Friday, September 26, 2014

DaripadaNya Kita Datang, KepadaNya Jua Kita Kembali

Macam tak percaya je..sedang kami bergembira di Gambang waktu siangnya, Maghrib tu kami terima perkhabaran mengatakan pak cik aku yang berada di Kelantan tu meninggal dunia.

Selama ni yang kami ulang alik balik Kelantan tu memang sentiasa ke rumah dia. Ziarah dia sebab dia dah tak berapa sihat akibat diabetes yang kronik. Fizikal nampak sihat tapi mata dia dah banyak kali buat operation tak silap aku. Latest aku balik hujung tahun lepas tu pun selepas kami dapat tahu dia dah start buat hemodialisis.

Tu la last aku jumpa dia sebab sebelum aku bersalin tu, dia ada masuk hospital. Kaki dia dah kena jangkitan kuman dan nak kena potong, mak n adik2 aku je yg balik tengok dia.

Tu la dah takdir perjalanan dia macam tu. Waktu aku balik tahun lepas tu, dia ok je boleh jalan, boleh makan dan akan sihat macam biasa lepas buat hemodialisis. Lepas pada tu, puncanya kaca je masuk dalam kaki dia, tapi kaki dia memang dah kebas dan tak boleh rasa, so dia tak rasa sakit. Lama-lama kaca tu dah rosakkan kaki dia dan terkena jangkitan kuman.

Masuk hospital pun masih sedar lagi waktu mak aku pergi lawat dia walaupun tak la macam dulu. Tapi bila kaki dia dah kena potong, dia dah tak sedarkan diri.

Waktu kami ke Gambang tu, dalam perjalanan tu kami ada juga cakap2 kalau ditakdirkan dia pergi, kami terpaksa la bertolak balik ke Kelantan ikut Terengganu.

Mak n adik2 aku dah plan nak balik bila Labour Day je sebab keadaan dia dah tak sedarkan diri. Tapi umur dia lebih pendek dari yang kami jangka, dia pergi mengadap ilahi  26 April.

Nak bertolak dari Gambang terus tak boleh pulak. Adik aku tak habis kerja lagi. Kitorang plan bertolak 3.00 pagi. Assume pukul 8.30 atau 9.00 boleh sampai.

Tapi kami tak tahu jalan highway tu boleh rupanya terus ke KT. Kami exit bila jalan sampai Jabor kot dan terus ikut jalan dalam yang jauh sikit tu. Pukul 10.00 am pun kami baru je masuk sempadan Kelantan. Pasir Putih ke Bachok, aku pun tak tahu.

Bila sampai Chabang 4, arwah sedang dikebumikan kat tanah perkuburan. So, aku tak sempat jumpa untuk yang terakhir kali. Kubur pun tak turun sebab aku dalam pantang lagi kan. Duduk dalam kereta je.

Teringat waktu kecik2 dulu. Kami bukan orang senang, dalam adik beradik abah, abah je tak de kereta. Adik beradik abah yang lain semua ada kereta.

Bila time raya atau cuti sekolah, sebab arwah ni cikgu..diorang akan balik ke Pahang rumah nenek aku. Diorang akan datang ambik kitaorang kat kampung. Kalau niat tak nak balik tu tak jadi la, sebab tak sampai hati diorang dah sampai rumah kami nak ambik kami bawa balik kampung.

Aku ingat lagi, 1st time aku pergi Genting pun arwah yang bawa. Arwah sangat baik sebab tu kami adik beradik sangat2 sedih bila tak sempat jumpa untuk kali terakhir.

Anak arwah ni (sepupu aku), memang sangat rapat dengan kami sebelum masing2 berumahtangga ni. Kami 4 orang ni lagi rapat sebab aku dan sepupu aku tu sama2 belajar kat UTM johor. Abang aku pun ada kat sana. So, selalu la jumpa dan keluar.

