Wednesday, February 13, 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Selalunya kalau cuti CNY kitorang memang plan jalan mana-mana destinasi dalam semenanjung ni. Tahun lepas(2012) pun kitorang pergi Cameron Hingland, tahun sebelum (2011) tu Kelantan, sebelum tu lagi (2010) Nilai je sebab aku dah tunggu masa je nak deliver Aisy..sebelum tu (2009) Langkawi...tapi tidak tahun ni (2013)...huhuhuhu...

Plan nak ke Johor coz tak pergi lagi Lego Land & Hello Kitty tu..rumah abang kan ada kat sana, so jimat bab tempat tinggal. Makan pun boleh masak kalau tak nak membeli. Kalau nak beli pun tak mahal sangat area Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang tu...

Tapi sebab family wife abang aku akan berkumpul kat sana may be sampai Isnin pagi kot coz ada kenduri menghantar pengantin perempuan lak kat sana, bekas pengasuh Naqib yang kahwin..tak jadilah kitaorang ke sana.

Sudahnya cuti CNY ni kami lepak kat rumah je. Sabtu just bawa budak2 tu ke pasar pagi. Ahad lak aktiviti menghabiskan duit kat TF Value Mart je. Isnin je kami ke Hutan Simpan Lipur Lentang. Kami pergi berempat je coz rumah aku tu macam hari raya lak. Ramai tetamu yang datang...

Ingat tak ramai, tapi subnallah..penuh dengan lautan manusia sampai nak park kereta pun tak de tempat. Parking je la mana yang muat masuk.

Kami mandi kat area depan yang lapang tu je. Senang untuk budak-budak mandi coz air tak dalam and tak de batu2..

Sekarang ni memang trend kan pasang khemah kat kawasan perkelahan. Kami pun sama. Senang nak tukar baju. Hahaha..punyalah malas nak pergi kat tempat persalinan, tukar aje dalam khemah.

Paling seronok main air siapa lagi kalau bukan Rahadatul Aisy. Air punyalah sejuk macam air batu walaupun air tu bukanlah air terjun.

Amni lak menggigil-gigil dia dalam air tu tapi layan jugak main air. Diorang berdua memang hantu air. Dua hari kat rumah mak tak kemana-mana, budak dua orang ni lah habiskan air setengah kolah setiap kali mandi. Mandi lak mesti kurang2 dua kali sehari. Dah la dua kali, kalau tak setengah jam paling sekejap, tak sah. Pastu angkut pulak dengan macam-macam perkakas dapur mak dalam ke dalam bilik air tu. Pendek kata main masak-masak dalam bilik air. Sabun tak payah cerita, satu botol yang 1L tu pun boleh habis diorang buat main masak-masak.

Tak lama sangat kat sana. Dalam dua jam lebih je coz cuaca tak begitu mengizinkan. Sedang elok je husband aku cabut khemah, hujan renyai-renyai dah turun. Bimbang kat sini kan kawasan kepala air. Tak nak la tanggung risiko. Cukuplah husband aku cakap "Janji Ditepati". Kui kui kui...dia yang janji nak bawak budak-budak tu mandi kat situ setiap kali kitaorang lalu kat sana bila otw balik kampung tu.

Perjalanan balik nak masuk ke Bentong dah jam..ingat ok, terpaksa balik ikut Mempaga. Budak-budak dua orang tu, naik kereta mintak air kotak sambil minum dah terlentok kepala masing-masing. Gila tak penat main air.

Ini dua cinta hati saya kat Lentang

No comments:

Post a Comment