Friday, November 29, 2013

Contengan Itu Seni Namanya

Huhuhu..anak-anak aku mempunyai hobi baru di rumah selepas puas melayan gadjet dan menari saranghae.

Hobi baru diaorang adalah

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaaa..surprise.....



Hebat kan hasil seni anak2 aku..ada bakat seorang pelukis tak? Haruslah ada kan...sebab mama dia mempunyai sedikit tangan seni. Hahaha..masuk bakul angkat sendiri lak...

Cuba tanya macamana boleh jadi macam ni...

Ok..1st...mereka guna whiteboard yang husband aku ambik dari branch office dia yang tutup kat Terengganu tu...tak kesahlah kau anak..nak conteng pakai permanent marker pen pun. Abah kamu sangat rajin menyentalnya di bilik air.

Tiba satu malam, sang kakak tertidur dan sang adik sedang mengamuk-ngamuk. Abah dia memulakan dengan mengajarnya memegang oil pastel si kakak. Kanvasnya adalah dinding di sebelah katil tempat kami tidur. Bermula dengan warna biru sebab dinding adalah biru.

Esoknya bila aku balik kerja, habis satu dinding tu jadi contengan si kakak dengan si adik.

Sudah penuh di dinding sebelah katil, dinding satu lagi jadi kanvas.



Bila kami menonton tv di ruang tamu, dinding ruang tamu juga dijadikan kanvas. Fuuuhhh..lap peluh...




Dan tempat terakhir dijadikan kanvas, bilik kedua (bilik tetamu). Sedang aku bersolat Subuh, di keheningan pagi yang indah Amni datang dengan oil pastel berwarna biru dan memulakan contengannya...




Tanyalah aku apa perasaaan aku?

Tanyalah..

Tanyalah..

Aku kan...

Aku kan...

Tak marah sikit pun, Membebel pun tak. Menggalakkan anak aku melukis dengan betul lagi ada.

Kenapa?

Sebab itu menunjukkan anak-anak kita ni otak dia cergas dan bijak. Buat apa kita nak marah kan!

Kalau Aisy tu siap jadi cikgu lagi mengajar dan explain apa yang dia lukis.

Mungkin dia bukan seorang doktor atau peguam suatu hari nanti, tapi mungkin dia seorang pelukis yang terkenal. Hahaha...tak pun designer kan....so, biar sajelah budak2 ni.

Lagipun husband aku dah janji akan mengecat semula rumah tu bila kami anak beranak takde kat rumah. Dia pun kata dah jemu tengok color dinding rumah tu.

Janji haruslah ditepati jangan dicapati. So, kita tunggu sajelah....

Thursday, November 28, 2013

Kelantan Lagi

Seminggu lepas pergi Kuantan, kami ke Kelantan pulak.. Kebetulan cuti Deepavali dan Awal Muharram..

Kami balik Kelantan macam kan Kelantan tu ada kampung kami je pada hal tak de pun. Walaupun dua2 orang tua aku asal Kelantan, tapi dua2 atuk aku tak de lah meninggalkan rumah pusaka untuk kami tinggal. Yang ada rumah adik beradik mak dan abah aku.

Dulu kecik2 kami balik Kelantan, tidur je rumah adik abah aku..tapi sejak dah pandai duduk hotel ni tak kisah la hotel ke, homestay ke..motel ke..janji dah tak nak tidur rumah orang lain. Lagipun nak selesa. Dulu kecik mana ada kesah nak tidur depan tv pun tak pe. Tak de bilik pun tak pe...

Tapi sekarang nak ada bilik la..tambah ada anak kecik. Anak kecik lak macam anak aku. Tak suka masuk rumah orang...

Kali ni husband aku ikut, so kami pergi dua kereta. Kalau ikut penumpang, muat je kami pergi naik Alza..tapi pengalaman lepas buat kami sedar kami pergi Kelantan bukan untuk penumpang naik je...barang pun nak isi gak. Tambah anak2 yang kalau nak tidur, nak tidur selesa...

