Wednesday, June 26, 2013

Hobi Baru : Layan Novel

Wah...sekarang aku dah menggila melayan hobi yang aku rasa adalah gile sejak bergelar ibu kepada dua budak yang super duberp tu.

Setiap masa yang aku..yang kira rasa terluang tu..tak kisah lah..sampai pejabat awal 10 minit pun aku peruntukkan baca novel.

Waktu lunch, tolak masa makan & sola, ada lah baki dalam 15 atau 10 minit pun aku layan baca novel.

Kat rumah, pantang ada iklan tv kalau tengah menonton, aku akan habiskan novel yang aku pegang...wah..hebatnya..

Aku juga telah menjadi seperti zamn anak2 dara dulu kalau baca novel tersenyum sana..tersengih sini..angaukan watak dalam novel..superb giler dah rasanya.

Bila hujung minggu, bila bukan jadual ke kebun paginya, aku akan luangkan msa tidur malam tu untuk baca novel dan hanya tidur 2 atau 3 jam sahaja...wah..superb giler dah aku

Dalam handbag aku juga sekarang ada sebuah novel yang aku akan bawa ke hulu ke hilir lagi tak selesai...dalam jam pun aku sempat baca novel..kan giler namanya tu...

Masa yang terluang kat office jugak aku luangkan untuk baca karya2 kat penulisan2u.com sebelum rasa nak beli novel tu coz boleh baca dari bab 1 hingga bab 25. So, hampir 20% jalan cerita dah baca. So, kita akan rasa nak beli atau pun tak novel tu.

Dan dengan keadaan ini jugak, ini bermakna, ke mana sahaja aku pergi, walaupun dalam rumah, novel setia di tanganku.

Ah....aku angau sudah...

Tuesday, June 18, 2013

Cinta Jangan Pergi

Cerita ni start tayang kat TV9 Sabtu & ahad jam 8.30 malam bulan April hari tu lagi...

Bila dah setengah jalan cerita ditayangkan, mulalah nak menulis tentang pendapat diri sendiri bila rasa terdapat konflik dalam watak2 utama cerita tu.

Ok, start dari mula serba sedikit. Lia Suraya (Tizz) & Khalil (Remy) berjumpa waktu diorang pergi bercuti ke Paris kot..tapi sure kat Eropah la..tak plan, itu lah suratan atau pun kebetulan sampaikan mereka bercinta masa diorang bercuti tu.

After 1 year bercinta, Lia sebenarnya dah balik Malaysia tapi Khalis still tak habis and baru je habis lepas setahun diorang bercinta. Bila nak sambut anniversary tu, Khalil nak surprise Lia so dia balik Malaysia tak beritahu pun.

Tapi berlakunya accident, kereta dia terbakar tapi mayat tak dijumpai. Rupanya dia tercampak ke tepi sungai dan diselamatkan oleh orang asli. Mula2 dia hilang ingtan tapi at last after 2 years dia dah recover semula.

Dalam tempoh dua tahun tu, Lia still cintakan Khalil walaupun dia dah bertunang dengan Hood (Josiah). Hood ni datang bila Lia tengah bersedih dan masih tak boleh terima kehilangan Khalil. Mak Hood & Mak Lia kawan baik. Hood ni pulak 1st time jumpa Lia pun cakap sama je macam Khalil, so atas desakan family & kawan dia bertunang dengan Hood.

Tiba2 hari bertunang tu dia ternampak Khalil kat pintu pagar rumah dia. Tapi dia pengsan, cukup 2 tahun anniversary Khalil & Lia, Lia dapat dapat bunga tulip purple & ticket ke Europe tempat diorang berjumpa dulu.

So, confident Khalil masih hidup, susah payah dia tunggu kat depan tasik tu. Sayangnya, Khalil terlambat sampai tapi Hood yang sampai dulu. SO, dia terima hakikat semua tu cuma bayangan dia saje tapi sebenarnya memang Khalil masih hidup.

Khalil pun berazam nak susahkan hidup Lia so dia rancangkan Lia diberhentikan kerja dan kerja kat office ayah dia (bawah dia). Selalu je kena maki and buat2 tak ingat / tak kenal Lia. Bila Lia dah give up, dia nak resign and nak setia pada Hood, dia berterus terang apa yang berlaku. Sebab cinta, dia terima Khalil semula dan kecewakan orang lain (Hood, mama, kawan baik (El & JD).