Bila arwah tak ada, kami terasa seperti kehilangan lagi seorang ayah pada kami. Sebab dia adalah adik kepada arwah abah. Al fatihah untuk arwah Ayah Mud, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

(Dalam pantang2 tu pun, aku boleh berjalan sampai ke Kelantan, so nak highlight kat sini Amsyar dah sampai key kat Kelantan. Lepas ni kuranglah aktiviti kami ke Kelantan lagi sebab dah tak de siapa kat sana)

Thursday, September 25, 2014

Bukit Gambang Resort City : Water Park

Hari ke-43 dalam pantang tu, aku ikut jugak mak aku berjalan ke Gambang gara-gara adik aku yang kerja gomen tu dah sewa homestay. Lagi pun dia nak bawa anak-anak aku gi main air kat sana la.

Kalau orang tua-tua yang banyak sangat dan kuat sangat pantang larang dia, mana ada boleh berjalan-jalan, keluar rumah jejak tanah pun tak boleh kan.

Tapi sebab Aisy dah sekolah tahun ni, lepas dua minggu pun aku dah balik KL. Naik pulak tangga tingkat 4, so aku rasa kali ni punya pantang tak pantang sangat la.

Balik semula cerita Bukit Gambang ni....

Adik aku sewa homestay ni bukan homestay macam kat kampung tu. Aku kalau sebut je homestay aku pun terbayang rumah kat kampung je. Kihkihkih..

Depan Bukit Gambang Resort City tu ada satu taman perumahan, rumah teres single storey. Kat sana memang ramai yang beli rumah tu untuk dijadikan homestay. Sewa pun tak mahal, semalaman cuma RM 150 ke atas la. Depends pada owner.

Rumah yang kami stay tu, ada tiga bilik, fully furnished, dapur masak pun siap ada minyak, gula bagai. Tinggal ko nak beli makanan basah je untuk dimasak sebab area sana kedai makan tak banyak choice. Tapi yang stay kat hotel tu tak kisah la kan. Ni pada sape yang nak percutian budget la...macam kami satu family...

Lagi pun kami memang tak boleh nak sewa hotel...anak-anak aku kejap kang dia keluar masuk bilik sebab dia kira nak dok skali dengan mak sedara dia. Tapi nak mama dia jugak. Pastu bab makan, anak-anak aku tak makan apa yang hotel sediakan, dia kalau makan nasi putih nak lauk ikan singgang/ telur dadar/bayam masak air..nasi lain macam nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak kari daging tu makan la..tu je diorang makan, mee/mee hon, spagheti dan semacam lagi makanan lain tak makan. Macamana tu?

Disebabkan itu jugaklah aku jarang makan kat luar. Anak aku tak suka makan kat luar, dia suka makan dalam rumah / bilik je kalau stay hotel. Susahkan????

Balik cerita asal semula...kami bertolak awal pagi...tak la awal sangat sebab bawa budak kan...Lepas Subuh kami iaitu pukul 8.00 pagi...

Tapi Bukit Gambang tu tak jauh mana pun, kat Gambang je pun. Tiga jam dah sampai..lepas ambik kunci rumah, mandikan Amsyar, makan bekal dulu sebab tak breakfast lagi..terus pergi Water Park.

Untuk pengetahuan korang, kat sini tak boleh bawa makanan dari luar. Aku dah tahu tapi saje je isi sandwich letak dalam tupperware letak dalam baju2 dalam beg sandang tu tapi sampai sana dia suruh buka beg lak. Dia tak la keluarkan semua isi beg tapi tupperware kan keras, so dapat rasa.

Terpaksa keluarkan sandwich tu and tinggalkan kat pintu masuk. Apa yang boleh bawa masuk cuma semua makanan untuk baby je. Macam air panas, air masak, susu formula, nasi bubur baby. Itu je ye...



