Thursday, April 6, 2017

Frazer Hill, The Little England

Salam...

Lama tak update gi jalan-jalan. Sempena cuti sekolah yang lepas, kami gi jalan-jalan gak tapi tak pergi jauh pun. Maklum la, kesihatan emak tak berapa mengizinkan. Itu pun, trip kali ni tak pasti kenapa dia tak nak ikut. Selalunya pantang nak jalan ke mana, cepat je dia bersiap naik kereta. Kadang nak pergi beli breakfast pun dia ikut sama naik kereta.

Frazer Hill ni tak plan langsung nak pergi. Lepas breakfast masih bersantai atas kerusi sambil borak-borak sehinggalah adik aku ajak naik ke Frazer Hill pada hal jam dah pukul 10.00 pagi. Siap jugak la walaupun mak tak nak ikut tetapi sebab Aisy dah mengamuk nak pergi pulak.

Walau berat hati tinggalkan mak seorang diri, tapi sebab kami pergi sekejap je, mak pun kata dia ok, kami pergi sahaja la.

Perjalanan dari bandar Raub ke Frazer Hill dalam 45 minit je. Itupun memang sangat slow je bawa kereta sebab jalan memang tak berapa ok. Bukan sahaja bengkang bengkok, jalan juga banyak rosak. Ramai yang kata lebih baik ikut Kuala Kubu Bharu, jalan lebih elok.

Kalau dulu waktu zaman aku sekolah, ramai kawan-kawan yang sama tinggal kat hostel memang budak Frazer Hill ni. Diorang memang pandai berbahasa Mandarin sebab bersekolah di SJKC. Pernah rasa nak ikut diorang balik time boleh balik, tapi sampai aku form 5 pun aku tak pernah ikut diorang. 

Dulu Frazer Hill ada time nak naik dan turun. Bas dari Raub pun just sampai gate je, nak naik sampai atas sama ada parents yang ambil atau naik la pengangkutan yang ada kot.

Dari perhatian aku la, bas macam tak naik sampai atas sebab jalan sangat curam. Waktu aku pergi tu, bas banyak yang park kat gate bawah je. Nak naik ke atas ada dalam 8km dan bila sampai kat atas..terus je nampak mercu / arca / jam tanda Frazer Hill ni. Ni memang port wajib ambik gambar sebagai bukti dah sampai The Little England ni.

1st tempat kami pergi Horse Riding. Kenderaan dilarang masuk rupanya tapi sebab waktu kami sampai tu, gate buka seluas-luasnya dan signboard larangan tu tak nampak. Bila dah park lama la jugak sibuk bergambar bagai, baru sibuk nak tanya macamana nak naik kuda tu. Waktu tu la baru penjaga kaunter cakap tak boleh park dalam. Hehehe..bertuahnya la budak tu...

Untuk Horse Riding ni pakej kalau untuk kanak-kanak dengan parents RM 11.00. Ye la, kaki budak kan tak sampai nak kena letakkan kaki kat tempat pemijak kaki tu. Maka aku terpaksa la naik 3 round bawa budak 3 orang sebab adik aku tak nak naik pulak dengan salah seorang budak-budak ni. Sakit peha aku terkangkang atas kuda tu, aku kan bukan tinggi mana.

Kat area horse riding ni ada juga memanah tapi kami tak cuba pun. Maklum la, waktu tu hujan dah turun renyai-renyai. Kami berpusing je area situ tak tahu nak ke mana lagi.

Tapi memang super natural la kalau pergi sini. Dengan flora fauna yang tak ada gangguan, sangat menyegarkan..nyaman..dan syok je. Macam kalau tarik nafas tu rasa dapat bernafas dengan lega je..memang cuaca tak la sejuk sangat, tapi nyaman je.

Yang paling best, kami terjumpa dengan seekor monyet yang sangat lain spesisnya dan rasa macam tak pernah tengok walau di Zoo Negara. Sangat comel tau monyet ni dengan warna dia kelabu seakan-akan beruang kaola. Walaupun Frazer Hill glamour dengan Bird Race tapi tak jumpa pulak burung-burungnya.

Kami berhenti di masjid untuk solat dan berhenti makan. Untuk makan, ada je kedai-kedai makan yang ada kat sini. Kalau Sabtu Ahad, ramai la yang menjual bawah payung area bulatan jam tu.

