umur anak aku free je tapi ada kanak2 umur berapa ntah RM 3.00 je..Pintu entrance tu kalau tak beli tiket pun aku rasa macam boleh masuk je. Mana ada yang kesah...Tapi kita kena jujur kan..

Kami lama kat pintu entrance tu je sebab banyak ikan kan..anak2 aku suka...kat dalam tu bukan anak2 aku tau pun pasal sains kan..cuma ada la bab sains nak tunjuk macamana daya yang tak nampak tu dijelaskan, diorang boleh nampak bila kita tekan button. So diorang macam seronok kan..

Paling seronok kat Kid's Zone la..anak aku takde nyer main kat tempat umur diorang..dia pergi main kat umur 6 tahun ke atas tu. Dua orang je budak kecik yang berlagak besar main kat situ.




Amni paling suka kat tempat pintu cermin tu. Ulang kali dia masuk lari2 dalam tu. Ada masa dia berlaga gak dengan cermin sebab dia kan kecik lagi, tak tahu mana satu jalan dan mana satu cermin yang boleh nampak orang sebelah kan..Tak tahan nak mengejar dia la..

Lepas tamat lawatan dalam pusat sains tu..kami keluar lepak kat taman luar tu dulu sambil makan aiskrim sebelum masuk Taman Rama-rama kat situ. Water park dia tengah renovate..aku pun tak ingat lah dulu ade ke tidak tapi seingat aku macam tak de pun water park dengan taman rama-rama ni. Kalau water park dia open, mesti orang ramai giler kan..aku rasa macam tak de tempat entrance so free je la kot...




Anak-anak aku sebenarnya dah letih sangat-sangat sebab tempat parking tu jauh sikit la..dengan mendaki lagi, pagi lak bangun awal sangat. Aku baru je nak syok bangun lambat2, tapi diorang lak dah bangun..naik je kereta, Amni dah tertidur. Aisy lak menahan mata sebab nanti tak de orang boleh angkat dia dah ke atas tu..Itu je lah cerita Pusat Sains Negara aku...

Friday, December 20, 2013

Beza "Aisy" dan "Amni"

Bukan setakat ejaan yang berbeza..
Bunyi juga berbeza bila lepas mengeja tu kan..
Apatah lagi maksudnya kan..

Yang seorang ni dok panggil dia "kekayaan" je - Aisy...
Yang seorang ni dok panggil dia "ketenangan" je - Amni...
Bila asyik dok sebut dua nama yang maksudnya berbeza ni,
lama-lama aku aku rasa maksud tu dah sebati ngan perangai diorang pulak...

Aisy, lagi dua minggu dah nak masuk sekolah.
Tapi susah betul nak bangun tidur pagi.
Sebelum tidur bukan main lagi dia pesan kat kita nak bangun mandi pagi.
Bila kejut pagi, usahkan nak mandi, nak basuh muka pun jauh sekali.
Sampai sekarang masih lagi berdukung sampai ke kereta.
Sambung tidur dalam kereta...
Tu la perangai orang 'kaya' kot...
Penyakit pemalas tu banyak sangat...
Tau bagi arahan je...orang kaya la katakan
"Adik, tolong kakak ambik tu......"
"Tak nak jalan..nak dukung....."
"Dah lama kita tak pergi jusco kan mama!!!!!"
Itulah dialog dia yang nak senang je...
Tu yang badan makin comel tu....
Hari-hari berlakon kat dalam rumah...
Berlakon ada bisnes juta-juta...
Pantang nampak kereta mahal semua dia nak beli...
Tak pernah sebut nak beli kereta Malaysia ni..
Siap nak beli untuk seorang satu lagi...
Paling sayang kat Cheq Su sebab nak beli BMW bagi kat C. Su dia...
Mama dan abah naik je ngan dia...
Kereta Honda CRZ...hahahha..dia ingat CRZ paling mahal
Pantang nampak rumah double storey...
Tu semua rumah dia...
Tambah lagi kalau ada tiang besar dua batang macam White House tu...