Tapi aku nak bagi tips la..tips jahat ni...kalau nak bawa jugak makanan yang tak merosakkan baju la kan...korang letak la makanan tu dalam plastik je. Balut dalam baju. Confirm diorang tak tahu...hehehehe



Makanan kat sana mungkin agak mahal la jugak..tapi sebab bawa anak-anak dan kita pun dah kerja, bukan student macam dulu2, belikan ajelah apa yang nak makan dan minum. Ayat berlagak sekejap...



Lagipun sangat lapar ok bila asyik main air je...



Aku tak berjalan keliling water park tu sebab masih dalam kepantangan yang tak pantang tu. Aku, mak n Amsyar rest kat pondok yang dinamakan wooden cabana yang disewa. Mahal tau pondok bodoh tu, tapi sewa dia sangat mahal dan tak berpatutan.



Pondok yang kami duduk tu dekat dengan bahagian Coco Beach. Aisy & Cheq Su dia usung double tubes tu ke hulu ke hilir sebab diorang mula2 main kat wave pool tu. Pastu pergi kat kiddi slide & Aqua Play lak.







Diorang ni main air start pukul 12.00 pm kami masuk sampai 3.30 pm. Baru keluar. Sebelum balik,, harus beli fridge magnet sebagai kenangan.

Balik lepak rumah sewa sampai penat tak leh bangun diorang ni. Bukan diorang je, dengan aku2 sekali rasa tak boleh nak bangun. Rasa macam penat lak, macamkan aku je yang mandi manda.

Adik aku yang kerja gomen tu dari sepatutnya pergi seminar tu petang, tak larat punya hal, malam baru pergi. Itu pun Amni sibuk je nak pergi main lagi.

Asyik2 cakap nak pergi main kat penguin sampai la hari ni. Insyaallah, next time datang dengan husband lak sebab Rizal jeles tu. Dia tak pergi lagi n hope Amsyar dah boleh main air sebab sekarang kalau letak dia dalam besen suka bebenar dia menepuk air.

Bab gambar aku upload ni kurang cantik la sebab pakai hp je kan. Boleh tu, tahu nak pergi tempat macam ni tapi satu kamera pun tak bawa.

Sekian, laporan saya tentang Bukit Gambang Water Park, lain-lain aktiviti dan tempat menarik sila lawati laman web Bukit Gambang sendiri ye. Sekian, cerita saya. Terima Kasih.....

Wednesday, September 24, 2014

Majlis Akikah Amsyar

Dalam banyak-banyak cerita nak update, aku tertinggal lak cerita nan satu ni. Punyalah update Amsyar umur dua bulan la, lima bulan la..tapi cerita lepas dia lahir & perkara paling penting untuk dia tertinggal lak nak cerita.

Majlis Akikah Amsyar ni kami buat waktu Amsyar baru je berusia 18 hari je. cepat kan!!!!

Mana taknya, kalau boleh aku nak buat dalam masa dia tujuh hari tu tapi dengan dia kena kuning la..dengan tali pusat dia tak tanggal lagi la.

Waktu dah war-warkan kat orang kampung nak buat kenduri pada 30.03.2014 tu, tali pusat dia pun tak tanggal lagi. Mak aku punyalah risau sebab lambat bebenar tali pusat budak seorang ni tanggal.



Alhamdulillah, genap dua minggu barulah tali pusat dia tertanggal. Hehehe...pada hal duit booking kambing dah bayar tu...tak kisah la dik kan. Tali pusat tak tanggal pun, yang penting akikah tu perlu disegerakan.

Sebab dia anak lelaki kita akikahkan dia dengan dua ekor kambing. Alhamdulillah, sempurnalah niat mama dan tanggungjawab mama untuk tugas yang satu ni bila daging kambing selamat dibuat kari. Emm..sodapnya...




Majlis naik buaian ni berlangsung macam biasa la..chewah..naik buaian tu..bukan cukur jambul...aku pun tak tahu nak guna bahasa apa untuk majlis ni. Orang cakap cukur jambul tu haram..so kita cakap naik buaian je la..ayun buai...