Kalau pergi dua kereta, macam2 ragam anak aku tu. Kejap nak naik sana, kejap nak naik sini. Jadinya kejap2 berhenti, kejap2 berhenti. Naik bosan lak aku rasa lama sangat perjalanan.

Balik kali ni dihidangkan dengan permandangan TRW sepanjang jalan. Kan final Piala Malaysia hari Ahad, so hari Sabtu tu memang bersusun la kereta menuju ke Kuala Lumpur. Jadi seronok tengok diorang ni...Tapi kami menyesal lak tak letak bendera negeri pahang kat kereta.

Pergi Kelantan kali ni Aisy lagi besar setahun dari yang kitaorang bawa dia naik bot ke seberang sungai tu. Apa nama dia..Thaba kan!!!!! So, dia berulangkali cakap nak naik bot, tapi abah dia buat tak tahu je.

Sudahnya dia menuntut sampai kami balik ke Pahang. Boleh hari kedua kami ke Pangkalan Kubor, kami tanya dia, Aisy nak apa kan. Punyalah lama dia fikir tapi tak cakap2. Kat Pangkalan Kubor lak macam2 dia nak, tapi bila balik dia mengamuk. Rupanya dia nak naik bot.

Aku bukan berani sangat nak bawa dia ke seberang tu. Dulu kami pergi pun sebab kawan adik aku yang bawa. Baru2 ni lak kan ada kes bom meletup kat situ, sampai Pangkalan Kubor tu pun terasa gegarnya...ni nak pergi ke sana macam nak menyerah diri lak...tidak lah aku...

Hari kedua kami ke Pantai Irama Bachok dalam cuaca yang hujan renyai2. Tapi dah sampai sana, Aisy nak mandi jugak. So, pergilah mandikan anak2 kat sana. Walaupun hujan, tapi air laut dia tak la macam nak telan orang berbanding kat Kuantan tu. Cuma hujan dah lebat, kami cepat2 balik. Lepak kat Tesco pulak sebab Aisy tak nak pergi Mydin. Macam2 kan budak tu.


Dalam hujan renyai, see awan hitam pekat tapi gigih nak mandi jugak budak Aisy tu

Sejak ada anak dan pernah bawa sekali Aisy ke pasar Siti Khadijah..dia buat perangai...aku dengan rela hati menolak pelawaan adik2 aku ke sana. tak de lagi pilih2 tudung ke, baju ke, kain batik ke..just kirim je...bila kirim ni sebenarnya tak puas hati la...

Tiada lagi agenda ke KB bila ada anak ni. Pergi KB pun waktu malam ke Parkson..Budak2 ni tak pe la kalau pergi Parkson tu..diorang suka. Aisy siap cakap, "best la mama shopping kat sini. Nanti nak datang lagi ye!"...pengsan...niat hati cuma nak beli puting botol Avent tu coz kat sini sangat murah hokey...tapi tak de stock lak..sudahnya dapat kasut sepasang seorang budak2 tu.

Malam last kami kat sana tu, tak keluar mana2 pun coz biasalah husband aku nak melayan bola. Lagipun bawah motel kami duduk tu dah renovate kedai makan dia, so 24 jam ada tempat makan. Motel tu pun dah ada bilik kat bawah. Semakin maju nampaknya Tuan Haji Yunos pemilik YY Motel dan adik beradik dia - Restoran Warisan rasa, Wakaf Bharu.

Kami decide makan malam kat sana je..start lepas Maghrib tu, meja semua dah penuh. Penuh debaran gila melayan bola malam tu. Dah la malam tu penuh dengan penyokong TRW, kami je penyokong Tok Gajah. Husband aku siap je makan terus naik bilik layan guna tv kecik je. Aku lak ngan mak sampai baki masa lebih kurang 20 minit nak habis, aku naik. Sbb rasa macam Pahang nak kalah.

