Wednesday, June 7, 2023

Tahun 2023 Sudah

 Assalamualaikum...

Fuh..fuh..fuh..kena tiup2 dulu blog ni..dah penuh dengan sarang spider..takut pula nak terus masuk..hihihi..

Hampir lima tahun blog ni ..freez terus..dah jadi frezer kot..tiba2 terjumpa blog dan sign in..masih ingat kata laluan..sebab tu kena buat password yang memang hujung jari je..

Nak cerita apa pun tak tahu..dalam lima tahun ni macam2 dah jadi..

Tahun 2020

Semua kena lockdown..sempat balik ke KL sebab ingat sekejap je..rupanya sampai la hari raya..1st time tak dapat balik raya kat kampung..alhamdulillah..Covid 19 makin ok waktu tu kat Malaysia, so dah boleh rentas negeri. Walaupun Syawal dah hujung2..sempat la juga bergambar raya..tapi tak sangka tu gambar raya terakhir dengan mak..

Lepas PRN Sabah, waktu tu bukan setakat negara huru hara dengan Covid 19, tapi Malaysia pun huru hara dengan mainan orang politik ni..sampai ni pun masih huru hara..tak  tahu la apa nak jadi dengan negara kita ni..sambung balik lepas PRN Sabah, kes covid makin naik..Selangor nak buat PKPB..sempat lari ke kampung..

Seronok duduk kat kampung walaupun line internet krik krik..Pahang tak PKPB, so kita seronok boleh jenjalan dalam negeri...pergi Cameron tak de orang..pergi Kuantan..tak de orang...seronoknya..tak payah nak jam2 dalam kereta..

Walaupun Selangor dah habis PKPB waktu tu, aku masih berulang ke KL, masuk offc hari Rabu, pastu balik semula ke kampung..Alhamdulillah..husband aku siap tanam pokok sawit utk tanah sekangkang kera hasil dari PKPB...

Dalam gembira, mesti ada duka..tiba-tiba mak kena stroke waktu nak mandi balik dari dialisis. Aku ada je kat dapur tu tengah memasak. Aku perasan mak ni kenapa senyap je, lama pula tu..selalu dia mana mandi lama2..jirus2 je sebab nak ambil wuduk solat Zohor..tolak pintu bilik air tengok mak terbaring kat atas lantai. Kerusi yang dia selalu duduk tu terbalik tapi tak tahu la dia sempat duduk atau sebab dia terlanggar waktu rebah..kejut2 mak dalam mamai dan tak ingat apa2 dia buka mata dan bangun tapi dia macam hypo..maybe gula terlalu tinggi sebab minum air kotak sebelum mandi atau gula terlalu rendah..aku tak berani nak cucuk insulin. Call adik aku minta dia balik..aku tak pandai nak check gula tu..takut pun ye gak dengan jarum2 ni..

Sedih tengok keadaan mak waktu tu..dengan negara yang kejap PKP, kejap PKPB..aku takut kalau aku tersangkut kat KL, tak sempat nak balik jumpa mak. Alhamdulillah, walaupun tak sembuh betul2 sembuh, bila keluar dari Hopstal  Bentong tu, dia makin ok. Yang tak ok percakapannya je..dia tak tahu nak sebut apa yang dia nak..

PKP paling panjang bermula..dengan raya tahun 2021 sekali lagi tak boleh balik kampung. Bukan setakat lepas raya, dah vaksin dos pertama pun tak boleh balik lagi. Tiba2 mak dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas. Dapat rentas negeri 3 hari..alhamdulillah..sempat tengok mak kat hospital, pastu esok tu mak boleh keluar dah..

Dua minggu lepas discharge, masuk lagi tapi kali ni Hospital pun tak boleh melwat dah. Aku tak mohon balik pun dengan harapan mak ok. Rupanya tak ok..mak dipindahkan ke IJN...sempat jumpa mak waktu nak masukkan ke wad..

Mak kena proceed juga operation walaupun berisiko..kalau tak operate, tak boleh dialisis..nak boleh ke operation tu, lama la juga sebab tiba2 kena kuarantin sbb ada patient sebelah katil positif. Dengan adik aku sekali kena kuarantin kat wad isolasi..lepas kuarantin tu baru la operation. Hati berdebar tunggu panggilan dari IJN, alhamdulillah..mak survive..dua minggu kat ICU, dah boleh pindah wad..ingat lagi hari tu, hari Raya Haji, adik yang datang jaga mak kat wad. Macam harapan palsu je dapat tau, mak akan sembuh..

Lepas dua minggu di wad, luka operation mak tak sembuh..darah mengalir tak berhenti. Sampai luka tu disambungkan dengan VAC untuk sedut darah..Aku take turn jaga mak, dan first time juga jaga mak kat IJN ni..sedih tak tahu nak gambarkan macamana bila doc kata tulang dada mak tu tak bercantum, diorang akan proceed 2nd operation utk cantumkan semula tulang tu..tapi keadaan mak makin worst..banyak memori makin hilang sebab telan pil tahan sakit 4 jam sekali..bukan setakat tak ingat, tak sedar..mamai..mengantuk..kalau sedar dia akan menangis merintih kerana sakit..

Pagi Rabu tu darah membuak2 keluar dari luka operation..kesian sangat kat mak..apa sahaja surah yang boleh aku bacakan utk dia baca, aku baca..terutama surah Al-Fiil tu..semoga Allah dapat hilangkan rasa sakit tu macamana tafsir dalam surah Al-Fiil yang mana burung2 telah memusnahkan tentera bergajah dengan balingan batu2..aku berharap dengan bacaan surah tu Allah hapuskan rasa sakit mak aku..

Dari hari Khamis nak operation..drag ke Jumaat pagi..aku terpaksa kosongkan bilik..terpaksa balik sebab mak akan ditempatkan di ICU selepas operation....Ya Allah, sangat hancur hati ni..operation tu bukan boleh cantumkan tulang yang tak sama, tapi terpaksa buang semua tulang yang ada sebab tulang rapuh...solution???Next operation..guna otot untuk ganti tulang...remuknya hati..Allah je yang tahu..

3rd operation, ambik otot2 sebagai ganti tulang untuk cantum luka operation..done..tapi mak dah tak sedar...walaupun berjaya, luka makin sembuh tapi infection di mana2..doc2 semua try hard utk selamatkan mak. Nak bantu pernafasan mak, diorang buat operation lagi..tapi tak membantu juga..aku pun sampai  dah tak ingat berapa kali mak masuk OT...sampai la tahap doktor panggil waris, kami wakilkan adik untuk sign surat kebenaran untuk tidak lakukan lagi CPR sebab mak berhenti bernafas hampir 15 minit..

Itulah sehabis usaha diorang...kami dibenarkan bergilir-gilir lawat mak..sedih..aku orang pertama yg sampai bila doktor bagi kebenaran melawat..mak macam seolah2 sedar..buka mata memandang dan berbunyi seolah bercakap..mata dia memandang tapi macam tak nampak..gerak2 kan tangan ke arah aku dan bercakap..apa yang mak nak pesan aku pun tak tahu...aku cuma boleh bisikkan kalimah syahadah dan bacakan yassin je..peluk mak ketat2..lama tak jumpa..lama terpisah sebab tak boleh rentas negeri, tak boleh melawat mak walaupun dua hari sekali datang ambik baju kotor mak utk basuh..

22hb September, jam 12 lebih je..baru je bertukar tarikh, mak pergi menghadap Ilahi..terlepas semua sakit mak..kami adik beradik decide mandikan mak di hospital saje sebab masih PKP kan..takut macam2 prosedur pula..kami 3 beradik perempuan direzekikan mandikan mak dengan dibantu seorang ustazah. Solatkan mak sebelum bergerak naik van jenazah. Aku dengan rela hati yang nak teman mak..sebab hari tu dah janji nak hantar mak balik. Hari ni mak balik rumah juga..untuk yang terakhir...