Tema warna adalah peach merah...baju aku adalah baju raya tahun lepas. nasib baik muat nak pakai sebab badan sudah naik lagi lima kilo..huaaaaaa..berat aku naik tak turun-turun apa kes ni...dari 45kg, sekarang dah 65kg..tolong akuuuuuuu...............



Kesian Amsyar..macam Amni jugak..tak de baju yang boleh dia pakai. Adik jahit baju melayu merah tapi kecik sangat. Tak boleh pakai. Abang aku bawa balik baju raya Naqib, tapi besar sangat. Amsyar kan lahir kecik je..macam cicak, cekeding je dia...tapi baju adik jahit lagi kecik







Terpaksa la pakai romper putih je. Macam kakak Amni dia jugak, pakai romper je. Kesian kesian kesian...

Singgahsana buaian Amsyar adalah hasil deko adik aku sendiri. Siapa berminat boleh call dia ok macam entry aku semalam.

Tapi majlis kali ni dimeriahkan lagi dengan birthday Aisy. So ada satu meja ala candy buffet untuk birthday Aisy.




Aisy dan Amsyar tarikh lahir diorang beza betul-betul tujuh hari. Aisy 19 March, Amsyar 12 March. Aku ingat Amsyar lahir lambat, boleh la sama dgn kak Aisy dia. Tapi terawal lak...

Tak sama pun tak pe la..janji mama jimat dah. Hahahaa...tahun depan birthday anak2 tetap dua kali setahun je sebab aisy & Amsyar buat sekali. Amni je dia hujung tahun seorang2.

Ok la..macam banyak kerja, tapi bila dah menulis ni macam tak nak stop pulak. Jumpa lagi di lain siaran ye


Tuesday, September 23, 2014

Buaian Untuk Majlis Berendoi / Cukur Jambul

Promote..promote..promote...

Ni ada lagi bisnes yang adik aku ada buat. Kecil-kecilan je..tapi sape ada berminat boleh call or whatssapp dia direct ye.

Adik aku ni memang suka sangat la bab mengadakan majlis cukur jambul ni. Dari majlis Aisy sampai la ke Amsyar. Dan terbaru ni dia dah dapat order lak dari satu rumah jiran. So sape berminat nak hire adik aku untuk majlis cukur jambul anak korang boleh call dia. Fb dia pun ada kalau nak tengok kan

Call : 0179037842
Whatsapp: 0133575901
Fb: Norhusmaiza Husain

Design rumah jiran

Boleh pilih
Buaian Amsyar (2014)

Buaian Amsyar (2014)
Buaian Nadzim & Nadzif (2013) untuk kembar
Buaian Naqib (2012)

Buaian Amni (2011)


Buaian Aisy (2010)


Buaian Aisy (2010)

 Ok...kalau berminat boleh pilih nak design, color, deco, theme...janji murah je..kalau tak percaya boleh call adik aku. Korang mesti tak percaya dengan harga yang dia letak.

Barang2 ni semua ada kat rumah mak aku kat Raub, tapi kalau adik aku kerja kat KL. Kalau orang Selangor or KL berminat pun boleh kot. Janji call dia dulu.

Sebab dah promote buaian ni, aku pun nak promote kumpulan marhaban la jugak kalau berminat,

Ni aku attach gambar kumpulan marhaban kampung aku tapi diorang pun pergi jugak kalau orang luar panggil untuk marhaban. Tapi biasalah, kumpulan marhaban ni mestilah dibayar. Bukan percuma tau.

Kuning

Peach

Purple Pink

Purple

Turqoise
Biru & Gold

 Kalau berminat boleh la tanya sekali kat Maiza tu. Baju pun boleh pilih nak color apa ye.

Ok..sekian saje update blog untuk hari ni.