Friday, March 30, 2012

Apa Erti "Sayang"?

Apa maksud perkataan 'sayang' pada anak kecil yang berumur dua tahun. Apakah dia mengerti maksud sayang yang sebenarnya.

Ni cerita waktu nak balik ke KL ahad lepas. Waktu tu sambil berkemas nak balik ke KL, sempat juga melayan Aisy yang sibuk dengan permainan dia. Sambil tu saje-saje tanya bila dia sendiri berulang kali memberitahu yang dia tak nak salam dengan mak aku.

Setiap kali ingin pulang ke KL, Aisy memang tak nak salam ngan mak aku. Mungkin takut dia ditinggalkan bersama mak, so dia tak nak salam.

Aku saja tanya dia,
Aku : Kenapa tak nak salam mak?
Aisy : Aisy tak nak salam mak
Aku : Aisy tak sayang mak ke?
Aisy : Aisy tak sayang mak.
Aku : Habis, Aisy sayang siapa?
Aisy : (Diam sambil berfikir)
Aku : Abah?
Aisy : Tak sayang
Aku : Mama?
Aisy : Sayang (sambil angguk kepala), Cu. Aisy sayang cu.
Aku : De?
Aisy : Tak.
Aku : Baby?
Aisy : Angguk kepala sambil cakap Aisy sayang baby.
Aku : Uncle?
Aisy : Tak.
Aku : Aunty?
Aisy : Tak.

Aku pun tertanya-tanya sampai hari ni apa maksud dia tak sayang dan apa maksud dia sayang. Walaupun budak kecik umur baru 2 tahun cakap macam tu, terasa sentap jugak kan.

Terutama kalau dia cakap dia tak sayang aku, mesti aku menangis tak berhenti-henti sampai hari ni. Mencari punca kat mana la salah aku sampai budak tu tak sayang aku. Tapi sebab dia kata dia sayang aku, senyum sampai telinga sampai saat ni. Muah, sayang Aisy jugak. Terima kasih kerana menyayangi mama.

Sebab perbualan ni di hadapan suami aku, dan jugak membelakangi C.De dia, dua insan ni tersentap jugak dengan kata-kata budak kecik ni.

Aku cuma mengharapkan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Aisy. Mungkin juga dia masih belum cukup mengerti maksud "sayang" yang sebenarnya.

Friday, March 2, 2012

Anak-Anak

Eceh ceh ceh..tajuk entry sekarang ni bukan main lagi. Yang ni lagi tak boleh blah. Macam ramai sangat ank dia. Baru dua tapi macam nak tambah tiga..boleh tak? Pergi cermin dulu badan yang tak kurus-kurus tu dulu. dah kurus nanti baru boleh tambah anak. Apa kaitan cerita ni?????

Sebenarnya nak cerita perkembangan dua heroin aku dan my by by ni. Dua-dua pun dah besar. Sangat besar dari usia rasanya.

Mulakan dengan Aisy yang akan menginjak ke umur dua tahun pada 19 march ni...huhuhu..dah besar kakak ye...

Kakak nak masuk 2 tahun dah

 
Sekarang Aisy dah pandai bahasakan diri dia kakak. Kalau panggil dia adik dia cakap "kakak". Ok..good..tapi yang tak good nyer, dia pun panggil Amni kakak. Apa kes ni?

Bab bercakap, Aisy memang dah bercakap sepenuhnya walaupun aya-ayat dia dari satu perkatan ke satu perkataan adalah banyak noktah dulu. Macam mengaji tu. Satu ayat tapi dia ada yang dipanjangkan dan ada juga dipendekkan sebutannya. Ni dah kira ok lah...

Tapi ada gak yang tak ok...banyak perkataan dulu dia sebut dengan betul tapi sekarang jadi tak berapa betul dan bunyi dia lain sangat dengan perkataan sebenar. Bila kita betulkan, dia marah lak..tapi tak leh selalu ikut cakap dia. Kita kena ajar perkataan yang betul... so, yang ni dah tak good untuk Aisy.



Angry bird & potato ni paling dia suka

Lagi tak bertambah good adalah dia sekarang adalah suka menangis. Sikit-sikit nak menangis..bila tak bagi melalak. Lama-lama melalak ikutkan jugak kehendak dia. So, she always win even dengan their parents. So, how????? Makin menjadi-jadi manja dia ni.


Muka baru lepas mengamuk
Masih lagi ada sedikit hasad dengki dengan Amni. Kalau dia nak susu ke, kalau Amni tidur ke..dia suka datang dan bagi pelempang kat pipi Amni. Aku pun tak faham kenapa dia nak buat macam tu. Tengah syok-syok Amni nak pejam mata, boleh dia datang bagi pelempang sebiji kat pipi. Dahsyat sungguh la...

Apa sahaja yang kita yang kita cakap kat dia, dia cakap lak kat baby. Contohnya macam ni :-
Situasi Amni tidur.
Aku : Aisy, jangan kacau baby, baby nak tidur.

Situasi Amni tengah mengekek ketawa main-main
Aisy: Baby, jangan kacau baybear. Baybear nak tidur


Muka dengki kat adik coz cakap adik comel pakai topi, dia pun sibuk nak pakai topi gak

Lagi..apa ye nak cerita...rasa macam banyak sangat nak update tentang Aisy ni...ok, bab mengira dia dah pandai. Tapi sampai sepuluh je..walaupun pandai sebut secara tersusun, tapi dia tak faham pun dari segi bilangan yang sebenarnya. Cuma pandai sebut je coz tiap-tiap hari naik tangga aku ajar dia mengira tangga.

