Friday, November 29, 2013

Contengan Itu Seni Namanya

Huhuhu..anak-anak aku mempunyai hobi baru di rumah selepas puas melayan gadjet dan menari saranghae.

Hobi baru diaorang adalah

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaaa..surprise.....



Hebat kan hasil seni anak2 aku..ada bakat seorang pelukis tak? Haruslah ada kan...sebab mama dia mempunyai sedikit tangan seni. Hahaha..masuk bakul angkat sendiri lak...

Cuba tanya macamana boleh jadi macam ni...

Ok..1st...mereka guna whiteboard yang husband aku ambik dari branch office dia yang tutup kat Terengganu tu...tak kesahlah kau anak..nak conteng pakai permanent marker pen pun. Abah kamu sangat rajin menyentalnya di bilik air.

Tiba satu malam, sang kakak tertidur dan sang adik sedang mengamuk-ngamuk. Abah dia memulakan dengan mengajarnya memegang oil pastel si kakak. Kanvasnya adalah dinding di sebelah katil tempat kami tidur. Bermula dengan warna biru sebab dinding adalah biru.

Esoknya bila aku balik kerja, habis satu dinding tu jadi contengan si kakak dengan si adik.

Sudah penuh di dinding sebelah katil, dinding satu lagi jadi kanvas.



Bila kami menonton tv di ruang tamu, dinding ruang tamu juga dijadikan kanvas. Fuuuhhh..lap peluh...




Dan tempat terakhir dijadikan kanvas, bilik kedua (bilik tetamu). Sedang aku bersolat Subuh, di keheningan pagi yang indah Amni datang dengan oil pastel berwarna biru dan memulakan contengannya...




Tanyalah aku apa perasaaan aku?

Tanyalah..

Tanyalah..

Aku kan...

Aku kan...

Tak marah sikit pun, Membebel pun tak. Menggalakkan anak aku melukis dengan betul lagi ada.

Kenapa?

Sebab itu menunjukkan anak-anak kita ni otak dia cergas dan bijak. Buat apa kita nak marah kan!

Kalau Aisy tu siap jadi cikgu lagi mengajar dan explain apa yang dia lukis.

Mungkin dia bukan seorang doktor atau peguam suatu hari nanti, tapi mungkin dia seorang pelukis yang terkenal. Hahaha...tak pun designer kan....so, biar sajelah budak2 ni.

Lagipun husband aku dah janji akan mengecat semula rumah tu bila kami anak beranak takde kat rumah. Dia pun kata dah jemu tengok color dinding rumah tu.

Janji haruslah ditepati jangan dicapati. So, kita tunggu sajelah....

2 comments:

  1. Jgn pas abah cat, dorg conteng balik sudah! Aku kasi water color pastu suruh Khayla menconteng dlm bilik air je sbb tile senang nk basuh. Hihi

    ReplyDelete
  2. Hahaha..aku rasa diorang akan conteng lagi. Skrg stop skjp sbb dinding dah penuh.

    Anak aku kalau dok dlm bilik air lain pulak aktvtnya. Kacau sabun mandi buat kek. Kalau tak tengok, satu botol shower tu habis. Skrg aku gnt ngan sbn mandi.

    Nanti next year Khadeeja dah pandai ikut kakak dia, lagi huru hara la macam aku layan budak dua orang tu. Yang adik tu banyak sangat menuru kakak buat apa

    ReplyDelete