Friday, November 30, 2012

Adam & Hawa Versi Drama

Kalau boss aku nak tau, aku telah mengular kat office dengan melayan drama Adam & Hawa dari jam 9.00 - 9.30 pagi.. Lepas layan drama, aku baca komen lak. Pastu tak puas hati, aku pun masuk komen jugak. 10.00 am - 12.00 pm. Best tak aku?????

Ni la novel yang diadaptasikan ke drama


Statement maut. Ngaku buat benda lain kat office. Korang berani? Aku berani ngaku dalam blog je. Tapi kalau dia check cctv mesti dia nampak aku buat apa. Ntah ke dia nonton skali ngan aku. Kahkakah...

Rumah aku mana la ada Astro, kalau tak de astro mana la nak ada astro mustika hd kan. Husband aku dah pujuk aku banyak kali nak masuk astro tapi aku kan menteri kewangan rumah, aku telah menyekat kemasukan astro ke rumah. Dengan alasan, membazir je kalau tv tu yang tengok tuan rumah.

So, layan cerita ni dari blog. Layan ni tak de iklan. Tapi sekejap sangat. Dalam 20minit je boleh tengok. Aku layan kat blog ezany-kun.com. Korang yang belum tengok boleh layan tengok. Free je, tak kena bayar.


Mungkin ini dah jadi cover cetakan terbaru novel Adam & Hawa.
Cik Bib, ada ulasan tak?

Bab hero & heroin, aku tak nak complain coz dua-dua aku rasa berjaya watak tu ikut novel. Cuma ada scene yang sangat romantis dalam novel tapi dalam drama sangat tak romantik. Hawa macam malu-malu je nak romantik-romantik ngan Adam. Adam lak banyak buat muka nakal je.

Tapi aku rasa sangat ok kot...tak payahlah nak beria-ria tunjuk romantik kan..lain lah kalau berlakon suami isteri, so boleh buat adegan yang sangat loving gitu.

Ow ow ow..suka dua orang ni. Aaron Aziz (Adam Mukhriz) & Nadia Nissa (Ain Hawani)


Jalan cerita dalam drama ni pun dah diolah sikit oleh penulis skrip dari cerita asal dalam novel. Watak Johan dipanjangkan sampai rasa sangat sengal mamat rambut rebonding tu. Kesian Dazrin..

Lagi yang buat tak best, editor cerita ni suka sangat campur aduk scene. Sepatutnya settlekan satu scene, baru tunjuk scene yang lain lak. Ini baru je nak rasa feeling, dia dah masukkan watak Johan yang sengal.

Sebelum ni Global Station Sdn Bhd ok je dalam buat editing drama macam Dejavu Kinabalu tu. Yang Adam & Hawa ni  mungkin saje je nak spoil feeling penonton kot. Yang paling bengang bila tiba-tiba keluar tulisan "bersambung"....

Anyway, korang layan je lah cerita tu key? Thumbs up untuk Aaron Aziz & Nadia Nissa. Good job.

Note: Waktu pregnant dulu dah terfikir nak namakan anak perempuan mesti ada hawa & lelaki mesti ada adam. Tapi sampai dah lahir anak dua pun aku tak boleh fikir nak gabungkan nama hawa tu dengan nama lain. Akhirnya aku jumpa satu nama hawa yang best " Hawa Insyirah".




Nilai Murni

Nak post sikit tentang nilai murni yang Aisy ada tapi tak tahu sape yang ajar dia. Bangga jap ada anak yang bijak cam ni tapi aku musykil sape ajar dia.

Ni situasi dalam kereta on the way balik ke KL dalam jam (Bentong - Genting Sempah)

Aisy : Kenapa abah buka tingkap tu?

Rizal : Nak buang kulit buah ni. (sambil buang kulit buah duku keluar dari tingkap kereta)

Aisy : Tak payah lah. Letak sini je (sambil tunjuk satu ruang bahagian belakang handbrake).
          Nanti dah sampai kita buang la dalam tong sampah.

Rizal : Eh budak ni (sambil tutup cermin tingkap and letak kulit buah tempat Aisy tunjuk)

Ayat tu bukan rekaan aku tau tapi memang Aisy cakap macam tu. Tanpa olah sikit pun ayat dia. Aku pun pelik, dia budak yang umur 2 tahun 8 bulan ke budak umur 4 tahun ye????

Note : Siap tulis ngan color merah lagi dialog husband aku. kakakakaka.....