Bila naik atas, Pahang sumbat gol lak. Menyesal tak tunggu kat bawah tadi, boleh brsorak seorg2.

Akhirnya penantian hampir 20 tahun berakhir jugak. Rasa nak prg beli bendera ngr Pahang dan kibarkan kat KB je. Hahaha...

Tahniah player2 Pahang yang memang main malam tu super best. Kepada TRW, tahun depan jumpa lagi. Kih kih kih...kita berjiran, takkan bergaduh.

Pagi isnin kami siap2 nak balik ke Pahang. Sekali lagi perjalanan sangat meriah sebab selisih dengan penyokong TRW. Tapi kali ni siap main lampu tu. Kami sampai rumahvpun dah masuk waktu Asar. Kalau balik dari Kelantan, mesti lambat sampai. Tak macam bertolak ke Kelantan.

Ini lah je cerita bagi penutup tahun 1434 Hijrah. Selamat datang tahun 1435 Hijrah.

Friday, November 22, 2013

Kuantan : Le Village Beach Resort Day 2

Pagi-pagi lagi di sejukkan oleh cuaca hujan yang lebat dan kadang2 renyai. Macam tak bagi je kami mandi laut dan kami pun salah timing sebenarnya pergi musim2 hujan ni kan...

Mulakan dengan breakfast..tak tahu kenapa tak macam dulu. 5 tahun lepas kami nak makan malam ke, nak breakfast ke, minum petang ke..banyak je gerai2 kat sepanjang jalan depan hotel ni. Tapi sekarang, petang semalam nak cari orang jual keropok and goreng pisang pun susah.

Makan malam banyak la kalau nak makan seafood. Tapi nak makan pagi tu..ada la jumpa satu gerai tapi memang hampeh la. Menjual setakat menjual je la kan. Sedapnya non ado...mungkin sebab hari Ahad kot...

Lepas breakfast, hujan renyai2 lagi. Tapi budak2 ni nak juga mandi kolam ke..mandi laut ke..takkan nak tidur je kan...so, kitaorang pun bantai lah pergi ke laut..main gak tepi2 pantai tu dalam keadaan hujan renyai2.

Lima tahun lepas aku datang, nak mandi best jugak. Ombak tak besar..tapi bila nak mandi jadi takut bila obor2 tu banyak sangat. Sekarang ni obor2 tak de, tapi kalau tengok laut tu macam nak telan kita je. Menakutkan kan lah. So, budak2 ni memang dikawal selia dengan rapi sekali. Takut ditelan ombak kot...

Lagipun mungkin sebab hujan kan, laut pun bergelora kan. Kami tak mandi lama..takut pulak..so, kita mandi kat kolam je...tapi kali ni orang dah ramai la. Semalam tak de orang memang syok la..

Hampir dua jam gak kami lepak dalam kolam tu. Budak2 ni la yang seronok sampai kecut2 tangan mandi. Masing2 mandi kat kolam dewasa lak tu. Tak main dah kolam budak2 macam semalam. Yang sikecik lagi berani..sikit2 nak terjun dalam kolam dewasa tu.

Tapi budak2 ni tak pandai berenang lagi..Dulu Aisy dah pandai apung badan dalam air sebab kami selalu bawa dia mandi sungai kalau balik kampung. Bila dah lama tak bawa dia mandi sungai, dia pun dah takut2 dengan air yang dalam.

Paling kelakarnya, mulut Aisy la paling bising kat situ. Malu gak, tapi ada aku kesah. Dah mulut anak aku nak bising kan...biar je la..So, abah dia memulakan kembali mengajar anak2 dia berenang. Aisy mulut bising sebab takut..adik dia lak berani semacam. Siap tak nak pakai pelampung lagi...

Itu je la aktiviti kami kat sana. Niat utama nak mandi laut tapi jadi percutian mandi kolam je. Sudahnya Aisy asyik je la tanya bila mama nak gaji? Mama gaji nanti kita pergi Kuantan lagi ye..ketuk kepala sendiri sebab  kecik2 lagi dah ajar anak pergi lepak hotel...