Apa yang aku nak rumuskan kat sini dan pendapat aku...
Kalau aku berada di tempat Lia...

Aku buat perkara yang sama. Aku terima Khalil. Sebab :-
Cinta Khalil sepenuh jiwa dan tak pernah cintakan orang lain (Hood)
Bertunang dengan Hood semua pun atas desakan orang keliling
Hood pun tahu dan semua orang tahu cinta Lia hanya untuk Khalil
Berjuang untuk cinta

Tapi....

Tetap ada tapinya....

Betul juga kata mama Lia,

Walaupun dia hilang ingatan, dia tak sepatutnya bersikap kurang ajar..boleh maki orang sesuka hati..hilang ingatan tak semestinya perangai juga berubah. Macam tu ke nak buat suami?

Auw..Auw...

Waaaa...waaa...waaaa....

Macamana ni?

Apa yang harus aku buat kalau dalam situasi macam ni?????

Apa lagi....menangislah semahunya...

Lebih baik menerima orang yang menyayangi kita daripada kita kejar orang yang kita terlalu sayang. Sebab, kalau kita tak dapat kejar dia (hilang dia) untuk kali kedua, sakitnya akan lebih parah....

Monday, June 17, 2013

Sulaman Benang

Sejak dua menjak ni aku sangat lah berminat dengan sulaman benang...so, decide this raya aku akan pakai baju yang di sulam benangkan oleh hasil jahitan sendiri.

Nak tengok tak hasil kerja yang aku dah siap buat....




-


-


-



-


-


-

-


-


-


-


-

-


Eh..sabarnya korang nak tengok hasil jahitan orang yang tak pergi kelas ni yer...

Tara..terimalah hasil jahitan yang tak berapa indah ni....







Aku masih lagi dalam proses belajar sendiri. nak pergi kelas malas...belajar kat you tube je..

Yang nak tahu teknik ke apa ke..korang google la kat you tube. Semua ada. Aku nak ajar pun tak pandai coz aku buat pun tak cantik.

Cuma kat sini aku nak share benang yang aku guna untuk sulaman benang ni.

Yang daun color hijau tone tu aku guna benang DMC Perle 8 100% cotton



Susah la nak cari benang DMC Perle 8 100% cotton ni. Benang aku guna untuk jahit daun tu tiba2 ghaib, hilang ntah ke mana. Puas aku cari kat KL tak jumpa pun kedai yang jual benang ni.

Dalam internet / online, ada kedai jual benang ni tapi bukan DMC punya. DMC ni kualiti paling baik punya, diorang ada jual Minlon & Anchor je. Mahal pulak tu.

Mana aku dapat benang ni? Aku beli kat Bandar Raub je..kedai tu namanya Emporium Metro. Semua alatan jahit ada kat sini tapi tak banyak pilihan. Yang color tone tu aku beli just RM 4.50 dan yang satu color tu aku beli just RM4.00. Bila start benang aku hilang, aku tak de peluang nak ke kedai tu. Bila pergi, tutup pulak. Ni yang terbantut proses menyulam aku.



Ni pun benag DMC gak tapi biasa orang guna untuk buat crosstich tu..benang ni tak la mahal sangat dalam RM1.20 je satu. Tapi yang ni tak de tone, ada satu color je. Aku tak beli benang perle color kuning & orange coz decide nak buat bunga color pink & merah.

Tiba2 nampak tenggelam lak dalam baju merah menyala mak ngah tu kan, terus je tukar beli color orange, putih & kuning. Tapi sebab tak jumpa, gunalah benang ni je buat bunga. Tak kisah la. Janji jadi. ye dak?

Pada sesiapa yang tahu kat mana nak dapatkan benang DMC perle 8 tu kasi tahu aku ye. Pada sesiapa nak belajar, cari lah tok guru yang pandai dan buat kelas tu. Yang nak menempah, sorry..aku tak terima tempahan sebab aku buat tak cantik. hahaha....


Sunday, June 16, 2013

Pantai Irama, Bachok

Cuti Wesak hari tu berkesempatan untuk balik Kelantan lagi. Kali ni penginapan di taja oleh abang aku.

Aku nak nasihat la kat sini pada dua pihak. Pertama pada pengusaha homestay dan keduanya pada pengguna perkhidmatan homestay ni.

