Wednesday, June 12, 2013

Segalanya Lima Tahun

Bermula dari tahun 2008 dan tahun ni dah masuk tahun 2013, cukuplah 5 tahun 3 perkara penting berlangsung dalam hidup aku.

Eceh..ceh..ceh..berlangsung tu..

Alhamdulillah...30 May hari tu genap lima tahun usia perkahwinan aku dan husband. Masih lagi memegang title isteri dan suami bagi kami..masih lagi memegang title abah dan mama..alhamdulillah...

Itu je la yang dapat aku ungkapkan..sebab aku rasa kalau bila sampai tarikh anniversary tu, title tu harus dipegang untuk melangkapkan hidup yang dah semakin tua..huhuhu..

Sambutan? Tak celebrate apa pun..Kan hari kerja..tak kuasa nak ambik cuti coz cuti2 yang ada hanyalah diperuntukkan untuk bawa anak ke klinik, hal2 kecemasan dan cuti raya/bersambung. Yang lain tak penting..bukan apa, kalau tak habis annual leave, tahun depan boss bayar..kan masyuk tu...

Sebab tak cuti, malam tu bawalah anak-anak pergi ke Viva Homes..yang tak tahu tempat ni, location dia dekat je dengan office aku ni. Dulu dikenali dengan UE3. Sekarang dah jadi Viva Homes, stesyen LRT paling dekat stesyen Miharja.

Apa ada kat sana? Sini ko nak apa berkenaan rumah..semua ada..dari aksesori ke, decoration ke..semua ada..aku buat apa kat sana? Nak renovate rumah ke? Tidak lah..aku ke sana sebab ada clearance MPH bookstore. Macam2 buku ada...macam2 mainan pun ada..macam2 stationary pun ada...semua ada la..yang penting mesti kena ada duit. Sebab bawa budak kecik, macam2 buku diorang ambik.

Lepas anniversary, umur pun dilanjutkan lagi setahun pada 9 Jun hari tu..

Tak celebrate pun...tapi ni cerita kelakar ni..boleh lak gaduh ngan husband sehari sebelum birthday tu...punca? aku just tegur dia dok kalih2 channel tv. Kalau ada astro tak pe gak, boleh terima gak di akal, ni astro pun tak de..yang dok kalih2 channel tu nak cari apa pun tak tahu. Geram aku...terus dia merajuk lepak dalam bilik satu lagi sambil dengar radio je. Hahahaha.., so tak de la babak romantik wish birthday malam tu.. Aku pun tak sedar apa dah, konon nak tidurkan Amni, tapi ngan aku2 skali tertidur. Sampai Aisy tidur tak berdiapers dan telah mengencingkan diri di atas tilam waktu aku sedar jam 3.00 pagi tu.

Bangun pagi tu Rizal dah balik dari kedai beli macam2 lauk suruh masak. Aku pun cakap lah, ada ke suruh aku yang masak. Patut dia lah yang masak kan, kan birthday aku...terkial2 dia nak buat semua tu waktu aku intai dia kat dapur. Sebab Amni nak mandi dan aku mals layan budak kecik tu main air pagi tu, aku rela memasak lagi, so tukar lah dengan dia.

Dengan rela hati juga Rizal hari tu nak bawa kami keluar jalan-jalan. Tak ke mana pun, cuma bawa anak-anak gi Sogo & The Store Sungai Buloh..perabihkan duit yang ada dengan beri anak2 mainan. Itulah hadiah birthday aku namanya.

Hadiah? dah tua2 ni tak dapat hadiah pun tak pe..tak harap pun. Tapi kalau nak bagi, bagi la emas seketul ke..hahahaha...tapi sebenarnya aku dah dapat pun hadiah in advance lagi dari adik2 aku...thanx..pada yang wish kat fb, thanx...

Tapi kali ni tak berkesempatan nak balik kampung. Bukan tak berkesempatan ye..tapi Aisy sekarang adalah "tak nak balik kampung" bila hari Jumaat dan "tak nak balik KL" kalau hari ahad ye. Dua ayat akan keluar dari mulut dia..mak kata, dia beli lepat je makan kat masjid malam tu. Huhuhu..minggu ni hope dapat jumpa mak..rindu lah

10 Jun, genap lima tahun arwah pergi untuk selamanya...huhuhu..aku tak leh betul la bila sambut birthday aku...

Aku rasa macam kehidupan aku hari ni adalah dengan gantian nyawa daripada arwah abah. Sungguh..imbas balik apa yang jadi lima tahun lepas...next entry la..

Aku selalu je terfikir, adakah aku kalau tak de niat nak kahwin dan kahwin hari tu abah aku masih hidup ke? Huhuhu...aku rasa macam aku je penyebab abah pergi..walaupun sebenarnya ajal dia dah sampai.

Sejak abah pergi, tiap2 tahun bila birthday aku, aku tak pernah rasa nak sambut. Mesti lebih banyak berfikir yang ntah apa2, sedih semacam, sensitif giler, cembeng nak nangis je..lebih suka baca yassin je...huhuhu..aku rindu sangat2 kat arwah abah. Sampai hari ni aku tak pernah dapat mimpi jumpa dia...Teringin nak jumpa dia..nak peluk ketat2..sebab sangat rindukan dia...

Sampai sini je la entry yang sedih ni. Tak sanggup nak layan perasan lagi

2 comments:

  1. Fiza, aku nak wish hang Happy Besday lagi sekali.. Hehe. Sama la kita Fiza, besday aku pun takde special sangat. Sejak arwah atuk aku meninggal hari b'day aku, aku dah tak minat nak celebrate sesangat. Rasa sejak ketiadaan arwah, family kiteorg jadi cam renggang sket, sebab dah takde sebab yg kuat nak balik kampung.

    Tapi kan, hang tak leh la fikir smp cenggitu… maksud aku, klu hang tak kawen hari tu pun mmg Allah dah tentukan smp kat situ je perjalanan hidup arwah abah hang kat dunia. Bukan salah sesapa pun. So, hang jangan la rasa bersalah ye.

    Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah pada yg dah takde :)

    ReplyDelete
  2. Thanx Karni..
    Kan!!!giler aku ni..selalu jer fikir yang bukan2.
    Sedih kan..hang lagi la, hari birthday betul2 atuk hang pergi..
    Mungkin sebab atuk, korang jadi renggang macam family aku gak la..tapi sebab kami abah yang tak de, kami jadi makin rapat adik beradik. Tambah lagi takkan tinggalkan mak seorang tanpa teman kalau hujung minggu.
    Hang nak exam kan? Bila? Good luck..Chaiyok2..aku tahu hang memang boleh buat

    ReplyDelete