Thursday, November 29, 2012

Harimau Mengamuk

Semalam layan bola lagi untuk AFF Suzuki Cup 2012. Walaupun hari Ahad lepas aku telah terkecewa dengan Harimau Malaya, tapi kita sebagai rakayat Malaysia mesti tetap bagi sokongan. Mengharapkan ada satu titik perubahan. Akhirnya menang bergaya dengan Laos , 4-1

Pada aku bukan mengharapkan kejuaraan berturut-turut oleh pasukan kita, tapi lebih suka untuk tengok sukan bola sepak ni maju. Biar sukan bola sepak ni terkenal dan menjadi gerunan bukan lah nak mintak jauh sangat, setakat kawasan Asia pun dah cukup.

Kalau badminton & skuasy kita memang dah terkenal dengan jaguh-jaguhnya, sekarang harap sukan bola sepak dan hoki pun sama. Pukul 7.30 pm ni pasukan hockey kita akan menentang South Africa untuk Champian Challenge I bagi separuh akhir. Hope ada harapan untuk pasukan hoki kita dan ada siaran langsung. Chayo-chayo...

Balik pasal bola, setelah harimau kecewa dengan singa 3-0, semalam kita menang bergaya dengan Laos. Itu pun ntah apa-apa diorang ni main. Aku memang tak suka kesebelasan utama yang main 1st game Ahad tu. Main macam tak nak main.

Untuk game semalam pun yang 1st half tu kurang menarik la. Banyak peluang lepas macam tu je. Yang paling aku bengang gila bila Safee Sali depan gol pun tanduk tak masuk. Apahal?????

Tapi bila ada 4 tonggak ni bermain, aku suka..Wan Zack Haikal, Khairul Muhaimin, Zubir Azmi & Mahalli ni layan game atas padang, rasa macam nak suruh diorang ni selang-selang sumbat gol je.

Seronok gila. Lagi best bila tengok ada keeper baru yang ok jugak, not bad. Jangan harapkan Khairul Fahmi seorang je. Patut bagi peluang macam semalam. Bagus turunkan Farizal, at least dia dapat experience. Ini balik-balik "apek" je.

Hope sangat2 4 orang ni kekal dalam kesebelasan utama lawan ngan Indonesia. Kenapa Muslim tak main ye? BUkan dia ok ke jadi defend, sian Aidil sorang2.


Hero Baru Malaya : Wan Zack Haikal.

Note : Budak-budak Harimau Muda ni memang best la main. Aku rasa better serap diorang je untuk game Piala Suzuki ni

Friday, November 23, 2012

Cuti Lama

Tak lama mana pun, tapi 4 hari sudah cukup lama rasanya. Dua hari berkerja lak kerjanya sampai pukul 4.00 je. Tu yang best. Sekejap je masa dah nak balik.

Hari Deepavali hari tu tak buat apa pun. Plan nak bawa anak-anak gi KL Bird Park tapi tak jadi coz husband dah ambik tender nak cat rumah adik yang baru je siap renovate tu.

So, seharian aku ngan mak dok rumah masak-masak. Pagi masak utk breakfast, bila dah pukul 11.00 am macam tu dah prepare nak masak untuk lunch lak.

Kebetulan abang aku yang kat JB tu pun ada kat KL and lepak kat rumah aku, so kena prepare makan la.

Petang lak prepare minum petang kalau dok ramai2 ni. Malam tak payah masak2 sangat tapi sebab kerabu mangga, nasi, ikan & gulai telur itik dah habis, kena la prepare sekali lagi kecuali gulai telur tu la. Tak kuasa nak masak gulai lagi malam2 ni.

Itu dah habis satu hari, hari khamis lak cuti Maal Hijrah tu dah bertolak lak ke Kelantan. Selamat Tahun baru pada semua yang beragama islam. Apa azam tahun baru ni?

Biasalah, sebab ada anak-anak, perjalanan ke Kelantan bukan lagi 5 jam bagi kami. Sudah menjadi 7 jam ke sana. Bertolak pukul 8.00 am, pukul 3.00 pm sampai KB.


Dua beradik ni dalam kereta adalah sangat macam-macam.Kadang ok tapi banyak yang tak ok.

Kali ni masih lagi memilih YY Hotel atau lebih kepada homestay sebenarnya. Bukan homestay pun, bilik jugak tapi rumah kedai macam tu. Lokasi kat Wakaf Bharu, Sebelah dengan stesen minyak Shell & berhampiran ngan stesen keretapi.

Kenapa stay sini, accommodation quite good & nice. Harga sangat2 berpatutan dan yang paling best bawah dia ada kedai makan. Nama dia tak silap aku Warisan kot.

Sape2 orang sana mesti tahu kan, kedai tu glamor gila coz terkenal dengan nasi beratur. Sini makan semua sedap dan sangat 2 murah.