Ok..time to review hotel ok...hotel ni aku tak tahu la berapa bintang tapi dari segi keadaan dan kualiti barangan dalam bilik adalah sedikit uzur. Tapi setakat nak stay tu boleh la kot...mana nak dapat bilik dengan harga RM 120.00 semalaman kan...ni pun nasib baik ada ksong..selalunya penuh je...

Bilik : Aku booking hotel so dalam chalet aku tak pernah tahu keadaan dia macamana. Dulu stay kat tingkat 3 pun sama je macam kali ni pergi. Cuma katil dulu saiz queen dan kali ni katil double single. Boleh la aku tidur ngan anak aku dua orang atas katil single tu. Bapak dia syok tidur sorg2.



Bilik aku sama la macam ni tapi katil double single.
Ni gambar lama kot kat google tapi yang baru ni belakang katil tu macam pakai wallpaper



Pool kanak-kanak.

Cermin muka gedabak besar..memang puas nak belek muka tapi tv 14" je. Tengok bola macamkan tengok semut main je ...eksyen..dulu kat kampung pun tengok tv 14" jugak...Ada freezer mini..so boleh simpan air dalam tu..



Bilik air kat belakang gambar batik tu..sebelah kanan pintu masuk.
So, senang..lepas mandi pantai basah2 pun boleh masuk bilik hotel.

Aircond bilik aku ok..tapi bilik adik ok tak ok..macam angin je..tapi katil bilik adik aku ok sikit..bilik aku punya katil macam dah uzur sangat dah. Kalau tilam tu macam lunyai je sebenarnya..bak kata husband aku, sedap lagi la tidur kat katil rumah kitaorang tu..

Bilik Air : bilik air muat2 je la...nak besar mana la sangat..nak harap ada bath tub lagi la mimpi. Mujur ada heater pun dah ok..yang penting nak mandikan budak2 tu senang...

Pada aku, dengan bayaran RM 120.00 tak boleh la nak komplen lebih. Apa yang ada, dah cukup kot...yang penting anak2 suka sudah..aku? Kalau tanya aku, aku memang tak suka pun tidur tempat asing sebab tak boleh lena. Yang best tidur kat rumah sendiri atapun kat rumah mak. Atas toto pun tak pe..janji lena....

Update 20.11.2014 : Sebab ramai sangat yang cari tempat ni, korang try la ke website tempat ni ok

Thursday, November 21, 2013

Kuantan : Le Village Beach Resort (Day 1)

Dah lama tak lepak kat pantai batu hitam kat kuantan ni. Last pergi tahun 2008 sebelum ada anak lagi. Waktu tu stay kat Swiss Garden, sebelah je ngan Le Village ni.

Sebenarnya ni second time kami stay kat Le Village ni, dulu nama dia Duta Village. Waktu tu abah aku masih kerja dengan Felda and ada family day. Macam best je stay kat sana maybe 10 tahun lepas kot...


Ni 10 tahun dulu la. Sekarang dah tukar Le Village.
Pic Credit dari google

Tapi datang kali ni, nama pun dah tukar..bilik and chalet dia masih sama la. Kitaorang sampai sana dalam pukul 11.00 lebih je lepas tersesat barat. Kuantan pun boleh sesat. Aku pun tak faham lah..dulu nak pergi sana macam senang je bila exit dari tol kuantan tu kan...

Nak check in terus boleh tapi bilik yang ada cuma bilik tingkat atas coz kami booking hotel dan bukannya chalet. Sebab nak dua bilik yang sebelah2 dan bilik tingkat bawah je, kitaorang lepak sambil makan kat tepi pantai tu..Pantai awam la kot...

Baru je buka bekal, staff hotel telefon kata dah boleh check in..cepat2 makan terus check in. Tak banyak masa yang ada sebab musim hujan2 ni nanti tak sempat nak mandi laut kan.

