Ada dua orang anak aku rasa sudah cukup kot kalau fikir letih melayan karenah budak. Penat sih dengan dua orang anak dara aku ni yang tak tahu penat.
Aku tak tahulah anak aku je atau anak orang lain pun sama macam aku. Diorang macam ada energy yang sentiasa bertambah tanpa ada pengurangan walau sedikit pun.
Kalau tak pukul 12.00 malam, lagi tu tak tidur. Kadang sampai aku naik hangin tau, kita dah mengantuk sangat2 tapi diorang masih lagi turun panjat katil. Kuar masuk bilik punggah mainan. Tidur sekali ngan mainan penuh atas katil.
Sekarang ni Aisy dah pandai mintak nak pergi JUsco atau Tesco. Hari -hari ajak keluar.
Apa yang dia syok sangat kat sana aku pun tak tahu lah. Sudahnya memang setiap minggu kami akan ke Tesco / Jusco. Kalau tak pergi, hari-hari dia tuntut nak pergi. Kalau datang mengamuk dia, menangis macam tahap gaban sampai muntah-muntah.
Bila dah pergi Tesco, macam-macam dia angkut. Sollivite tu dah macam kemestian lak. CD lagu nursery song tu dah berlambak-lambak kat rumah. Setiap kali pergi beli dua, kalau tiga kali pergi tak ke ada enam ke? Kalau 5 kali pergi tak ke 10?
Pastu dalam cd tu semua lagu2 dia cam sama je. Macam nak pecah telinga kau dengar lagu tu. Dua beradik tu bukan main lagi nyanyi2 sambil joget2. Tak kisah lah dalam kereta atau dalam rumah.
Yang kita ni, kat rumah dengar lagu tu, dalam kereta nak pergi hantar ke nursery dengar lagu tu, nak balik kampung dari KL ke rumah mak dengar lagu tu. Last-last muka kitorang ni dah macam "o mc'donald had a farm" dah.
Kalau ke Jusco lak, ini namanya perabih duit. Macam pergi fun fair tu.
Tiap kali pergi mesti habis RM 20.00 untuk semua binatang2 yang bergerak tu. Aku pun tak faham lah apa yang syok sangat budak-budak nak naik benda alah ni.
Setakat goyang-goyang je sambil dengar muzik dan berhenti. Tak pun dapat lah pulas stereng yang tak berfungsi tu. Sampai naik lunyai aku rasa stereng tu..Aisy tak nak jugak berhenti main.
Kalau tak bagi naik dah, mulalah mengamuk-ngamuk nak naik troli. Apa kejadahnya nak sorong troli kalau bukan nak beli barang.
Jusco ni tempat aku kalau nak beli puting botol Avent & baju2 dia nak ke nursery je. Yang lain memang tak belilah melainkan hari Jcard.
Barang agak mahal sikit kat sini tapi apa kejadahnya kalau setiap kali datang hangus RM 20.00 semata-mata alat binatang ni. Siapalah yang cipta alat mainan tak berguna ni.
Buatlah yang advance sikit..ni setakat goyang-goyang je. Tak berbaloi betul.
Pastu kalau masuk Kids Zone lak lagi tak berbaloi. Setakat main plastic ball banyak2, rumah aku pun banyak. Pastu masuk cam castle yang ada papan gelongsor tu, baik gi taman permainan kat rumah je.
Masuk je dah bayar RM 4.00 per kids. Setengah jam extra lagi RM 1.00. Dua budak tak ke RM 10.00 kalau satu jam. Ish-ish...membazir betul.
Moralnya, janganlah ajar anak-anak waktu dia tak pandai lagi main alah benda ni. Kalau boleh jangan ajar langsung.
No comments:
Post a Comment