Wednesday, May 29, 2013

Dialog Nak Sambut 5th Anniversary

Husband : Sekejap je, dah nak masuk 5 tahun  dah kita kahwin. Nak celebrate kat mana ni?

Aku : Nak pergi mana ke?

Husband : Ladang sawit dah tunggu untuk dituai. Hahaha..sambut kat sana je la (kerja..kerja..kerja)

Aku : Tu la..minggu lepas dah cuti

Husband : Kiranya Aisy tu pun bulan 6 jugak la ye, lepas setahun kita kahwin yek?

Aku : Em..kenapa? Ni tengah ada niat nak tambah ke?

Husband : (Muka nakal senyum kambing) Tak de la..tak mampu nak jaga dua orang ni.

Aku : Em..hana pun tak nak la. Buat apa anak ramai tapi semuanya jadi tempat habuan kemarahan. Stress jaga dua budak nakal ni pun tak habis lagi. Aisy tu dah la berdukung lagi sampai sekarang. Hana lak yang dukung..Tidak la nak mengusung perut dengan dukung dia

Kesimpulannya...tak ada dalam plan nak tambah anak lagi kot..kecuali rezeki Allah nak bagi. Waktu dialog ni budak dua orang ni tengah buat apa?

Aisy tak nak balik. Ada kat rumah cheq su dia. So stand by nak gi ambik dia la..layan tv dulu, kalau telefon tanya nak balik ke tak, mesti dah suruh gi ambik dia dah. Ni la rutin tiap2 malam kalau dia tak nak balik. Ada kau larat nak mengandung kalau nak kena naik turun tingkat 4?

Amni dengan nakal dia panjat sofa duduk dekat tingkap dengan bear dia. Macam nak bunuh bear dia je gayanya. (Try selit bear celah2 grill sebab nak jatuhkan dari tingkat4).

Tuesday, May 7, 2013

Lepas PRU 13

Yang dah jalankan tanggungjawab..tahniah..anda warganegara Malaysia yang bertanggungjawab..yang tak menunaikan tanggungjawab, jangan nak bising-bising. Pung pang pung pang tapi tak mengundi.

Itulah, kalau Bangla nak mengundi bising..korang yang jadi warganegara tak nak lak mengundi...

Lagi satu tak payah nak bising-bising lah..keputusan dah dapat..BN menang dengan SUSAH PAYAH..(tengok muka PM kita waktu tunggu result) Muka tak happy kan...

Congrats buat DS Najib Razak. Semoga dapat laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemimpin Islam yang sangat disegani dan disayangi.

Berikutan result PRU 13 ni aku nak komen lagi coz ni blog aku...

Lebih ramai yang mengundi mengikut kaum...nak tahu kenapa? First aku nak cakap pasal Melayu la...

Ada setengah Melayu ni kurang bijak sikit. Mereka ingat bila Melayu bertanding dalam DAP, suara Melayu ni akan didengari oleh orang atasan DAP yang MT dia semuanya Cina tau...

Sebab tu boleh tengok kenapa DAP boleh menang banyak kali ni...Termasuk parlimen aku (RAUB) yang BN kalah dengan DAp tu..

Bab bangsa Cina lak..aku bukan nak buat isu perkauman pun...tapi aku cuma nak sampaikan kenapa kaum Cina lebih memilih DAP dari MCA.

Dalam kempen DAP, sape yang faham Mandarin boleh tahu apa agenda yang diorang kempenkan pada kaum Cina yang dulu menyokong MCA dan sekarang telah beralih arah ke DAP.

Perampasan Malaysia kepada hak milik Cina...itulah hakikatnya...Kalau DAP memang, mereka berhak ke atas kerajaan. Memang ada perlembagaan tapi mereka juga boleh aturkan untuk hapuskan perlembagaan yang ada.

Kan ada Raja dan Sultan. Perlembagaan kan bawah kuasa mereka. Ingat kuasa raja-raja tak boleh dihapuskan..Ada banyak cara diorang boleh buat kalau nak hapuskan kuasa Raja ni..Raja juga boleh digulingkan macam negara asal mereka di China sana tu. Diorang mesti tahu punya...

Kenapa tak pilih MCA. MCA disokong kuat macamanapun dia masih terletak dalam BN. BN masih mengekalkan Sultan & Raja-raja. Macamanapun diorang mesti di bawah orang Melayu.

Kesimpulannya, diorang sudah tak nak bawah pimpinan orang Melayu yang pada mereka adalah orang sentiasa menumpang hasil kekayaan dan kesenangan mereka.

Memang tak dinafikan yang mereka ni adalah golongan rajin, so diorang sudah tak nak kongsi kekayaan mereka ada dengan Melayu. Melayu ni malas, nak tumpang senang je...

Sebab tu bodoh sangat yang mengharap PTPTN hapus dan pendidikan percuma. Yang galak sangat menyalak nak PTPTN hapus tu Melayu la sebab tak nak bayar pun hutang tu. Cina melalak pun dia bayar jugak..Melayu menyalak sebab tak nak bayar. Lain kali bayar la hutang PTPTN dulu baru beli kereta ke..rumah ke..melancong ke...