Lepas check in, budak-budak ni bukan boleh duduk diam. Sekejap bilik aku, kejap bilik mak aku. Nasib sebelah je, kalau tak, letih den nak meneman diorang ni. Cuaca panas harap sampai ke petang tapi hujan pulak.

Dalam pukul 2.00 lebih lepas solat kitaorang decide mandi kolam dulu...kesian budak2 ni terperap kat dalam bilik je. Husband aku memang syok la kalau dah dapat katil, tilam, bantal, aircond yang sejuk (macam kan kat rumah tak de semua tu)...mula lah malas nak bergerak.

Aku paksa jugak dia temankan aku dengan budak2 mandi kat pool tu. Dengan alasan aku bukan pandai berenang, nanti anak buatnya terjun dalam kolam dewasa tu sape yang nak selamatkan. So, dia suruh kami pergi dulu...nanti dia datang.



Kebetulan kami mandi tak de orang pun kat pool ni

Dua budak tu mandi macam tak hingat dunia. Tiba-tiba langit gelap dan terus petir..tak sempat kitaorang nak terjun ke laut pulak sebab baru pukul 3.00 lebih macam tu..Amni tak nak naik sebab syok sangat tapi Aisy dia dah pandai dan tahu cuaca nak hujan..dia yang cakap kat adik dia..pujuk adik dia nanti mandi lagi...

Sudahnya kami lepak je kat bilik petang tu sampai ke malam. Makan malam pun tapaw je dari restoran mamak kat luar tu. Husband aku memang dok berbungkus dalam selimut atas katil dari petang tu sampai ke malam..

Ajak gi ronda-ronda bandar kuantan pun tak nak sebab kan malam tu ada game Pahang vs Sarawak Semi Final kan..Lagipun kami datang naik satu kereta adik je, tu yang dia malas kalau tak de kereta sendiri. Ok, takat ni je cerita day 1 kat sana.

Pada sape2 yang nak ke hotel ni, nanti aku review hotel ni kat entry day 2 ok.

Update 20.11.2014 : Sebab ramai sangat yang cari tempat ni, korang try la ke website tempat ni ok


Wednesday, November 20, 2013

Raya Aidiladha

Macam biasa la...selagi Allah tu berikan rezeki yang lebih kepada emak aku...mak aku akan pastikan kami sekeluarga akan menumbangkan seekor lembu untuk satu bahagian setiap seorang. Dapatla merasa sikit seorang daging tu kan.

Nak cerita pasal raya pun macam tak best coz situasi dia sama je tiap2 tahun. Cuma boleh cerita kali ni keletah buak dua orang tu.

Aisy biasalah dengan tantrumnya di pagi raya. Dengan tak nak pakai baju rayanya..pujuk-pujuk..ok pakai..tak nak pulak ke tempat penyembelihan lembu. Fine, dia tak nak pergi tak pe tapi dia tak bagi aku jugak pergi. Macamana?

Pujuk-pujuk...akhirnya ikut tapi nak dok dalam kereta je..ok..bila nak sembelih tu pun tak bagi kita turun jugak. Sesi memujuk lagi..alhamdulillah...selesai sesi sembelih boleh terus balik. Budak Aisy tu dah tak suka la nak tunggu tunggu ni...

Yang Amni memang sangat baik...5 bintang mama bagi kat adik tau. Pakai baju kurung ok..excited pulak dia nak tengok lembu kan....

Depan mata dia dia tengok lembu tu kena ikat kaki, kena sembelih..darah keluar...

Bila balik dari sembelih tu, seminggu jugak lah cerita dia tak habis lagi pasal lembu yang dia tengok tu. Bila tengok tali je dia takut..dia kata tak nak kena ikat kaki macam lembu...lembu tu muntah la..keluar darah la..itulah cerita dia seminggu....

Raya kali ni jugak tak sempat kitaorang nak jemput orang datang makan2 kat rumah coz orang pun tak de ka..So, tangguh ke hari yang tak tahu bila....