Pagi2 ko bangun celik mata, solat Subuh then turun bawah beli nasi yang pelbagai. Ada nasi berlauk, eh bukan berlauk pronounce dia dalam Kelantan macam belauk je kot. Boleh pilih lauk ayam ke ikan ke.

Budak ni dok kat Kelantan sungguh dilimpahi cahaya bulan mungkin sebab negeri Tok Guru. Solat tak tinggal siap pakai telekung baru lagi. Tapi masuk je sempadan Pahang, solat pun tak nak dah. Budak ni kena hantar ke Kelantan untuk mengaji ni

Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, mee, beehon. Lauk lak macam2 ada. Kat tepi ada meja bersusun dengan pelbagai jenis kuih. RM 1.00 dapat 4 ketul kuih. Ko pilih lah. Rabun mata, semua kuih ko nak makan.

Nak contoh kuih ke? Ambik ni..ada kuih Cek Mek, kuih Apam Sri Ayu, Roti Goreng Inti Kacang, Pan cake yang letak tepung kastard pastu lipat cam karipap tu, apam, kuih gulung & macam macam lagi (sebenarnya tak ingat. Hahaha...sebab yang lain di atas tu tak beli pun)

Bukan setakat kuih, ada jugak pulut kacang (pulut warna coklat, kelapa parut & kacang bungkus dalam daun pisang and dicucuk ngan lidi), pulut kelapa kot (dibungkus macam nasi lemak dalam daun pisang), nasi impit & sate (bungkus sekali), nasi impit yang makan ngan sambal kelapa gaul ikan tu, laksa..macam macam lagi lah ada.

Syurga makanan lah tempat ni. Best gila kalau kat KL ada macam ni. Lupa lak, kat meja sebelah  kuih tu ada meja jual roti lak. Kat sini dia punya roti pun murah je. Roti Telur dia baru RM1.20, besar, tebal dan lembut sampai ke petang. Sebelah lagi tempat bakar sate and ada nasi impit jugak.

Pastu kalau malam lak, kat simpang tiga nak gi hotel ada jual sate lak. Beratur siot nak beli. Dua kali balik pun tak beratur lagi nak makan sate ni. Sebab perut kenyang semacam.

Ada lagi tempat makanan best kat sini. Depan jalan besar menghala ke Chabang Empat ni lak, tapi still kat simpang keluar hotel ni ada lak restoran nasi ayam yang sangat2 sedap. Tapi memang hampeh lah. Kebetulan Jumaat tau, dia kata tak buka lagi walaupun dah pukul 3.00 petang waktu tu...balik dalam kul 7.30 malam, kedai tutup coz waktu sembahyang Maghrib. Pukul 8.00 baru bukak semula. Hampeh betoiiiii...

Sebenarnya kali ni balik Kelantan coz ada dua majlis perkahwinan. 1st kawan adik aku kat Tendong, Pasir Mas, pastu anak sepupu aku kat Gunong, Bachok.

Kenduri kat Tendong hari sabtu tapi yang kat Gunong tu hari Ahad. Sebab Ahad dah nak balik, kebetulan akad nikah anak sepupu aku ni Sabtu  malam..kami pergilah jugak.

Gila jauh kedalam rumah. Dah lah malam, habis tersesat 3 kali coz jauh sangat ke dalam rumah dia. pastu jalan dia tak leh selisih kenderaan. yang peliknya keluarga pengantin (sepupu aku) boleh tak tahu rumah lak. Tak ingat kot....Nasib baik family sepupu aku ni jenis yang memang baik, kalau tak baik aku dah lama blah. Tak tahan kot sesat2 dalam gelap pekat.

Sampai sini saje coretan aku tentang balik Kelantan kali ni. Aktivii tak sah kalau tak mengukur kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor & Pasar Besar Siti Khadijah tu setiap hari. Kalau pergi 4 hari, 4 hari pergi mengukur. Bukan 1 jam, tapi 3 jam.. Nasib baik malam tak buka, kalau tak sampai malam pun kami mengukur jugak. Pastu balik ambik calculator asyik kira duit dah habis berapa, pakai duit sape...tak cukup duit nak bayar balik, hutang sampai hujung bulan. Hahaha...

Wednesday, November 21, 2012

Anak Tak Kenal Ayah

Anak mana yang tak kenal ayah dia tu? Pura -pura tak kenal atau memang tak kenal? Jawapannya ada di sini...Rauhillah Amni.

Lets story mory kenapa Amni tak kenal abah dia.