Niat hati nak pergi ke arah tasik nak tengok / naik beca air kan..tak pun ke kebun strawberry tapi Aisy dah mengamuk nak balik. Dia bosan la t sebab tak de apa-apa.

Macam pergi Cameron jugak, bukan ada apa, tapi dia excited sebab boleh tidur hotel sambil mandi dalam bathtub tu. Yang ni dia dah bosan terus ajak balik.

Sebelum balik tu, jom kita singgah beli fridge magnet sebagai tanda jejak dah sampai. Kat sini ada dua souvenir shop boleh pergi area bulatan jam tu. Kami pergi dua-dua tempat tapi kalau nak banyak pilihan, better pergi yang dalam hotel Puncak Inn tu. Walaupun dah beli kat kedai yang 1st, beli lagi kat kedai yang lagi satu tu sebab jumpa yang lagi cantik.

Jalan turun ke Raub, Aisy muntah tengah jalan. Waaa..bertabah lah hati dengan bau muntah dia sebab takde tempat nak buang muntah dia sebab jalan kecik sangat, tak de tempat boleh berhenti kejap.

Itu je pengalaman aku kat Frazer Hill, rasanya akan pergi lagi ni..macam seronok jugak.

Monday, April 3, 2017

My Hero Turn 3

12 Mac 2017 hari tu genap umur Amsyar 3 tahun.

Happy birthday sayang buntat. Love from heart till Jannah tau..

Tahun ni tak celebrate pun kat mana-mana. Mula nak buat kat nursery, tapi semua budak-budak nursery dia tak berapa sihat, so kita tak buat pun walaupun  boleh buat kat rumah kan.

Tahun ni Cik Su tetap orang yang sama yang akan belikan kek untuk setiap birthday anak sedara dia. So, dalam hidup korang bertiga mesti kena ingat doakan Cik Su, Cik De dan Tok Ma selain mama dan abah.

Walaupun tak celebrate, diorang sangat happy bila dapat tiup lilin dan potong kek. Itu je yang diorang harapkan. Tak kisah lah kek tu hanya bernilai RM 10 pun, tetap diorang akan sangat gembira.

Sebab tu aku rasa aku akan sambut birthday diorang sampai diorang sendiri yang tolak tak nak birthday cake lagi.

My buntat Amsyar,
Happy birthday, happy bornday..
Sayang mama infiniti tau..
Tak de garis putus
Walaupun bila besar nanti Amsyar bukanlah orang yang ternama,
Bukan orang terkaya,
Bukan orang terpandai,
Yang penting Amsyar boleh bacakan ayat-ayat suci Al-Quran
Amsyar boleh temankan mama pergi Haji,
Amsyar boleh mandikan jenazah mama,
Amsyar boleh sembahyangkan solat jenazah mama,
Amsyar yang akan doakan mama tiap-tiap hari,
Itu sudah cukup untuk mama tau...
Sayang Syar ketat-ketat.
 

 
 

Saturday, April 1, 2017

Pendaftaran Pra Sekolah

Salam..

Hari ini aku nak kongsi berkenaan pendaftarn pra sekolah. Maklum la, mesti ramai yang tengah survey website untuk pendaftran pra sekolah kemasukan bagi tahun 2018.

Bagi pendaftaran, boleh buat permohonan melalui dua cara:-

i. Permohonan Online
 Tarikh Permohonan : 01 Mac 2017 - 30 April 2017

ii. Permohonan manual
Tempat : Semua sekolah yang ada pra sekolah tempat kita nak hantar anak kita tu la
Tarikh : 01 Mac 2017 - 31 Mei 2017


Syarat permohonan kemasukan pra sekolah 2018 :-

i. Kanak-kanak warganegara MALAYSIA sahaja

ii. Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2012 - 15 Januari 2014 sahaja.


Manual semua boleh rujuk kat website kat atas atau mana-mana website lain. 

Aku just update kat sini bukan apa, kalau korang tengok syarat pendapatan tu, abaikan saje lah. Isi je borang tu walaupun pendapatan anda adalah lebih RM 10K sebulan. Sebab pihak sekolah yang akan buat nilaian. Mereka akan pilih yang benar-benar layak. Mana la tau, rezeki kita ni Allah yang bagi.

Selamat mencuba..anak I belum layak mohon sebab lahir Mac 2014, kalau 15 Januari, I dah mohon tau.