Dua bulan aku breastfeed kan dia sepenuhnya..Sudahnya hari pertama aku nak kerja dia tak pandai hisap guna botol.
Waktu sebelum start kerja, aku try bagi tapi dia tak nak..nangis-nangis terus aku tak bagi. Sebab dia selalu buat macam tu langsung tak paksa guna botol. Yang susahnya mak aku la.
Tapi mak aku adalah supermom. Bab-bab mengasuh budak ni dia memang sangat2 pandai. Tu la pasalnya anak-anak aku kalau dengan mak aku, dengar sikit cakap. Kalau aku yang cakap, huh..susah nak dengar.
Setelah menangis hampir setengah jam, mak aku pun mandikan Amsyar. Lepas mandi mak aku terus bagi susu. Minum jugaklah walaupun tak nak. Puas mak aku fikir macamana nak handle Amsyar ni nak bagi dia minum. Sudahnya mak aku standby kan susu terus, bila nampak dia macam nak bangun je tidur, terus bagi.
Akhirnya sampai ke hari ni, dia dah ok dengan botol susu. Cuma malam je la direct feed dengan aku. Terpaksa gak mencampurkan susu sebab aku tak punya banyak masa nak mengepam susu.
Amsyar ni senang je rasanya menjaga dia. Dia tidur je, bangun pun nak menysu. Dia ni macam ni tau, kalau dia tidur dua jam, dia menyusu pun dua jam.
Bila dah masuk dua bulan ni, mata pun dah boleh nampak orang ni. Asyiklah suka sangat memandang orang yang berdiri kalau dia baring atas tilam. Kadang siap tegur lagi, itu maknanya suruh angkat dia la tu.
Tapi kalau angkat dia jangan haraplah dia nak duduk mengadap kita elok-elok. Confirm menangis lepas lima minit. Tak bagi dia menangis kalau dah angkat dia tu, kena la dukungkan dia ke atas bahu. Dukung badan dia dan sangkutkan kepala dia atas bahu kita. Dia mengadap belakang tak pe la. Senyap je dia. Cuma letih la nak dukung macam tu.
So, cara paling senang, bila dia dah kenyang hisap susu, baringkan dia. Bagi dia nampak kita, so kita terus bercakap-cakap dengan dia. Dengan gembira dan senang hatinya dia akan ketawa mengekek-ngekek atau pun berbalas cakap dengan dia.
Amsyar ni setakat ni memang baik lah. Aku kalau nak sembahyang, aku cakap ngan dia mintak dia baik sekejap kan..dia memang baik je, lepas je bagi salam lepas solat, terus dah bunyi panggil kita ambik dia..
Dari segi fizikal, dia lahir sama macam kakak dia, tinggi : 49cm, berat 3.07 je. Dah masuk dua bulan hari tu berat dah naik 4.5kg..tapi dia tak la setembam kakak dia. Tangan dan kaki dia tak la kembung je macam kakak2 dia. Yang naik nyer kat muka ngan badan je. Peha tak la kembang macam kakak dia. Mungkin sebab dia boy kot.
Walaupun lahir sama je macam kakak dia..putih tapi bila dua bulan ni dia tak la macam kakak dia. Amsyar nampaknya akan menjadi buah manggis dan bukannya buah sukun macam kakak dia. Muka dia gelap sikit, tapi I tak kisah. Dia kan boy, haruslah macho kan. Janji sihat, sempurna..alhamdulillah. Putih tak putih ni bukan aku kisah sangat pun. Tapi takut gak dia kecik hati bila dah besar nanti. Kenapa kakak dia putih dia gelap kan.
Amsyar, mama nak bagitahu ni. Amsyar gelap ke, putih ke..Amsyar adalah anak mama dan abah. Tak percaya tengoklah muka Amsyar kan sama macam kakak Amni. Mungkin sebab Amsyar ikut mama kot...hehehe...
Peace....
Sunday, May 25, 2014
Saturday, May 24, 2014
Kisah Berpantang
Orang Melayu ni kan penuh dengan pantang larang tambah lak kalau melahirkan baby..
Buat kali ketiganya dalam hidup aku berpantang. Kalau waktu Aisy dan Amni dua bulan cukup aku lepak kampung, then baru balik KL. Tapi tidak untuk kali ni..Lebih kurang dua minggu je aku kat kampung lepastu aku balik KL sebab Aisy kan dah sekolah (alasan).
Cerita pasal pantang ni..dari start Aisy sampai la Amsyar ni makin lama makin teruk jugak la kaedah aku berpantang ni. Tapi bab makan memang betul2 pantang sampai habis 44 hari la. Apa yang aku makan? Lauk ni la aku makan sampai anak-anak aku pun makan benda yang sama hari-hari. Nasi putih, Sup sayur sawi dan ikan selar bakar/rebus je..Rasa macam nak muntah tengok ikan tu. Jemu2 aku masak singgang ikan. Lepas tiga minggu aku start makan sup ayam..Kuih lak tak de apa boleh makan selain kuih bingka dan apam. Huhuhu..betapa tak best..Kena tunggu 100 hari baru boleh makan betul2 ni.
Kisah bertungku pulak, waktu Aisy 44 hari 2 kali sehari. Waktu Amni 44 hari biasa pagi dan petang jarang-jarang. Waktu Amsyar lak, pagi pun kadang tak sempat pun nak bertungku tapi aku try jugak dapatkan satu hari bertungku. Kalau tak pagi, petang try jugak. Tak dapat petang, malam pun aku bertungku.
Bab barut perut tu kalau waktu Aisy pagi malam pakai barut. Waktu Amni ngan Amsyar ni, malam je pakai. Siang tak dan pun nak pakai. Sibuk menguruskan anak betul. Bila pakai jadi tak selesa lak sebab kejap nak ke sana, kejap ke sini.
Bab stokin lak..malam nak tidur je lah pakai stokin nyer. Mana nak sempat pakai stokin kalau baru je nak duduk anak seorang ni berak..lepas tu seorang lagi. Lepas tu anak yang ni nak mandi..lepastu nak mandi lagi. Sudahnya waktu tidur je boleh pakai.
Pantang kali ketiga ni pulak terpaksa la masak sendiri sebab dua minggu je dah balik KL kan. Lagi pun aku sihat je..bersalin hari tu tak buka banyak sangat kan, just kena jahit dua jahitan je..tu yang aku sihat je..boleh menguruskan karenah anak-anak yang tiga orang tu..
Tiga orang anak..tiga perangai..tiga laku..pening-pening...

