Tahun 2016 buat aku rasa teruji dengan ragam Amni yang tak nak masuk ke kelas selepas dia bertukar class teacher Maklum la, dapat class teacher lelaki, so dia rasa malu nak masuk kelas.
So, untuk tahun 2017, aku cuma bayarkan RM 100 untuk booking fee pada tahun 2016 walaupun aku rasa budak GA yang dah sedia ada tak payah bayar booking fee.
Sebelum sessi persekolahan start, dia kata dia ok je nak sekolah kat Genius Aulad dan nak masuk kelas teacher Azim (Kelas lama dia). Dia boleh je belajar kat kelas teacher Zu, tapi dia takde kawan. May be dia rasa lonely, tu yang dia tak nak masuk kelas.
Seminggu sebelum sessi persekolahan start, aku siap pergi sekolah jumpa Pn. Ati nak discuss macamana tentang Amni terutama sekali tentang yuran dan kelas. Alhamdulillah, Pn. Ati bagi kebenaran free trial untuk sebulan. Aku juga buat keputusan masukkan dia semula ke kelas asal dia walaupun Teacher Anizah tak dapat ambil kelas tu. Cuba saje la.
Sebab dia macam ok..macam-macam beli untuk dia. Sama je beli barang sekolah baru untuk kakak, semua stationary dia dapat yang sama. Dia pun sangat teruja tapi bila sehari sebelum 1st day dia (GA start Khamis walaupun sesi sekolah start Selasa), dia dah start buat perangai nangis kat rumah tak nak pergi sekolah.
Hari yang hantar dia ke sekolah tu nasib baik Rizal masuk kerja lambat sikit (rupanya memang kena cuti dua hari terus, nanti aku cerita). Lepas hantar dia masuk kelas, dia tak nak duduk dalam kelas. Kami tinggal je dia menangis luar kelas.
Pukul 10.00 pagi aku pergi semula GA jumpa dengan Pn. Ati, dia kata Amni dah ok. Dah masuk kelas dia semula.
Balik tu pun dia cerita dia masuk kelas teacher Azim dan ajar dia buat craft. Teacher Yus bagi dia gula-gula, nampak macam happy kat situ.
Hari ke-2, walaupun nampak macam liat-liat tapi tak nangis dah. Dia rupanya perlukan kawan-kawan dia yang lama. Thank you ye Medina, Syamel, Myra dan yang lain tak ingat nama jadi kawan Amni. Tq teacher Azim sebab sabar dengan ragam Amni tu.
Sekarang, walaupun dah ok dalam kelas, tapi masih perlu hantar dia sampai masuk kelas. Exercise la sikit naik tingkat 2 tu pagi-pagi. Dia suka la sebab dia pandai membaca dan teacher Azim puji dia. Bangganya dia balik bercerita teacher Azim cakap dia pandai.
Bukan setakat puji dia pandai, ada pulak perasaan perasan cantik. Bila tanya siapa yang cakap awak cantik, dia boleh jawab teacher saya la. Teacher yang dia maksudkan teacher Azim. Hish,,makin perasan la anak dara seorang ni.
Walaupun dalam discussion free trial sebulan, aku settlekan terus yuran dia bila masuk hari ketiga dia sekolah sebab dia dah ok. Tak mahu la tangguh-tangguh, nanti ilmu nak lekat susah pulak sebab berhutang kan.
Hahaha..ada cerita tau sebalik hari 1st day dia tu. Aku nekad jumpa dengan GB sekolah Aisy nak mintak kot la boleh masukkan dia ke Pra sekolah. Tapi nasib tak baik sebab tak register dia tahun lepas. Nanti aku update pasal pra sekolah ni ok. Bye..setakat ni dulu, nanti update lagi