Susah sangat rasanya sekarang ni nak luangkan masa sikit untuk update blog. Rasa nak je stop buat kerja sekejap then update blog.
Sekarang aku sibuk dengan fail-fail permohonan program pemutihan yang tinggal beberapa hari je lagi nak close. Bila nak close, makin banyak pulak majikan yang hantar permohonan. Sampai kerja account aku tak update seminggu.
Balik rumah pulak tak sempat langsung nak berblog ni, sampai je rumah si Amni dah menunggu nak bergantung. Si Aisy lak dah menunggu nak ajak mandi. Mujurlah dua budak kecik ni tidur awal so boleh lah aku settlekan kerja-kerja mencuci baju-baju diorang ni.
Terlanjur dah ada masa sikit ni, nak update cerita Amni & Aisy yang sudah menjadi kawan.
Lately ni, bila Aisy sudah biasa ke nursery, pagi-pagi nak hantar dia ke nursery, dia mesti salam dan cium Amni dulu. Lepastu mesti tanya "Baby?". Dia nak bawa baby sekali. Last week pergi JB aunty dia nak ambik baby tinggal kat sana pun dia tak bagi. Dia nak dukung naik kereta.
Bila dah balik rumah dari nursery pun, dah kurang "hadiah" dia bagi kat Amni. Pandai lak dia jaga Amni. Kadang dia usap Amni sambil menepuk Amni bagi tidur. Kalau Amni tidur, dia akan datang dan cium Amni. Kalau dia tengok Amni tak berselimut, dia akan ambik kain napkin atau selimut, dan slimutkan Amni. Dia kata "baby sejuk".
Dalam baik dan sayang dia pada Amni, adakalanya ada juga hadiah dia bagi pada Amni. Itu kalau kita tegur dia banyak sangat bila dia dok baik ngan Amni. Kita ni bukan apa, takut dia terjatuh atas Amni ke, terpijak Amni ke...bila dah tegur-tegur dia, dia bagi lah "hadiah" kat rambut atau muka Amni. Sila jangan tegur dia kalau nampak dia tengah baik-baik je dengan Amni.
Amni lak sekarang dah pandai nak main ngan kakak dia. Kalau Aisy ada sebelah dia, riuh je mulut dia bercakap. Ketawa dan sengih-sengih kat kakak dia. Memang suka lah tengok dua beradik ni.
Minggu depan last mak aku jaga Amni, lepas tu, dua-dua dok nursery. Hope mereka berdua baik-baik je. Yang risau sekarang ni Amni coz dia tak nak dok seorang-seorang. Mak cakap, dia tak tidur pun seharian, sampai nak solat pun susah. Dia nak orang bercakap je dengan dia. Kalau nak tinggal solat pun kena bagi dia minum susu then cepat-cepat solat sementara dia tengah berkuak-kuak tu. Em, tak tahulah nanti kat nursery macamana.
Mak aku mintak nak letak Amni kat kampung je, tapi aku tak nak lah. Reason aku bagi 1st, tak nak lah susahkan mak bangun tengah-tengah malam nak bagi Amni susu. Itu bagi alasan kat mak tapi untuk diri sendiri, biarlah susah macamana pun aku tetap nak jaga anak aku sendiri. Tak nak jugak susahkan mak. Another thing sebenarnya nak breastfeed kan Amni.
Dulu waktu Aisy dah banyak tinggal dia ngan mak coz banyak sangat sebab tapi aku berulang tau dari KL - Raub. Aisy dulu pun tak sempat nak breastfeed dia lama coz bila dia selesema je dia terus tak nak breastfeed. Terus stop, so yang second ni nak bagilah dia susu yang terbaik sementelah dia terpaksa memakai semua baju Aisy. Hehehe..Ada jugak baju baru tapi tak banyak...baju pakai hari-hari kat rumah semua baju Aisy..macam Aisy selalu cakap "Kesian..."
Lain kali update lagi. Banyak nak update cerita kelik kelate awal bulan hari tu, pergi JB last week. Nak cerita kena ada pic baru best kan.
No comments:
Post a Comment