Apa maksud perkataan 'sayang' pada anak kecil yang berumur dua tahun. Apakah dia mengerti maksud sayang yang sebenarnya.
Ni cerita waktu nak balik ke KL ahad lepas. Waktu tu sambil berkemas nak balik ke KL, sempat juga melayan Aisy yang sibuk dengan permainan dia. Sambil tu saje-saje tanya bila dia sendiri berulang kali memberitahu yang dia tak nak salam dengan mak aku.
Setiap kali ingin pulang ke KL, Aisy memang tak nak salam ngan mak aku. Mungkin takut dia ditinggalkan bersama mak, so dia tak nak salam.
Aku saja tanya dia,
Aku : Kenapa tak nak salam mak?
Aisy : Aisy tak nak salam mak
Aku : Aisy tak sayang mak ke?
Aisy : Aisy tak sayang mak.
Aku : Habis, Aisy sayang siapa?
Aisy : (Diam sambil berfikir)
Aku : Abah?
Aisy : Tak sayang
Aku : Mama?
Aisy : Sayang (sambil angguk kepala), Cu. Aisy sayang cu.
Aku : De?
Aisy : Tak.
Aku : Baby?
Aisy : Angguk kepala sambil cakap Aisy sayang baby.
Aku : Uncle?
Aisy : Tak.
Aku : Aunty?
Aisy : Tak.
Aku pun tertanya-tanya sampai hari ni apa maksud dia tak sayang dan apa maksud dia sayang. Walaupun budak kecik umur baru 2 tahun cakap macam tu, terasa sentap jugak kan.
Terutama kalau dia cakap dia tak sayang aku, mesti aku menangis tak berhenti-henti sampai hari ni. Mencari punca kat mana la salah aku sampai budak tu tak sayang aku. Tapi sebab dia kata dia sayang aku, senyum sampai telinga sampai saat ni. Muah, sayang Aisy jugak. Terima kasih kerana menyayangi mama.
Sebab perbualan ni di hadapan suami aku, dan jugak membelakangi C.De dia, dua insan ni tersentap jugak dengan kata-kata budak kecik ni.
Aku cuma mengharapkan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Aisy. Mungkin juga dia masih belum cukup mengerti maksud "sayang" yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment