Friday, December 30, 2011

Rumah Kena Simbah Cat

Jeng jeng jeng..rumah aku kah??No no no...Rumah sebelah aku yang kena simbah cat.

Pagi tadi keluar je rumah husband aku suruh tengok rumah sebelah. Terkejut aku tengok pintu, grill & dinding luar rumah dia disimbahi cat merah. Ada juga satu kain rentang merah tertampal di dinding.

Kalau selama ni dok tengok dan dalam berita je, kes wan nor azlin tu kan...ni depan mata aku lak. Dahsyat sungguh kalau berhutang ngan along ni.

Sebelum ni along tu pernah mengetuk pintu jiran aku tapi tak pernah buka. Pastu dia rantai grill rumah jiran aku tu. Kalau malam-malam je mesti dengar bunyi orang mengetuk pintu macam nak pecah.

Pernah jugak along tu bertanyakan aku tentang jiran rumah aku tu coz aku terbuka pintu bila dengar bunyi bising. Muka tak macam along langsung. Macam orang biasa je tak la berpakaian macam gangster ke..macam dalam cerita tu..siap tunjukkan aku surat pinjaman yang jiran aku tak bayar lagi..

Along tu jugak cakap ngan aku dia takkan ganggu jiran. Em..tak kisahlah...yang penting jangan kacau rumah aku dah la..tapi takut gak kalau lepas-lepas ni ada lak ayam tergantung kat grill...seram aku...

Moralnya, janganlah meminjam kalau tak mampu nak bayar. Cukuplah dengan apa yang ada. tak kisah lah institusi apa pun nak meminjam. Muhasabah diri.....

Thursday, December 29, 2011

Aisy & Amni

Susah sangat rasanya sekarang ni nak luangkan masa sikit untuk update blog. Rasa nak je stop buat kerja sekejap then update blog.

Sekarang aku sibuk dengan fail-fail permohonan program pemutihan yang tinggal beberapa hari je lagi nak close. Bila nak close, makin banyak pulak majikan yang hantar permohonan. Sampai kerja account aku tak update seminggu.

Balik rumah pulak tak sempat langsung nak berblog ni, sampai je rumah si Amni dah menunggu nak bergantung. Si Aisy lak dah menunggu nak ajak mandi. Mujurlah dua budak kecik ni tidur awal so boleh lah aku settlekan kerja-kerja mencuci baju-baju diorang ni.

Terlanjur dah ada masa sikit ni, nak update cerita Amni & Aisy yang sudah menjadi kawan.

Lately ni, bila Aisy sudah biasa ke nursery, pagi-pagi nak hantar dia ke nursery, dia mesti salam dan cium Amni dulu. Lepastu mesti tanya "Baby?". Dia nak bawa baby sekali. Last week pergi JB aunty dia nak ambik baby tinggal kat sana pun dia tak bagi. Dia nak dukung naik kereta.

Bila dah balik rumah dari nursery pun, dah kurang "hadiah" dia bagi kat Amni. Pandai lak dia jaga Amni. Kadang dia usap Amni sambil menepuk Amni bagi tidur. Kalau Amni tidur, dia akan datang dan cium Amni. Kalau dia tengok Amni tak berselimut, dia akan ambik kain napkin atau selimut, dan slimutkan Amni. Dia kata "baby sejuk".

Dalam baik dan sayang dia pada Amni, adakalanya ada juga hadiah dia bagi pada Amni. Itu kalau kita tegur dia banyak sangat bila dia dok baik ngan Amni. Kita ni bukan apa, takut dia terjatuh atas Amni ke, terpijak Amni ke...bila dah tegur-tegur dia, dia bagi lah "hadiah" kat rambut atau muka Amni. Sila jangan tegur dia kalau nampak dia tengah baik-baik je dengan Amni.

Amni lak sekarang dah pandai nak main ngan kakak dia. Kalau Aisy ada sebelah dia, riuh je mulut dia bercakap. Ketawa dan sengih-sengih kat kakak dia. Memang suka lah tengok dua beradik ni.

Minggu depan last mak aku jaga Amni, lepas tu, dua-dua dok nursery. Hope mereka berdua baik-baik je. Yang risau sekarang ni Amni coz dia tak nak dok seorang-seorang. Mak cakap, dia tak tidur pun seharian, sampai nak solat pun susah. Dia nak orang bercakap je dengan dia. Kalau nak tinggal solat pun kena bagi dia minum susu then cepat-cepat solat sementara dia tengah berkuak-kuak tu. Em, tak tahulah nanti kat nursery macamana.

Mak aku mintak nak letak Amni kat kampung je, tapi aku tak nak lah. Reason aku bagi 1st, tak nak lah susahkan mak bangun tengah-tengah malam nak bagi Amni susu. Itu bagi alasan kat mak tapi untuk diri sendiri, biarlah susah macamana pun aku tetap nak jaga anak aku sendiri. Tak nak jugak susahkan mak. Another thing sebenarnya nak breastfeed kan Amni.