1st, aku haraplah sangat2 pengusaha homestay ni please la bercakap dengan jujurnya. Kalau nak iklan tu, jangan iklan yang indah lebih baik dari rupa. Kalau pelanggan telefon tanya, jawablah dengan jujur ye supaya tidaklah tertipu.

2nd, pada pengguna homestay / pelanggan..please..check betul2 tempat nak menginap tu. Try jugak google tempat tu..tanya orang yang ada stay kat situ sebelum booking ye. Kami dah kena 3 kali tau....

Next entry aku cerita lagi pasal homestay ni. Entry kali ni nak cerita Pantai Irama, Bachok

Pergi kali ni memang dah masuk dalam agenda nak mandi pantai dan kalau boleh nak stay tapi jumpa penginapan.

Tapi sebab pergi sana, pergi sini, jalan lak dari KB ke Bachok tu berjarak jauh jugak la kan..sudahnya sampai kat pantai pukul 7.00 petang ke dah malam..ada la 20 minit lagi nak masuk waktu Maghrib.

Tapi ni dialog Aisy dalam kereta sebelum sampai kat pantai, "Ma, langit cerah lagi kan. Tak gelap lagi kan?" Mula-mula pelik gak, terfikir apa dia nak sampaikan. Maksudnya dia nak mandi boleh lagi kan? Boleh la sayang..sekejap pun kita mandi jugak ye.

Waktu kami sampai tu memang ramai orang lagi...budak2 yang mandi pantai pun ramai lagi. Tiga budak kecik ambik kesempatan mandi. Tapi paling seronok Aisy la. Amni takut2 lagi. Naqib lak kan kecik lagi. Bukan tau apa2 pun.

Aku yang tak bawa baju spare, adik aku pun telah terbasahkan baju & seluar.
 Budak2 bawa baju spare, tuala bagai..tapi mak dia tak bawa. Boleh? Sudahnya aku lapik tuala je dok dalam kereta nak balik tu. Mujur tak lencun...

Adik aku lak terpaksa tukar pakai baju kelawar yang baru shopping pagi tu. Nasib baik baju2 shopping ada dalam kereta.

Cuma aku bagi cadangan la...please...bangunkan tempat ni sebagai satu tempat pelancongan yang terbaik coz susah nak jumpa pantai yang boleh mandi. Kat sini sangat ok.

Kalau boleh, :
1. Perbanyakkan kemudahan hotel / resort / homestay kat kawasan ni
2. Tandas awam : air tu kasi ok sikit..., tempat mandi buat yang boleh air keluar terus je
3. Paip air : mudah nak basuh kaki ke, tangan ke..

Buat tempat ni masuk berbayar pun tak pe janji kemudahan air & tandas tu terbaik. So, mudah nak berkelah ke, nak mandi ke...

#best#pantaiiramabachok#

Saturday, June 15, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya saya isteri kepada rizal..semua orang pun tahu..tak de macam dalam cerita SSID tu...

Lagi drama yang diadaptasikan dari novel karya Zura Asyfar yang ditayangkan pada setiap Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Yang tak syoknya cerita ni dah la sejam je..seminggu sekali lak tu..mau tak giler menunggu...

Watak utama dalam cerita ni Syafa Aqira (Tizz), Firash Arshad (Izzue), Haqimi (Qi), Raina (Uqasha), Raimy (Azlee), Datin Farizah (Wilma), Dato' Fakrul (Mustapha Kamal) dan lagi lagi lagi...

Aku pun tak sangka rupanya cerita ni novel rupanya..aku memang layan cerita ni dari 1st episod lagi..kenapa?????

Sebab yang berlakon tu mestilah Izzue Islam & Tizz Zaqiyah..gila kelakar lak tu cerita ni...

Sebab cerita ni best, aku pun telah terbeli Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ni dah telah menamtkan pembacaan hanya dalam masa dua hari.

Pecah rekod aku dapat baca novel dua hari je pada hari kerja..ntah bila masa aku baca novel aku pun tak tahu lah..tapi sebab cerita best, ada masa sikit pun aku baca so novel tu memang aku angkut kemana saja. Dalam traffic jam pergi balik kerja pun sempat aku baca.

Bila baca, tak 100% novel boleh adaptasi dalam realiti tapi tak la lari jauh sangat jalan cerita dia. Masih di jalan yang lurus.

Apa yang syok sangat sampai aku cepat sangat khatam ni? Sebab bila baca aku terbayangkan Izzue ngan Tizz berlakon kat kepala otak aku. So, cepat je la habisnya.

