Salam to semua yang sudi baca blog ni...
Kepada yang menantikan update blog ni, saya mohon maaf la ye sebab awal tahun ni kerja terlalu banyak sampai tak de masa nak update blog. (kenapa tak cakap sebenarnya kau malas kan senang tak gitu..hehehe)
Sebab esok dah last day bulan January, kena la update laju2 cerita pasal anak masuk sekolah ni. Kalau tak, cerita jadi bubur nasi. Kalau bubur nasi betul boleh makan, tapi sebab cerita yang jadi bubur, orang pun dah tak nak dengar...hehehe
Sesi persekolahan tahun ni kan di tangguhkan satu minggu, aku pulak buat deeekkk je dengan pengumuman tu sebab rasanya GA ni tak terlibat dan still akan buka sekolah 7 Januari.
Aduhai...nasib baik tergerak hati sehari sebelum tu nak telefon kalau tak anak aku je pergi sekolah. Hehehe...
Aku ambil half day leave sebab tahun ni Amni 1st day masuk kindy. Walaupun dia ada kakak, dan dia juga dah banyak kali turun naik GA tu. Aku tetap nak hantar dia. Bangun pagi dengan penuh semangat anak aku dua orang tu. Aisy lagi tak sabar sebab nak jumpa kawan-kawan.
Bila sampai je kat GA, Aisy tak bagi aku naik hantar dia kat kelas kau tahu...dia suruh aku teman Amni je. Eksen betul budak Aisy ni dengan ayat "kakak kan dah 5 years". Ayat poyo...geram...
Aku hantar Amni kat kelas dia. Kesian betul anak aku, tahun ni ada enam orang je untuk 4 years. Itu pun 4 boys, 2 girls. Tak ada choice nak pilih2 kawan. Hehehe..teringat waktu sekolah dulu suka pilih2 kawan.
Dia nampak ok, yang 4 years semua ok..tak ada drama macam waktu Aisy last year. Yang drama aku tengok 5 years ada la. Yang 1st time masuk kindy. Macam Aisy dolu-dolu..hehehe..
Sebab semua ok, teacher Sarah ni tutup pintu. Aku pun pergi lah menyelesaikan segala tok nenek payment yang belum selesai sebab sekarang despatch office dah tak banyak urusan di bank. Ni je la masa aku ada nak pergi bank.
Sharp pukul 10.00 am aku dah tercatuk depan pintu kelas Amni sebab diorang balik pukul 10.00 pagi untuk minggu orientasi ni. Bila teacher dia buka pintu aku tengok teacher Sarah ni tengah pujuk Amni yang dah cebik-cebik nak nangis. Bila dia nampak aku terus tak jadi nangis.
Sementara tunggu kakak dia keluar kelas, dia pun dah tak nak main slide kat sana walaupun semua kawan2 dia seronok je main. Sebab kakak dia macam lambat je keluar,, kami tunggu je dia kat bawah.
Anak2 aku masih lagi ditempatkan di nursery lepas waktu sekolah walaupun GA ni ada sediakan "KINDERKAIZEN" untuk transit dan yang terbaru ni diorang akan start option untuk full day pulak.
Nanti aku update tentang transit dan juga option full day untuk parents yang berminat nak hantar anak ke GA BSD ni.
Amni ni sebenarnya baru je umur 3 tahun 3 bulan, so aku tak boleh pun nak expect dia kenal huruf macam Aisy waktu dia masuk kindy. Bila ada test tu, Aisy pun level 2 tak silap aku. Yang Amni, aku tak harap dia berada di level apa pun, janji dia nak belajar dengan betul pun alhamdulillah.
Amni kalau nak dibandingkan dengan Aisy memang nampak kebelakang sikit. Aisy umur 1 tahun 6 bulan dia dah boleh bercakap dengan lancar tanpa perkataan yang pelat atau sebutan yang tak faham pun. Tapi Amni umur satu tahun baru nak mula bercakap. Dan umur dia 3 tahun ni la dia banyak sangat bercakap macam baru dapat mulut.
Macam Aisy aku boleh tau dia belajar tentang sesuatu yang ada depan mata dan telinga dia. Bila nampak atau dengar, dia fahamkan, tangkap dan terus ingat. Tapi Amni bukan macam tu.
Dia lebih kepada menikmati zaman kanak-kanak dia. Bermain segala permainan kanak-kanak, walaupun dia seorang tapi dia boleh je main masak-masak, main anak patung, main lego seorang2.
Sebab perbezaan dua watak ni, aku cukup bimbang jika Amni tertinggal jauh sangat ke belakang. Sebab tu juga setiap pagi aku hantar diorang, teacher dia akan update aku apa yang Amni boleh dan tak boleh. Dan aku ingat nak sediakan satu buku chat yang boleh teacher dia update apa yang Amni buat setiap hari.
Tapi berdasarkan kelemahan yang Amni ada tu, apa yang boleh aku kata tentang Amni selepas hampir 13 hari bersekolah:-
1. Dia adalah anak yang sangat senang nak urus ke sekolah sehingga ke hari ini. Walaupun mengantuk di pagi hari, tapi dia ok je kena angkat letak dalam bilik air dan jirus dia walaupun mata dia masih lagi terpejam. Tak ada bunyi merengek pun sebab dia yang nak pergi sekolah.
2. Dia tidak memilih mama sahaja yang siapkan dia dari A-Z tetapi lebih terbuka untuk menerima abah yang siapkan dia. Tapi Aisy, sampai hari ni masih nak mama.
3. Walaupun dia masuk dengan zero, tak kenal huruf dan number tapi boleh la bila dia nyanyi lagu abc tu, banyak huruf yang tinggal, mengira pun asyik tertinggal number je.
Alhamdulillah, dua minggu lebih dia sekolah ni dia dah boleh menyanyi lagu abc tu dengan betul dari A-Z dan mengira dengan betul dari 1-10.
Dia sudah kenal huruf alif dan ba juga untuk Iqra'.
4. Setiap hari balik ada saje aku dengar dia menghafal doa-doa dan juga selawat selain lagu-lagu. Setiap sebutan tu dah mula jelas.
5. Sangat excited bila dia diberi sticker yang cantik2 sebab dah boleh baca buku Starter Words tu.
Aku memang mengharapkan teacher2 diorang yang mengajar sebab anak-anak aku tak ada seorang pun sudi untuk belajar di rumah. Kalau aku yang mengajar, diorang betulkan pulak apa yang aku ajar. Boleh??? Muqaddam pun tak nak belajar tau kat rumah.