Friday, May 23, 2014
Orang Baru
Assalamualaikum...
Mulakan entry hari ni dengan salam sempena hari Jumaat dan sesuai jugak dengan tajuk entry hari ni.
Mari ku perkenalkan budak ketik ni dulu...
Hehehehe...
Sape budak ni?
Dia adalah anak aku yang ketiga dan mungkin rasanya yang terakhir la...
Hai...
Nama saya Mohammad Harith Amsyar bin Md Rizal..
Saya selamat dilahirkan pada 12 Mac 2014 di PPUKM pada jam 1.20 pagi ye..
Saya lahir secara normal setelah mama saya sakit tak lama pun..
Tapi mama saya dah lupa macamana nak keluarkan baby sampai kepala saya sangkut sekejap...
Kah kah kah....

Thursday, May 22, 2014
Aku Kembali
Welcome back untuk diri sendiri dulu...
Mulai detik ini aku nak yakinkan diri berusaha mengupdate blog ini sebanyak mungkin dan yang penting serajin boleh.
Blog ni macam dah lama jadi semak yang ditumbuhi lalang-lalang. Tuan punya entah ke mana la agaknya menghilang diri.
Hari ni aku kembali untuk membersihkan semak-semak yang ada.
Aku tekad akan mewarnai kembali aku punya blog ni.
Tekad perlukan usaha...
So...
Chaiyo..chaiyo..chaiyo

Subscribe to:
Posts (Atom)