Amni lak terlebih rajin...
Terlalu menyenangkan dan mendamaikan...adakalanya geram jugak...
Sangat berdikari..boleh mintak tolong apa-apa je kat dia...
Mesti dia tolong..tolong ambik barang...
Bangun pagi sangat senang..
Dia yang excited pakai uniform kakak pagi2 sebab nak pergi sekolah...
Kalau bangun pagi, nak mandi...
Setengah jam dok dalam air 'gode' air sabun baru mandi...sejuk2 pun tak pe...
Tidur pun senang...janji tak tidur waktu Maghrib...
Tidur malam tak terjaga dah mintak susu kalau dah kenyang makan...
Tak banyak karenah...
Tutur kata lembut je...
"Adik amni la" ayat paling paberet...
Sangat mendamaikan ini budak...

Tapi.....
Dua-dua pun sangat manja...
Tak boleh mama tak de...
Kalau mama lambat, sekejap telefon..sekejap telefon...
Tak nak ikut orang lain pergi jalan2 kalau mama tak pergi...
Tengah malam boleh terjaga kalau mama tak de kat sebelah...
Sanggup bangun cari port bawah ketiak mama juga nak tidur...
Inilah dia anak mama...
Aisy dan Amni...
Sayang korang berdua sampai akhirat...

Thursday, December 19, 2013

Sikap Manusia

Banyak benda boleh cerita kalau nak sentuh pasal sikap dan jugak adab ni..atau pun ketatasusilaan ni..tapi tak mau sentuh banyak-banyak la..kali ni just nak sentuh bab sikap/ adab / tatasusila kita sebagai penyewa bilik/rumah/hotel/homestay.

Lebih spesifik kali ni nak cerita orang yang nak sewa homestay mak aku...
Sebelum ni dah ada yang datang dan sewa homestay mak aku tapi tak de la yang macam k****g a**r pada tuan rumah. Kan kampung, kenapa nak bersikap macam tu...

Aku nak tanya korang la...
Kalau korang pergi mana2 hotel, korang mesti ada minta extra bed sebab nak sumbat dalam bilik tu ramai-ramai kan..pastu confirm la kurang2 kena charge Rm 10.00 - Rm 50.00 untuk extra bed je kan.

Tapi ni kan kampung, mak aku pun tak berkira sangat la..lagi pun last week dah ada stay kat bilik yang sama, dia tak mintak pun extra bed tapi mak aku bagi je sebab budi bahasa dia baik je. Dan tak de pun extra chargers untuk tu...

Tapi kali ni, dah la nak jimat, sewa satu bilik je..tapi nak sumbat ramai-ramai. Pastu nak selesa, nak extra tilam untuk setiap orang. Bilik untuk dua orang tapi masuk lima enam orang pastu 'mintak' lagi extra tilam kan. Ok, fine...tak pe, tapi boleh tak kalau mintak tu cara berhemah sikit. Macam ni...

"Dik, tilam extra ada tak? Kalau ada boleh tak letak dalam bilik ni"

"Dik, boleh tak tolong hantarkan tilam extra untuk kami?"

"Dik, kami nak tilam extra. Boleh?

Macam-macam gaya boleh cakap kan...

Tapi kalau dah cakapnya bunyi macam ni,

" Bagi lagi dua tilam, "

Mesti macam panas je kan telinga bila dengar.....

Kita kan orang Melayu..
Bukan ke orang Melayu kaya dengan budi bahasa ke
Kalau kita tak kenal orang tu ada ke kita panggil 'eh eh eh' je ke
Bukan ke banyak ganti nama
Abang, Kakak, Adik, Makcik, Pakcik...
Tuan, Puan...

Pernah tak tengok iklan yang ada seorang budak melayu dan seorang budak anak mat saleh pergi pasar malam...
Anak mat saleh tu bukan main pelik lagi bila budak melayu tu macam panggil kakak dengan abang kat pasar malam tu dan siap tanya lagi, orang tu bukan adik beradik tapi kenapa panggil abang kan...
Lebih kurang macam tu lah iklannnya...

