Aku punya hangin lah sekarang ni bila dok office.
Mana taknya, CCTV direct betul kat meja aku ngan office mate aku. Dah la kami berdua je kat office ni.
Itupun nak intip kami pakai CCTV.
Dulu bos aku pasang CCTV sebab office kena pecah masuk.
Kamera dia pun letak kat pintu masuk.
Lepas dua hari aku MC, Rabu aku start kerja orang pasang CCTV datang alih kamera letak betul2 sebelah aku yang boleh dizoomkan terus kat screen komputer aku ngan Logesh.
Aku nyer ok lagi coz PC masih membelakangkan CCTV tapi Logesh nyer tempat terus depan-depan. Hahaha...
Bos kami nak spotcheck kami buat apa kat office la tu. Ingat aku takut?
Aku dengan selambanya tak buat kerja kalau rasa malas.
Dengan slumbernya jugak aku berfacebooking & berblogging.
Pastu dengan selambanya aku sepahkan macam-macam kertas atas meja aku bajet banyak kerja nak buat.
Bos kami ingat kami ni bodoh sangat agaknya tak terfikir sebab apa dia letak CCTV atas kepala kami.
Kot ye nak pasang CCTV nak intip kitorang, pasanglah camera chip ke pastu janganlah letak screen cctv tu kat office.
Sebab diorang rasa kami ni bodoh, kami pun nak buat kami ni macam bodoh tapi sebenarnya kami adalah orang yang terbijak kat office berbanding bos.
Bos aku bukan orang yang pandai mana pun, belajar pun setakat ada sijil je. Yang seorang ada degree tapi dalam pendidikan bahasa CIna.
Ingat laku ke sijil degree dia tapi dia nyer gah sampai dia nyer degree & gambar dia konvo pun pamer kat depan-depan office.
Patutnya dia lagi appreciate kitorang ni yang setia di sini dan tak juga mengamalkan makan duit jalan belakang.
Kami ni jujur je walaupun banyak nak tawar ngan kami macam-macam, nak belanja makan ke..semua kami tolak coz kerja adalah kerja. Kerja kena ikhlas coz dah dapat gaji.
Dia tak tahu kami berdua nak blah dari sini. Aku dah dapat offer untuk serahkan resume kat dua company insurance ni tapi aku tak juga bagi lagi kat Senior Marketing ni.
Budget confirm dapat je rasanya coz experience dalam insurance dah ada, tambah lak application disokong oleh orang dalam.
Tapi sebelum blah, aku nak settle semua kerja ni..yang penting aku tak tahu nak pass kerja ni kat sape coz ttak de staff back up pun office ni.
Tak kisah, janji kerja aku settle. Yang penting lagi, aku tak nak la tinggalkan company ni dengan meninggalkan nama yang busuk pada mereka pada hal mereka berdua (boss aku) adalah berhati busuk.
Bos aku suka mengutuk sampai sudah kalau ada staff dia berhenti kalau dia rasa tak puas hati. Teruk kan????
Yang penting jugak I should clear my name in all shareholder this group of companies yang datangkan keuntungan pun.
Orang lain jadi shareholder boleh dapat keta sebijik, aku apa dapat? RM300.00 je sebulan ye. Pui..rasa macam nak ludah je boss aku ni.
Orang lain boleh bagi berbelas-belas ribu konon tolong dia submit kertas kerja je tapi padahal paper work tu aku yang bertungkus lumus tak dapat apa pun. Pastu duit tu hangus je coz apa pun approval tak dapat.
Padan muka boss aku. Gila babas aku mengutuk bos aku kali ni.
Aku adalah tersangat marah sekarang ni. Kecik hati pun ye. Aku nak saya goodbye dah kat office ni. Paling lambat awal tahun depan.
2013 aku nak bina kehidupan baru, new life, new career, new office, new colleagues, semua new lah kecuali new husband. Hehehe....
No comments:
Post a Comment