Pada yang mengikuti drama SSID ni, semoga anda tabah menunggu sampai episod akhir termasuklah aku.

Pst: Baca al-Quran tak lak aku amalkan dalam traffic jam. Boleh tak ubah sikap aku ni

Friday, June 14, 2013

Lima Tahun Dulu.....

Saje nak sambung entry kelmarin...tengah rajin nak update blog coz banyak sangat yang tak update dan dah lama sangat tak update.

Entry ni hanya sekadar untuk ingatan aku terhadap arwah abah yang sangat-sangat aku rindu. Mana lah tahu lima tahun lagi aku dah nyanyuk..at least aku ada tempat yang boleh aku baca untuk aku ingat semula apa yang jadi 10 tahun dulu...

Insyaallah, selagi hayat dikandung badan dan diizinkanNya, aku harap memori ni akan terpahat kat hati aku selamanya. Memori paling indah dan paling pahit dalam hidup aku.

Jom layan apa rentetan peristiwa lima tahun dulu.

Hingga ke saat-saat akhir untuk majlis perkahwinan aku, aku masih lagi tidak menerima kelulusan dari pejabat agama. Puncanya wali...

Abah diserang strok kali kedua yang menyebabkan dia tak boleh berkata-kata. Kami pun tak tahu yang dia faham ke tak faham. Tapi aku tahu dia sangat faham apa yang kita cakap dengan dia cuma dia nak balas cakap dengan kita tak boleh.

So, dalam borang first submit orang pejabat agama suruh letak nama abang aku, tapi jurunikah kata ayah masih ada kenapa letak nama abang.

Atas sebab-sebab ni, aku terpaksa la bawa abah pergi rumah jurunikah. Aku ingat lagi, pergi lepas Isyak rumah jurunikah tu. Adik aku cakap hari tu nak bawa. tapi dia tak nak pergi. Nak tunggu aku jugak yang bawa dia. Bila jurunikah tu tanya-tanya dia, dia angguk tanda faham. So, jurunikah tu decide letak nama abah aku sebagai wali.

Alhamdulillah, seminggu je sebelum majlis baru dapat kelulusan.

30.05.2008, Jumaat
Aku selamat dijabkabulkan dengan suami aku. Lepas tanggungjawab dia pada aku. Waktu majlis akadnikah tu, abah aku tak la berpakaian cantik2 segak2 bergaya macam ayah2 pengantin lain. Hanya berkain pelikat lama yang jadi pakaian harian dia, dan mulanya tak berbaju. Tapi disebabkan kena naik waktu nak sign borang tu, dia pakai baju pagoda je. Tapi bukan dia yang sign coz dia bukan boleh pegang pen pun dah..so, abang yang sign.

Bila akad nikah, dia tak de pun. Terus keluar coz dia tak suka rimas2 dengan orang ramai ni. Majlis pun tak de bab2 titis air mata ni termasuk lah aku coz aku dah tersengguk2 waktu menunggu majlis tu selesai. Bayangkan 6.30 petang baru start. Janji lepas Asar. Aku lak dah siap pakai baju lepas Zohor lagi..dengan Asar tak sembahyang lagi..

31.05.2008, Sabtu
Aku bersanding dan dia berkesempatan jumpa semua orang (kawan2 sekerja dia & sedara-mara jauh dan dekat). Tapi aku tak bergambar sekeping pun dengan arwah abah coz dia asyik duduk dan tidur kat bawah pondok kat tepi orang basuh pinggan je. Tetamu pun dia tak layan...

01.06.2008, Ahad
Majlis hantar menantu kat rumah nenek husband aku. Walau tak sihat, sanggup ikut hantar menantu. Dia lah orang pertama yang bersiap. Siap pakai baju Melayu sepasang lagi. Dia yang nak pakai coz kitorang memang lebih suka dia pakai kain pelikat je.

Sejak dia kena strok kali kedua, dia dah tak pandai nak tahan kencing. Kalau nak kencing, dia akan kencing je. Tapi kali ni dia ok sangat. Siap makan lagi baru balik.

02.06.2008, Isnin
Aku balik semula rumah mak coz nak uruskan penghantaran borang ke pejabat agama. Kesian abah, ingat nak bawa dia tapi dia diserang cirit-birit. Tapi bawa jugak dia pergi makan kat rumah Mak Ngah aku. Dia memang suka kalau bawa dia jalan2 naik kereta.