Itu namanya iklan..
Sekarang ni orang Melayu kita dah macam hilang adab...
Orang Melayu, mesti agama Islam kan...
Tapi sekarang ni orang melayu dah tak menggambarkan keperibadian Islam...
Mungkin terpesong ikut Syiah kot..

Itu isu pertama...
Masuk pulak isu kedua...
PDP...
Hari-hari aku dengar iklan kat Hot FM tentang PDP....
Pam Dan Periksa....

Aku nak tanya ni...
Kalau korang tidur hotel, lepas pergi "bank" dan nak check out,
korang PDP tak?
Ke memang tak PDP sebab korang rasa korang dah bayar dan tanggungjawab hotel la cucikan sisa kumbahan korang...
Tak boleh la macam tu...
Memang la ada orang bersihkan tandas dan bilik air,
Tapi sampai kena bersihkan sisa yang tinggal tu memang melampau la beb...
Lagipun mestilah kita basuh buntot jugak kan..
Apa salahnya ko tekan flush sekali...
Kalau tak de air tu cerita lain la...

Aku la kan...kalau pergi hotel/ homestay ke...
Perkara yang aku tak buat cuma kemas katil...
Itu pun kalau dah nak check out la...
Selagi belum check out dan nak balik tidur lagi, aku mesti kemas...
Serabut la kalau tak kemas...
Tambah bukan main lagi letak "Don't disturb" gantung kat pintu bilik..
Kemas la aku sendiri..
Tambah lagi penat kalau kita jalan2, bila balik bilik, tengok bilik macam tongkang pecah kan...

Isu tiga, sampah sisa makanan...
Kan ada tong sampah...
Boleh je kan kita kumpul sampah tu dalam tong sampah...
Kalau tak muat tong sampah,
Ikat kemas-kemas letak luar tong sampah pun tak pe...
Jangan lah disepah-sepah kan...
Nanti semut datang, kena gigit lebam dua puluh empat hari baru tau...
Jangan salahkan tuan punya bilik pulak...
Salahkan diri sendiri sebab tak jaga kebersihan..
Tak ada nya nak suruh sapu sampah ke, mop lantai ke, basuh bilik air ke...
Sampah makanan tu yang penting jangan lah disepah-sepahkan...

Aku bawa anak dua kecik lagi..
Makan sentiasa bungkus makan dalam bilik...
Sebab makan kat kedai tak boleh aman..
Lebih baik makan dalam bilik...
Mana ada nasi tak tumpah, mana ada air yang tak tumpah...
Tapi tak de la aku nak biarkan je sisa nasik tu bersepah atas lantai..
Air yang tumpah pun aku lap..

Tapi ada satu family yang sewa bilik tu,
Siap tolong sapu sampah lagi pakcik tu...
Aku pun tak la serajin tu kalau menyewa bilik kan...
Agaknya kalau ada mop, lantai pun dia mop kan sebelum check out...
Hahaha...salute kat pakcik yang dari Baling Kedah tu...
Lain orang, lain ragamnya ye dak!!!!

Isu empat, barang-barang tuan rumah...
(Iron board, Iron, Kettle, TV and etc....)
Bila dah siap guna tak de la nak buat macam harta sendiri kan...
Jangan lah guna sampai merosakkan barang tu...
Kalau tak pandai guna, tanyalah dulu kan...
Jangan nak buat pandai sendiri je...
Orang kata, kalau tak nak bertanya sesat jalan...
Itulah padahnya kalau rasa pandai tapi tak pandai kan...

Ok la..setakat ni  je aku nak membebel pasal sewa-sewa bilik ke/ homestay ke/ hotel ke/ rumah ke..sama je..yang penting kena ada kesedaran civic. Kalau ttak de, pergi sekolah belajar civic dulu. Aku rasa level tadika la yang ajar semua ni. Adios amigos...

Tuesday, December 17, 2013

KLCC & 100 Doraemon Malaysia

Teruja lepas tengok Buletin Utama hari Sabtu lepas, aku plan bawa anak2 aku ke Viva Home semalam. Nursery diorang tutup, so aku ambik cuti. Tiba-tiba husband aku pun ambik gak cuti.