Dulu waktu Aisy dah banyak tinggal dia ngan mak coz banyak sangat sebab tapi aku berulang tau dari KL - Raub. Aisy dulu pun tak sempat nak breastfeed dia lama coz bila dia selesema je dia terus tak nak breastfeed. Terus stop, so yang second ni nak bagilah dia susu yang terbaik sementelah dia terpaksa memakai semua baju Aisy. Hehehe..Ada jugak baju baru tapi tak banyak...baju pakai hari-hari kat rumah semua baju Aisy..macam Aisy selalu cakap "Kesian..."

Lain kali update lagi. Banyak nak update cerita kelik kelate awal bulan hari tu, pergi JB last week. Nak cerita kena ada pic baru best kan.

Tuesday, December 20, 2011

Rahadatul Aisy

Lama tak buat entry tentang Aisy. Budak kecik tu dah besar sangat-sangat dah. Mula cerita tentang fizikal dia lah.

Aisy makin montel...sudah 13kg, dah tak larat nak dukung dia sebenarnya. Tapi sebab kurang sihat untuk seminggu yang lepas, kelihatan sedikit susu berat badan dia. Paling ketara adalah perutnya tak muncit macam biasa. Hehehe..

Budak kecik tu dah makain bijak. Nama kitaorang semua dia dah hafal. Kalau bercakap tu semua perkataan pun dah boleh bercakap. Yang penting bercakap pun dah macam orang besar.

Dua bulan dok ngan aku, seminggu nak hantar ke nursery, masalah la timbul. Dia nyer melalak je kat sana pagi-pagi. Start semalam je baru ok. Kalau tak, dia asyik menangis je tak nak pergi school bila pagi nak hantar dia.

Bukan setakat melalak nak pergi nursery, Aisy kuat mengigau gak sekarang ni. Hobi dia lak melalak dalam mengigau tu. Kalau Amni tidur nyenyak, Aisy lak tidur tak lena. Dia lena lah kot sebab dia tak sedar pun. Yang sedarnya aku lah, kalau tak melalak 3 x dalam satu malam tu, tak sah lah tidur dia. Aku rasa aku kena perubat jugak budak kecik ni. Takkan nak biar lama-lama.

Ada masanya Aisy adalah kakak yang sangat penyayang. Semua yang ada dia nak share ngan Amni. Kadang nak tidur pun nak Amni tidur ngan dia. Tapi bila datang dengki dia, habis kepala Amni jadi bahan cakaran dia. Itu tanda protes, sila tanya dia apa dia nak sebenarnya sebelum lagi banyak "hadiah" Amni dapat.

Dalam nakal Aisy, dalam baik Amni, aku enjoy sangat hidup ni. Ada masa rasa nak marah sampai tahap jadi singa, tapi bila Aisy ketawa dan kadang-kadang dia buat bodo je, aku yang kalah. Terus peluk cium dia. Aisy banyak mengajar aku tahap mengawal perasaan marah. Kadang mulut aku je bising panggil2 Aisy, tapi sentuh dia dengan kekasaran tak pernah sekali. Marah marah sayang. Tapi yang nyata, Aisy adalah kakak yang sangat boleh diharapkan untuk meringankan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah....

Amni

Dah nak masuk 2 bulan lebih dah budak kecik tu tapi tak buat pun entry tentang bdak yang super baik tu lagi. Betul2 tak de masa. Hari ni genap umur Amni 79 hari. Baru ada masa sikit nak buat entry untuk anak mama yang seorang ni.

Perasaan menjaga Amni adalah super best Amni tak banyak karenah. Dari dia mula lahir sampai la ni. Baik je dia. Dia akan menangis bila lapar. Bila dah kenyang dia tidur je. Tak campur hal orang langsung.

Tapi bila dia dah nak masuk dua bulan hari tu, dia dah pandai demand. Nak duduk luar. Dah tak mau dok sorang2 dalam baby court dah. Disebabkan adanya budak nakal yang sentiasa dengan hasad dengki, Amni asyik kena cubit je bila dia dok lepak kat luar. Eh..eh..eh..anak aku dah pandai melepak la..

Bila dah masuk dua bulan, Amni dah pandai nak ketawa2 bila kita agah dia. Dah pandai nak main2. Dan yang penting, dia macam dah kenal siapa mama dia. Kalau sebelum ni, kalau lapar je, siapa dukung dia, dia terus je nak sua-sua mulut dia nak mintak susu. Sekarang dah pandai. Dengan mama dia je dia sua-sua mulut nak menghisap.

Dari mula lahir sampai hari ni, dia kuat menangis. Kalau bangun tidur je, terus menangis. Kalau tengah menghisap pun nak nangis. Pendek kata, eh bukan abang pendek kata,,,,dipendekkan cerita la maksudnya, Amni ni kuat menangis tapi itu gimik dia je. tak pun taktik dia je.

Dengan Amni gak aku tak payah nak terbongkok-bongkok tengah malam sambil tersenguk-sengguk menghadap dia nak breastfeed. Tapi kalau siang nak sampai kul 10.00 malam tu dia "bergantung" je la kerjanya. Malam lapar sangat je bangun. Dipendekkan cerita, aku boleh tidur...yahoooooo....tapi tak yahooooo gak..aku tak boleh tidur sebab ada gangguan di tengah malam..nanti aku cerita dalam cerita Aisy lak.