Kan last week cuti panjang sangat, bukan panjang mana pun tapi cuti berselang-selang. Bila ambik cuti 3 hari pun dah cukup boleh cuti 9 hari apa. Tapi aku ambik 1 day je coz AL aku dah tinggal 3 hari je lagi. Ni utk emergency case je

Last week aku & husband memang ambik cuti hari jumaat tu tapi kami menuju ke destinasi yang berlainan. Husband aku & family dia terbang ke Papar, Sabah coz BIL aku kahwin ngan orang sana.

Kenapa tak ikut? Terang2 aku cakap sebab kewangan. Ticket ke sana je sudah berapa. Dan kesemuanya perlu ditanggung sendiri. Better husband sajelah yang pergi coz ke sana bukan makan angin.

Kalau makan angin nak jugak pergi tapi tak jugak kot coz dah booking ticket, transport & homestay untuk percutian ke Sarawak next year. Duit dah habis kat situ, so ada budget sikit2 aku buat keputusan ikut family aku balik ke Kelantan.

Bermula petang Rabu meninggalkan my by by yang akan bercuti jauh tu. Ahad malam kami dah sampai KL, tapi my by by sampai KL Isnin malam. Sian dia, flight delay almost 4 hours coz sepatutnya pukul 3 dah departure dari KK tapi ribut petir lak.

Pukul 9.30 pm my by by tu sampai kat LCCT.  Tapi lepas settle ngan bagasi semua, kul 10.00 baru nampak batang hidung dia kat luar pintu airport tu.

Ni pun nasib baik adik aku nak pergi dan sudi drive ke LCCT. Kalau harap aku, ambik kat stesen komuter Kepong je.

Bukan senang nak drive kalau ada budak kecik Amni tu. Bukan senang jugak nak tinggal dia sekarang ni. Sungguh drama queen dia tu.

Bila abah dia masuk je kereta, boleh pulak si Amni melalak macam takut ngan orang lain2 selama ni. Bila dah stop nangis, langsung tak nak ngan abah dia waktu abah dia nak ambik.

Bila abah dia geletek dia macam biasa pun, dia tak de ketawa macam biasa. Lebih selesa duduk menyorok belakang aku sambil intai2 abah dia.Bila abah dia agah, dia cuma tersenyum. Pelik betul aku tengok budak Amni ni. Boleh pulak dia tak kenal abah dia.

Sampai ke rumah dan tidur pun, dia amsih lagi tak nak ngan abah dia. Bila abah dia landing atas katil je, dia sanggup dok kat hall ngan aku walaupun kakak dia ada dalam bilik.

Dan petang semalam, keadaan dah macam normal. Dah boleh gurau2 ngan abah dia macam biasa.

Tapi kelakar la budak tu, boleh pulak dia tak ingat abah dia. Macamana la nak pergi buat Umrah tahun depan kalau macam ni. Mampus menangis tak nak ngan aku sekali

Thursday, November 8, 2012

Kuih Talam

Tiba-tiba je tajuk entry macam nak memasak dan bagi resepi je kan. Tapi sebenarnya tak. Mana lah aku pandai buat-buat kuih muih ni. Yang aku pandai dan tau makan je. Memang favorite sangat kuih muih ni.

Balik semula pasal kuih talam ni. Sepanjang 30 tahun aku hidup...eh aku dah tua la...no wonder la adik aku cakap ada sekelompok uban waktu gunting rambut aku..nama je sekelompok tau, tapi cuma tiga urat je yang warna putih..yang lain maintain hitam lagi...

Eh sudah lah,,,, balik cerita pasal kuih talam...sepanjang hidup ni aku cuma tau ada dua jenis je kuih talam. Satu kuih talam tepung, satu lagi kuih talam ubi. Dua-dua pun aku suka.

Aku buat entry ni bukan nak cerita aku suka kuih talam yang mana satu, tapi sebab pagi tadi aku terjumpa orang jual kuih talam tepung. Waktu tengah makan tu, aku teringat la kat arwah abah aku...


Kuih talam tepung yang dah comot. Sedih2 sambil makan. Huhuhu

Abah aku memang sangat suka kuih-muih. Kuih talam paling suka...tapi sebab kuih talam ni dia ada dua lapisan, so kita akan buat pilihan lapisan mana paling sedap kan.

Aku dan abah aku paling2 suka lapisan santan yang kat atas tu. Tepung / ubi yang kat bawah tu kalau sikit / nipis je pun tak pe...janji lapisan santan kat atas tu mesti tebal dan lemak...emm..sedapnya..

Sebenarnya, aku tak tahu pun abah aku paling suka lapisan atas. Sama macam aku. Anak apakah aku ini sampai tak tahu apa kegemaran abah dia..huhuhu..sedih tau.