Dalam kes rasuah lak...Sebenarnya banyak terlibat dalam rasuah ni kaum Cina ngan Melayu. Siapa yang bagi...Cina yang kaya..yang semua nak cepat dan dapat...siapa yang bodoh terima rasuah...Melayu yang rasa gaji tak cukup..yang agama Islam tapi tak faham hukum Islam..yang tonggang tonggeng sembahyang lima waktu tapi bab rasuah terima jugak...

Bila orang Melayu terima dengan tangan terbuka, mereka bertepuk tangan gembira. Bodoh punya Melayu...RM 10.00, itulah nilai maruah dan agama orang Melayu.

Ramai yang menyalak kata orang atas banyak corrupt...tapi tak kisah lah..corrupt pun Million2..korang yang corrupt setakat RM10.00 je, buat malu muka. Lain kali kalau nak corrupt, demand la sikit..tak pun sediakan invoice senang charge atas service fee sekali dengan tax 6% untuk gov. Barulah tak nampak macam corrupt....

Tutup pasal tu aku nak sentuh lak apa yang pemimpin yang dipilih dan menang patut buat.Rakyat ni sebenarnya lembut sangat kan..

Sebab tu jangan laung je Pemimpin Dekat Di Hati Rakyat tapi tak buat...(BN la tue...) Start semalam patutnya dah terima mandat..terus pergi ke kampung-kampung, kawasan-kawan perumahan, bandar ke...jumpa rakyat ni..ucap terima kasih.

Aku nak saran kat PM supaya setiap rumah diberikan satu report card..Kalau wakil rakyat ada jumpa isi rumah ni, waktu tu la buku report card ni dicatat/ di cop/ aduan/ cadangan di tulis..ada mata nilaian dan perlu disahkan oleh kedua2 pihak. Tiga bulan sekali kerajaan pusat kena collect report card tanpa melalui tangan Adun & Parlimen ni. Tarikh jugak tak diberitahu.

So, dari sini, semua orang tahu siapa yang lebih buat kerja, dekat di hati rakyat..apa yang diperlukan oleh rakyat..tak semestinya Adun / Parlimen je..siapa2 individu yang buat kerja amal yang baik hati jumpa isi rumah ni...boleh tulis jugak dalam report card tu..mungkin lain kali boleh pilih jadi calon pulak...

Aku suka tengok Selamat Pagi Malaysia pagi tadi kat TV1..ada satu gambar Parlimen Miri tak silap aku..Miri kan BN kalah..DAP kan menang..BN nyer calon tu jumpa orang kampung ucap terima kasih sebab sokong dia selama ni. Siap ada gambar makcik tu pakai tudung menangis..sedih kot..bersalaman dengan bekas Parlimen tu..mungkin dia sangat baik, dekat di hati rakyat tapi tidak cukup kuat lagi coz hampir 5000 orang tak mengundi.

Ayuh..semua wakil rakyat, YB2, Dato2...jalankanlah tanggungjawab anda. Selepas ni kenduri kahwin dan orang meninggal, cepat2 lah gi jenguk..mereka lebih perlukan perhatian dan keprihatinan anda.

Lepas PRU 13 ni jugak kita leh tengok Melayu dah bergaduh sama Melayu..perang mulut dalam comment...sebab tak puas hati..termasuk aku yang menyibuk kat FB

Patutnya Melayu kena bersatu..Melayu PAS, UMNO, PKR, DAP, BERJASA, BEBAS kita bersatu untuk Islam pulak..Parti berbeza tak pe..itu hak..tapi Melayu & Islam kena bersatu..tutup bab kuasa kerajaan bukak pulak akhlak & moral rakyat Islam negara kita ni.

Persidangan harus dibuat macam OIC tu. Tapi tak payah lah nak rebut jawatan Presiden tu..yang penting majlis syura tu..Bincang apa yang patut buat supaya rakyat yang beragama Islam di negara kita ni akhlak dan moralnya sangat tinggi.

Ok..til then..letih nak menaip dah..



Friday, May 3, 2013

Kenapa Parti Politik Berkempen Habis-Habisan PRU13

Semuanya ada satu matlamat...KUASA...

Siapa pun kat atas, kita bukan dapat apa pun..dapat lah yang cebis-cebisan..itu pun kalau dapat..tapi banyak yang tak dapat...

Semua wakil Parlimen & Dun sekarang hebat berkempen..macam-macam manifesto keluar..

Janji hanya untuk kaburkan mata rakyat untuk melantik diorang..

Agenda sebenar adalah KUASA..semua nak tunjuk siapa lebih hebat BERKUASA..

Bila berkuasa...semua pun dapat masuk poket sendiri...tak payah cakap pasal corrupt la..siapa yang ada kat atas pun pasti corrupt..

Mesti nak masuk poket sendiri untuk bekalan anak2 masa depan..(duit haram tue...)

Tak payah orang politik, orang berniaga ke, orang yang bekerja ke..semua pun sama je..semua nak corrupt sebab pentingkan diri sendiri...

Phuuiii untuk semua yang nak KUASA & DUIT ni..boleh bungkus semua masuk dalam kubur

Undilah Dengan Bijak...

Bukan nak kempen..tapi cuma mengingatkan diri sendiri dan juga yang membaca...

05 May ni (Ahad) keluarlah mengundi. Jalankanlah kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia.

Pilih lah dengan bijak..jangan ikut emosi dan terlalu taksub dengan sesebuah parti..

Sebelum mengundi, semak dulu ye..make sure nama you all ada...

Selamat mengundi..peace####