Tapi sayangnya, sampai ke hari ni ruam susu Aisy tak hilang2. Sian dia. Baik je, naik semula. Tambah lak kalau kena panas, lagilah naik merah2 muka dia. Tak tahu dah nak buat macamana. Aisy dulu kejap je. Lepas aku habis pantang 44 hari, dah hilang ruam susu dia.

Dengan Amni, walaupun tak la berjaya mem"breastfeed"kan dia 100%, tapi Amni lebih banyak dapat khasiat susu badan berbanding Aisy dulu. Sebab sedar kebaikan breastfeed, aku pump jugak la dengan pump manual waktu kerja. Tapi hasilnya hanya sedikit. Cukup lah menampung 3 botol untuk Amni menghisap untuk keesokan harinya. Yang lain top up ngan susu lembu je lah. Nak beli pump electric tak jadi-jadi lagi ni. Mana lebih baik? Beli online ke direct kat kedai? Kalau kedai, nak cari kat mana? Kedai basikal ada tak? Hahaha...

Cukup lah sampai sini dulu tentang Amni. Bahagia betul kalau Aisy macam Amni. Mudah betul la perjalanan aku nak besarkan anak-anak. Tapi Allah tu dah ciptakan setiap manusia tu tak sama sifatnya. Kena banyak kesabaran untuk besarkan anak yang sedikit nakal dan terlalu bijak itu.

Friday, December 16, 2011

Aku Dihambat Masa Lagi..

Terlalu lama blog ni tak di update dengan cerita2 yang syok sendiri. Kalau ada readers yang ternanti-nanti, aku mintak maaf la ye..eceh-eceh...macam la ada pembaca setia. Boleh blah la kau ni..selalu syok sendiri je.

Kalau minggu lepas kata nak update, tapi sampai dua minggu kerja pun tak ada entry baru yang update. Apa cerita ni? Adakah aku sudah bosan dengan ini blog. Oh tidak. Masih belum bosan. Masih baru berblogging ni. Masih sayang untuk tinggalkan dan rasanya tak kan tinggalkan. Maklum la, kan ada pembaca setia. Eceh-eceh, sekali lagi aku terperasan. Pang..Tolong tampar aku pagi-pagi ni. Kuat benar perasan. Hai Nani, thanx jadi readers yang setia.

Kenapa tak update blog??? Aku busy betul banyak sangat kerja. Alasan betul la kau ni..Malas cakap la malas..eh eh eh..bukan malas tau, tapi betul2 banyak kerja. Sekarang kat office just ada 2 orang je staf. Kerja lak macam langit. Tercapai dek awan..macam lagu sape yek? Lagu hafiz tu Awan Nano..lebih kurang lah..

Balik rumah pulak nak minum air pun tak sempat inikan pulak berblogging..sungguh mencabar kesabaran bila beranak dua ni. Tambah lak yang 1st masih lagi dikira tahap baby sebenarnya. Padanlah muka kau. Yang kau beranak tiap-tiap tahun kenapa? Ada orang paksa kau beranak tiap-tiap tahun? Tapi anak ramai kan best.Sekarang pun dah meriah, boleh plan nak tambah seorang lagi tahun depan ke tahun lagi satu yek?

Balik je dari Kelantan hari Sabtu yang lepas, aku satu family tak sihat. Mulanya aku je batuk-batuk, pastu Aisy lak berjangkit. Pastu makin melarat-larat lak. Dari batuk ke sakit kepala, pastu selesema..pastu demam lak.

Dari aku berjangkit ke Aisy, pastu my by by lak..pastu Amni lak. Kesian budak kecik Amni tu, dia kena selesema gak. Kesihatan aku lak tak surut2 coz aku tak makan ubat sebab bf Amni. Tambah buruk bila Amni tak boleh tidur malam, dan aku jugak turut tak tidur sedangkan mata aku dah cukup rabak menahan panas dalam. Semoga kami sekeluarga di berikan kesihatan yang baik selepas ni. Eleh kau ni, tahun ni baru ni lah kau demam pun. Tapi boss kau tak bagi kau MC...apa cer???????? ---Resign----

Banyak nak update cerita terutama tentang Amni yang baik,muah muah muah. Aisy yang nakal, waa waa waa. Rumah yg "sweet home", huhuhuhu. Musim buah, Kelik Kelate, nak pergi JB, saiz badan yang berkembang sama besar dengan perkembangan harga nilai emas...hahaha..lebih baik aku chow dulu sebelum aku mengarut lagi. Otak yang tak sihat kalau lama-lama depan komputer akan lebih ting tong.

Monday, December 5, 2011

Welcome Back To Office

Sudah lebih dari 63 hari bercuti, dan hari ni aku kembali bertugas. Terlalu banyak kerja tapi tak tahu nak mula dari mana.

Terlalu banyak jugak cerita untuk di update tapi tunggu bila free sikit nanti. Bila semua kerja dah settle. Banyak betul cerita tentunya tentang Aisy dan ada jugak cerita tentang Amni.

Nanti update yang terpanjang lak. Chow dulu