Pastu Abc dia kureng sikit coz bila nak ajar dia, dia lak nak ajar aku balik. Tapi bab mengaji aku suka. Dia dah pandai baca alif ba ta tu. tapi sampai huruf zal je..pastu kalau nak makan dia baca doa tu. dalam bahasa dia la, tapi aku akan bacakan doa yang sebetulnya. Nak tidur pun sama.

Bab mengenal animal, transport pun dah kira ok la budak ni. Ada masa rajin nak belajar, ada masa kita yang diajarnya.

Tak sampai sebulan, birthday dia lak, aku tak tahu nak bagi dia hadia apa...nanti kena cari la...

Sampai masanya nak cerita tentang budak bam bam ni..Amni dah meniarap. Sedikit awal dari Aisy. Amni meniarap di usianya 4 bulan 8 hari. Sebelum tu terlalu gigih berusaha untuk meniarap ko...sampai berbunyi-bunyi nak terbalikkan badan. Akhirnya berjaya gak.

Amni suka tarik stokin

 
Amni sekarang dah boleh nampak dalam keadaan jarak yang jauh dah sekarang ni. Terutama aku lah yang dia nampak. Bila nampak muka mama dia, tak de benda lain dia nak..nak bergantung je lah...suara pun tak boleh dengar. Kalau dengar suara mama dia, dah tak nak dengan orang lain.

Amni jugak macam dah pandai nak berdengki-dengki dengan kakak dia. Dah pandai macam nak berlumba ngan kakak dia. Kalau kakak dia makan, dia pun nak makanan yang kakak dia makan. Kalau kakak main, dia pun nak mainan yang kakak dia main. Kalau kakak duduk atas riba mama, dia pun nak mama jugak. Kalau kakak berlari, dia pun macam nak berlari jugak...


Budak bam bam yang dah besar ni

 
Aku masih lagi gagal untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada Amni even dah beli electric pump. Macamana ni? Masa lunch hour yang cukup untuk makan dan sempat pump untuk 8/9 oz je untuk Amni. Bila balik rumah memang tak de masa ,langsung nak mengepam susu. Terpaksa jugak bekalkan susu formula untuk bam bam ni.

Last sunday, Amni jugak sudah selamat disunatkan pada usia 4 bulan 23 hari. Akikah sudah, cukur jambul sudah, sunat pun sudah. Dua -dua heroin sudah selesai bab yang ni. Tinggal baki lagi nak membesarkan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat je lagi sehinggalah mereka berdua dinikahi. Huhuhu...janganlah cepat sangat masa berlalu..belum puas bermanja dengan budak kecik dua orang ni

Thursday, March 1, 2012

Dari Melaka Ke Negeri Pahang, Singgah Sebentar di Johor Bahru

Tajuk entry bila dah lama tak buat entry memang gila sikit. Maklum la..lepas gian. lama tak update blog. Nak update pun cerita basi.

Penutup 2011 hari tu berkesempatan ke Pasir Gudang menghabiskan duit minyak dan tol. Duduk sana tak panas punggung pun dah balik. Hahaha..

Pergi ke sana hanya teringin nak tengok rumah baru abang aku yang dah siap sepenuhnya tapi rumah dia tak jugak siap-siap renovationnya coz buat sendiri. Nak jimat sangat tu la gayanya. Tak sudah-sudah.

Rumah yang kami stay dua malam tu terletak kat Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tidur memang 2 malam tapi kami pergi satu hari je. Biasa kan 3D 2N tapi kami 2N 1D. Pelik tak??????



Ni kat rumah abang, Bukit Dahlia. Rumah kosong je tak de barang coz tak siap renovation lagi.

Mana taknya, kami bertolak pas Isyak dari KL dan sampai di JB kul 12.00 malam. Sampai tidur dan bangun pagi baru jalan-jalan. Malam tidur, esok pagi-pagi dah balik KL. Tak ke 2N 1D kalau macam tu.

Pergi ke JB kali ni sempat ke Wilayah Iskandar yang tak berapa siap tu lagi. Pastu ke Danga Bay. Cuaca lak tak begitu cantik. Hujan je sepanjang hari.







Niat nak makan malam di luar jugak terbantut disebabkan kedatangan Ustaz Idrus ke masjid berdekatan dengan rumah abang aku. So, mak & abang dan juga hampir suami aku terpergi ke masjid dan balik rumah dalam kul 11.00 lebih.




Sama tak kami berdua? Sama tapi tak serupa

Banyak tempat aku rindu nak tengok. 1st adalah UTM...huhuhu..pastu rindu nak tengok rumah lama kat Melawis, Jusco Taman U, kedai-kedai makan kat taman U terutama otak-otak, kedai gambar aunty (mak ajak buat family potret kat sana tapi semua pun tak pergi), Skudai Parade (tempat main bowling tu), Plaza Angsana....lain kali lah pergi lagi.

Dah sampai JB tapi aku tak contact pun kawan-kawan aku ni walaupun nak jumpa sangat. Next time stay lama sikit kat sana baru leh buat macam-macam....