Sedih...kalau dia ada lagi sekarang, mesti dia adalah orang yang sangat2 gembira sebab kami adik beradik akan selalu bawa dia pergi jalan2 naik kereta. Makan angin ke..makan ke..shopping ke..tapi dia dah tak de..sedih...

03.06.2008, Selasa
Petang tu gotong royong turunkan khemah dan kemas semua barang2 kenduri. Boleh pulak bila minum baru perasan yang ada tertinggal satu khemah lagi tak buka. Aku terdengar ada mulut yang bercakap "ni nak kenduri lagi ke?". "Ok jugak kalau ada kenduri lagi. Gantung periuk lagilah kita." Ada lagi seorang yang menyampuk namun khemah tu diturunkan juga.

Abah tengok je orang2 buat kerja, dia nak tolong tak boleh. Tapi bila orang nak minum, dia lah melayan tapi kawan2 dia yang melayan dia jugak sebenarnya.

04.06.2008, Rabu
Aku nak balik KL naik bas je coz husband aku dah balik Kl semalam. Waktu nak salam, aku gi tengok abah kat tempat lepak dia atas kerusi malas kat bilik stor mak tu, tapi abah tidur. Aku tak nak la kejutkan dia, aku dah pergi dua tapak tapi aku berpaling balik. Aku tenung lama je muka abah. Dalam hati aku cakap " Baik aku salam, nanti kalau tak berkesempatan nak salam, aku yang menyesal seumur hidup".

Aku kejut dia tidur dan salam. Sebak, tu je yang aku rasa waktu aku salam dan peluk dia. Rasa berat hati nak tinggalkan dia. Macam rasa untuk kali terakhir je jumpa dia. Mungkin ni sebab aku dah jadi isteri orang dan bukan lagi tanggungjawab dia.

Baru je bas sampai kat Genting Sempah, mak call kata abah jatuh kat tepi jalan. Aku terus call husband aku suruh ambik adik2 aku dan aku tunggu kat Genting Sempah je. Sampai rumah, abah tak kenal orang dan tak sedar. Dia hanya buka mata dan tidur berguling2.

05.06.2008, Khamis
Keadaan abah masih tak berubah, sedar dalam tak sedar..panggil orang yang urut abah waktu mula dia kena strok. Abah lebih tenang. Tidak lagi berguling2 tapi tak kenal orang jugak lagi. Kami balik KL kecuali adik yang bongsu.

06.06.2008, Jumaat
Abah tiba-tiba tak bergerak..bawa ke hospital Raub. Dua jam di bilik kecemasan, akhirnya abah di masukkan ke wad. Tiada harapan..itu kata doctor bila mereka mengatakan buah pinggang abah sudah tidak berfungsi lagi.

Mereka kata kalau nak lebih detail, boleh hantar ke Temerloh untuk rawatan lebih lanjut. tapi adik menolak coz adik kata dia rasa masa abah dah sampai. Kalau ajal dia dah tiba, buat apa kita nak sakitkan dia lagi. Lagipun kat sana kami tak ada sedra mara. Lebih senang di Hospital raub jer.

07.06.2008, Sabtu
Abah macam dah sedar je. Macam ok sikit..Waktu diorang semua keluar minum, aku bacakan surah Yassin untuk dia. Dia seolah2 bertanya pada aku mana semua orang. Aku just cakap kat dia semua orang pergi makan jap. Aku tahu, dia cari mak..tapi abah banyak kali juga diserang seolah-olah sawan.

Sedih..itu je yang aku boleh cakap bila dia diserang sawan, kami terpksa pegang dia dengan kuat. Mungkin itu bukan sawan tapi malaikat telah mencabut nyawa abah sedikit demi sedikit. Mungkin dari hujung jari tangan..mungkin dari hujung jari kaki

08.06.2008, Ahad
Pukul 3.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari adik aku yang jaga abah kata abah diserang sawan yang sangat teruk sampai tak sedarkan diri. Mungkin dah sampai masa untuk dia pergi. Pagi tu aku berbincang dengan nurse, dia pun tak berani cakap apa. Ajal maut di tangan Tuhan. Tunggu doc, aku yang sign surat bawa balik abah. Abah balik menggunakan ambulance, mak yang temankan.

Sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah, aku menangis semahu-mahunya. Memohon agar abah tak pergi lagi..belum puas hidup dengan abah

Abah macam sihat je bila sampai rumah kami. Aku duduk sebelah dia sambil makan kuih seri muka. Dia macam tanya aku. Adik cuma suapkan sikit kat mulut abah. Dia rasa dengan lidah dia. Nak bagi banyak takut lekat coz abah bergantung dengan susu melalui tiub yang disambut ke hidung je. Mungkin dia lapar ke apa kami tak tahu.

Dia nampak sangat ok sampai petang tu aku nak balik pun...aku sempat geletek kaki dia..dia ada respon dengan mengalihkan kaki dia. Mungkin dia rasa geli kot..dalam hati aku kata abah mungkin akan sihat. Tak kisah la terbaring asalkan jangan pergi lagi

09.06.2008, Isnin
Birthday aku mak telefon wish kat aku. Aku tanya macamana abah. Mak kata dia ok je. Aku pun dah apply cuti nak jaga abah untuk minggu tu. Half day je kerja pastu terus cabut balik kampung.

Tapi bila sampai rumah, abah dah kaku. Pejam mata tapi dada nya masih berombak cuba bernafas. Sesekali diserang sawan. Aku rasa tak rela..macam masanya sudah sampai. Abang cakap, petang tadi abah berak, najisnya hitam..susu juga tidak masuk ke perut lagi, bercampur dengan sedikit darah dalam tiub.

Petang semalam abang turunkan semua perhiasan2 di dinding rumah termasuk gambar2 kami. Tiba gambar aku, abang kata abah seolah-olah tak bagi diturunkan.

Sedih....lihat keadaan abah, abang & adik yang bongsu drive ke KL bawa balik adik aku yang seorang lagi sebab semua orang kampung kata lebih baik bawa balik, nanti takut tak sempat jumpa.

10.06.2008, Selasa
Sepanjang malam, kami adiik beradik, mak, makcik2 (Mak Ngah & Mek - kakak abah), nenek sedara aku (adik mak abah aku) tidur dekat abah. Abah kejap2 diserang sawan dan sampai yang kali terakhir tu kami aras macam abah akan pergi...

Mak bisikkan kalimah Allah ke telinga abah..abang jugak..kami sedih..membacakan surah Yassin..akhirnya abah pergi...5.40 am..

Aku masih macam tak percaya. Macam nampak dada abah berombak. Aku tanya abang. Aku kata try la tekan dada abah..mungkin abah perlukan bantuan pernafasan...tapi hakikatnya..abah dah pergi...Pergi untuk selamanya...

11.06.2008 - 14.06.2013..
Hati aku kosong..kosong bila teringatkan arwah abah..banyak benda tak sempat buat sebab abah pergi waktu aku baru je mula bertapak dalam dunia pekerjaan. Belum ada duit nak bawa abah jalan-jalan.

Hari ni, kami adik beradik boleh bawa mak jalan2, kami tak pernah lupa abah. Setiap kali naik kereta, abah lah yang kami ingat. Kami akan cerita, kalau abah ada....kalau abah ada...kalau abah ada....

Hari ni...saat Aisy lahir...aku selalu nampak abah pada Aisy..mungkin Aisy ada iras abah...

Aisy suka jalan-jalan naik kereta..Aisy suka makan roti cicah kari..sama macam abah..kami semua makan kuah dal, tapi Aisy suka kari..dia betul2 cucu abah...

Abah, damailah di sana. Rehatlah..nanti kita jumpa..pasti akan jumpa.

#Peace#Happyfathersday#

Wednesday, June 12, 2013

Segalanya Lima Tahun

Bermula dari tahun 2008 dan tahun ni dah masuk tahun 2013, cukuplah 5 tahun 3 perkara penting berlangsung dalam hidup aku.

Eceh..ceh..ceh..berlangsung tu..

Alhamdulillah...30 May hari tu genap lima tahun usia perkahwinan aku dan husband. Masih lagi memegang title isteri dan suami bagi kami..masih lagi memegang title abah dan mama..alhamdulillah...

Itu je la yang dapat aku ungkapkan..sebab aku rasa kalau bila sampai tarikh anniversary tu, title tu harus dipegang untuk melangkapkan hidup yang dah semakin tua..huhuhu..

Sambutan? Tak celebrate apa pun..Kan hari kerja..tak kuasa nak ambik cuti coz cuti2 yang ada hanyalah diperuntukkan untuk bawa anak ke klinik, hal2 kecemasan dan cuti raya/bersambung. Yang lain tak penting..bukan apa, kalau tak habis annual leave, tahun depan boss bayar..kan masyuk tu...