Apa lagi, merayap la. 1st destinasi pergi Maxis centre stop kan postpaid yang kami pakai. Setelah hampir lima tahun kami pakai postpaid, hari ni dah start balik pakai top up...hihihi...

Bab kata husband, dulu jarang jumpa..asyik nak call je..sekarang hari2 jumpa..tak tahu nak telefon sape dah..

Saje bawa budak-budak ni ke Suria KLCC tapi pelik gak sebab semalam KLCC tu macam lengang je. Memang orang kerja tapi biasanya bila cuti sekolah kawasan tu tetap ramai orang jugak kan.

Lepak jap depan air pancut tu sebab budak2 tu excited nak tengok kan. Selalu bawa diorang malam2 buta je ke sana, ni tengahari buta lak dok sana. Aisy paling teruja dengan pokok krismas yang tinggi kat luar Suria KLCC tu.












Sekejap je kat sana sebab Aisy dah mengamuk nak tengok Doraemon kat Viva Home. Sebeum diorang mengamuk sebab mengantuk, lebih baik ikutkan je.




Sape-sape yang nak pergi, boleh pergi. Pameran ni sampai 23 December ni je. Sape ada anak-anak bawah 3 tahun, tak payah bayar la tiket masuk. Tapi kalau ada anak 4 tahun ke atas, kena bayar la RM 15.00 dan dewasa RM 25.00. Pameran ni kat Expo Hall tingkat 2. Ada dua section, yang free entrance tu untuk yang nak beli barang2 Doraemon la, lagi satu section pameran 100 Doraemon tu.

Iolls kan dibesarkan dengan cerita Doraemon, so memang excited nak masuk. Zaman sekarang Doraemon dah tak de, kalau ada pun cerita Atasinchi kan! Tapi cerita dia terbalik la dari cerita Doraemon ni. Nama pun lain sikit. Anak aku tengok cerita ni je....tapi dia kenal la dengan Doraemon ni...

Jom layan gambar2 yang kitaorang ambik kat sana. Guna camera hp je sebab digital camera tak de batery. Huhuhu...apa kah nasib.....




















Wednesday, December 11, 2013

Welcome to the new world my twins baby



Percaya tak uuoollls kembar di atas adalah anak-anak I? Tak percaya? Sebab apa tak percaya? Kenapa tak percaya? Cer cerita sikit ngan aku kenapa....

Betul la..sebenarnya twins di atas bukanlah anak aku. Cuma anak saudara sahaja.

Kakak ipar aku selamat melahirkan kembar tu pada 09.12.2013 pada jam 3.00 petang kot secara ceaserian.

Nama kembar masih belum tahu lagi tapi mungkinlah Nadzim dan Nadzif tapi tak confirm lagi. pastu yang mana satu tok sah tanya aku la sebab aku tak berapa nak cam la.

Tau je la kan, muka baby baru lahir ni semua pun sama je, inikan kembar lak kan. Lagi la aku confuse.

Cuma beza dua orang ni seorang lahir dengan panjang 51cm and berat 2.4kg tapi yang seorang lagi tu 48cm dan berat dia cuma 2.2kg or 2.0kg. Tok sah tanya aku la mana satu abang dan mana satu adik..aku mana nak ingat...kah kah kah...

Dengan ini, cucu mak aku dengan rasminya telah mempunyai 5 orang. Tiga lelaki (anak abang aku la) dan dua perempuan (anak aku la tue)....mungkinkah akan bertambah? Jawapannya, insyaallah....

Kepada abang dan kakak ipar, tahniah sebab dapat baby twins..untuk anak saudaraku yang jambu lagi mulat, Naqib tahniah sebab dah jadi abang long pada usia setahun empat bulan..hahaha..setahun seorang tu...

Note: Kronologi cucu mak aku : 2010 (Rahadatul Aisy), 2011 (Rauhillah Amni), 2012 (Mohamad Naqib Haiyan), 2013 (Twins boy & boboi), 2014 (??????). Adakah?????