Macamana leh tau? Macam ni cerita dia...dengar tau...
Baru je arwah 'pergi' , kebetulan ada ubi. So, mak buatkan kuih talam ubi. Dua loyang tau tak silap aku..kalau rumah orang lain boleh sedekahkan kat jiran2 lagi tapi kalau buat kat rumah aku, cukup makan kami adik beradik je. Tak cukup pun ye gak. Sebab kami kuat makan

Kebetulan mak buat santan atas nipis je, so aku tak de mood sangat nak makan. Aku cakap lah sebab santan tu nipis je, lagi sedap kalau santan ni banyak.

Diorang semua berpandangan antara satu sama lain, pastu diorang cakap aku sama je macam arwah abah. Kalau nak makan kuih talam, nak santan tu banyak2.

Adakah ini petunjuk aku betul2 anak abah. Huhuhu..sesungguhnya aku rindukan abah aku bila makan kuih talam ni...huhuhu.........

Friday, November 2, 2012

Karenah Anak

Ada dua orang anak aku rasa sudah cukup kot kalau fikir letih melayan karenah budak. Penat sih dengan dua orang anak dara aku ni yang tak tahu penat.

Aku tak tahulah anak aku je atau anak orang lain pun sama macam aku. Diorang macam ada energy yang sentiasa bertambah tanpa ada pengurangan walau sedikit pun.

Kalau tak pukul 12.00 malam, lagi tu tak tidur. Kadang sampai aku naik hangin tau, kita dah mengantuk sangat2 tapi diorang masih lagi turun panjat katil. Kuar masuk bilik punggah mainan. Tidur sekali ngan mainan penuh atas katil.

Sekarang ni Aisy dah pandai mintak nak pergi JUsco atau Tesco. Hari -hari ajak keluar.

Apa yang dia syok sangat kat sana aku pun tak tahu lah. Sudahnya memang setiap minggu kami akan ke Tesco / Jusco. Kalau tak pergi, hari-hari dia tuntut nak pergi. Kalau datang mengamuk dia, menangis macam tahap gaban sampai muntah-muntah.

Bila dah pergi Tesco, macam-macam dia angkut. Sollivite tu dah macam kemestian lak. CD lagu nursery song tu dah berlambak-lambak kat rumah. Setiap kali pergi beli dua, kalau tiga kali pergi tak ke ada enam ke? Kalau 5 kali pergi tak ke 10?

Pastu dalam cd tu semua lagu2 dia cam sama je. Macam nak pecah telinga kau dengar lagu tu. Dua beradik tu bukan main lagi nyanyi2 sambil joget2. Tak kisah lah dalam kereta atau dalam rumah.

Yang kita ni, kat rumah dengar lagu tu, dalam kereta nak pergi hantar ke nursery dengar lagu tu, nak balik kampung dari KL ke rumah mak dengar lagu tu. Last-last muka kitorang ni dah macam "o mc'donald had a farm" dah.

Kalau ke Jusco lak, ini namanya perabih duit. Macam pergi fun fair tu.

Tiap kali pergi mesti habis RM 20.00 untuk semua binatang2 yang bergerak tu. Aku pun tak faham lah apa yang syok sangat budak-budak nak naik benda alah ni.



Setakat goyang-goyang je sambil dengar muzik dan berhenti. Tak pun dapat lah pulas stereng yang tak berfungsi tu. Sampai naik lunyai aku rasa stereng tu..Aisy tak nak jugak berhenti main.



Kalau tak bagi naik dah, mulalah mengamuk-ngamuk nak naik troli. Apa kejadahnya nak sorong troli kalau bukan nak beli barang.

Jusco ni tempat aku kalau nak beli puting botol Avent & baju2 dia nak ke nursery je. Yang lain memang tak belilah melainkan hari Jcard.

Barang agak mahal sikit kat sini tapi apa kejadahnya kalau setiap kali datang hangus RM 20.00 semata-mata alat binatang ni. Siapalah yang cipta alat mainan tak berguna ni.




Buatlah yang advance sikit..ni setakat goyang-goyang je. Tak berbaloi betul.

Pastu kalau masuk Kids Zone lak lagi tak berbaloi. Setakat main plastic ball banyak2, rumah aku pun banyak. Pastu masuk cam castle yang ada papan gelongsor tu, baik gi taman permainan kat rumah je.




Masuk je dah bayar RM 4.00 per kids. Setengah jam extra lagi RM 1.00. Dua budak tak ke RM 10.00 kalau satu jam. Ish-ish...membazir betul.

Moralnya, janganlah ajar anak-anak waktu dia tak pandai lagi main alah benda ni. Kalau boleh jangan ajar langsung.