Sebab tak cuti, malam tu bawalah anak-anak pergi ke Viva Homes..yang tak tahu tempat ni, location dia dekat je dengan office aku ni. Dulu dikenali dengan UE3. Sekarang dah jadi Viva Homes, stesyen LRT paling dekat stesyen Miharja.

Apa ada kat sana? Sini ko nak apa berkenaan rumah..semua ada..dari aksesori ke, decoration ke..semua ada..aku buat apa kat sana? Nak renovate rumah ke? Tidak lah..aku ke sana sebab ada clearance MPH bookstore. Macam2 buku ada...macam2 mainan pun ada..macam2 stationary pun ada...semua ada la..yang penting mesti kena ada duit. Sebab bawa budak kecik, macam2 buku diorang ambik.

Lepas anniversary, umur pun dilanjutkan lagi setahun pada 9 Jun hari tu..

Tak celebrate pun...tapi ni cerita kelakar ni..boleh lak gaduh ngan husband sehari sebelum birthday tu...punca? aku just tegur dia dok kalih2 channel tv. Kalau ada astro tak pe gak, boleh terima gak di akal, ni astro pun tak de..yang dok kalih2 channel tu nak cari apa pun tak tahu. Geram aku...terus dia merajuk lepak dalam bilik satu lagi sambil dengar radio je. Hahahaha.., so tak de la babak romantik wish birthday malam tu.. Aku pun tak sedar apa dah, konon nak tidurkan Amni, tapi ngan aku2 skali tertidur. Sampai Aisy tidur tak berdiapers dan telah mengencingkan diri di atas tilam waktu aku sedar jam 3.00 pagi tu.

Bangun pagi tu Rizal dah balik dari kedai beli macam2 lauk suruh masak. Aku pun cakap lah, ada ke suruh aku yang masak. Patut dia lah yang masak kan, kan birthday aku...terkial2 dia nak buat semua tu waktu aku intai dia kat dapur. Sebab Amni nak mandi dan aku mals layan budak kecik tu main air pagi tu, aku rela memasak lagi, so tukar lah dengan dia.

Dengan rela hati juga Rizal hari tu nak bawa kami keluar jalan-jalan. Tak ke mana pun, cuma bawa anak-anak gi Sogo & The Store Sungai Buloh..perabihkan duit yang ada dengan beri anak2 mainan. Itulah hadiah birthday aku namanya.

Hadiah? dah tua2 ni tak dapat hadiah pun tak pe..tak harap pun. Tapi kalau nak bagi, bagi la emas seketul ke..hahahaha...tapi sebenarnya aku dah dapat pun hadiah in advance lagi dari adik2 aku...thanx..pada yang wish kat fb, thanx...

Tapi kali ni tak berkesempatan nak balik kampung. Bukan tak berkesempatan ye..tapi Aisy sekarang adalah "tak nak balik kampung" bila hari Jumaat dan "tak nak balik KL" kalau hari ahad ye. Dua ayat akan keluar dari mulut dia..mak kata, dia beli lepat je makan kat masjid malam tu. Huhuhu..minggu ni hope dapat jumpa mak..rindu lah

10 Jun, genap lima tahun arwah pergi untuk selamanya...huhuhu..aku tak leh betul la bila sambut birthday aku...

Aku rasa macam kehidupan aku hari ni adalah dengan gantian nyawa daripada arwah abah. Sungguh..imbas balik apa yang jadi lima tahun lepas...next entry la..

Aku selalu je terfikir, adakah aku kalau tak de niat nak kahwin dan kahwin hari tu abah aku masih hidup ke? Huhuhu...aku rasa macam aku je penyebab abah pergi..walaupun sebenarnya ajal dia dah sampai.

Sejak abah pergi, tiap2 tahun bila birthday aku, aku tak pernah rasa nak sambut. Mesti lebih banyak berfikir yang ntah apa2, sedih semacam, sensitif giler, cembeng nak nangis je..lebih suka baca yassin je...huhuhu..aku rindu sangat2 kat arwah abah. Sampai hari ni aku tak pernah dapat mimpi jumpa dia...Teringin nak jumpa dia..nak peluk ketat2..sebab sangat rindukan dia...

Sampai sini je la entry yang sedih ni. Tak sanggup nak layan perasan lagi