Monday, April 26, 2010

Aisy dah botak........

Semalam sudah selesai majlis cukur jambul dan hari ni juga dah selesai mencukur rambut si kecik Aisy ni...

Petang tadi tak de buat apa dengan mak..so kitorang pun pakat cukur rambut Aisy...rambut Aisy lebat sangat so kena gunting dulu baru cukur...itu pun buat waktu dia tidur..kalau tak, mana boleh cukur rambut dia..




Cukur rambut Aisy waktu dia tidur



Lepas mandi, letak bedak sejuk mak kata bagi tumbuh rambut cepat

Tapi bila dah selesai, ada orang kecik hati..abah Aisy la..dia kata ni anak dia gak, dah la semalam dia tak sempat nak cukur jambul Aisy, langsung aku ngan mak dah cukur lak...la,nak salah kan aku lak...semalam dia dok je, pada hal boleh je kalau dia nak cukur...malas la nak layan..merajuk tak ke mana pun...esok2 ok la tu......

Sunday, April 25, 2010

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Hari ni genap Aisy genap 39 hari dan aku juga masih dalam tempoh berpantang...Kambing untuk akikah Rahadatul Aisy telah selamat disembelih awal pagi tadi..comel je kambing tu, putih melepak..

Sedari awal pagi lagi semua jiran tetangga kat kampung ni datang menolong untuk jamuan makan tengahari...menu hari ini? biasa la..mesti lah ada kari kambing, sambal tumis udang, ayam rendang, acar timun masak dan yang penting ada bubur caca..ni menu wajib kat sini kalau ada majlis cukur jambul...

Acara bermula pukul 10.00 am...bermula dengan marhaban dan berzanji...lagu2 untuk naik buai juga untuk Aisy...di pertengahan acara di teruskan dengan majlis cukur jambul...semua pun gunting rambut aisy yang lebat tu..lepas ni anak mama botak la..kena cukur...


Aisy & Wan Cu

Marhaban Team with new clothes sponsor by my lovely mom

Aisy with mama yang sudah gomuks...

With my lovely mom

Aisy with her lovely aunty ; C.Su

Aisy with her mama & abah

Selesai cukur jambul semua tetamu duduk kembali meneruskan marhaban yang belum habis...Marhaban habis dalam pukul 12.00 pm...Aisy? sungguh baik budak ni...sepanjang majlis berlangsung, dia tidur selena-lenanya...macam tiada gangguan..lagi seronok agaknya bila dapat tidur dalam buaian indah hasil rekaan C.Su dia...

Pukul 2.00 pm semuanya pun selesai..semua tetamu sudah pulang...begitu juga dengan sedara mara aku...Bila semua dah tak de, waktu ni la Aisy baru nak buka mata..terkedip2 mata..apa la Aisy ni...orang semua nak tengok mata dia...dia boleh tidur lak...


Aisy with her mama & aunties; C.De & C.Su

Sleeping beauty....

Sweet dream my love princess....

Culture

Kali ni aku tak dapat nak tolong adik2 aku membasuh pinggan mangkuk kerana masih lagi dalam keadaan berpantang...aku dah boleh berjalan macam biasa, tiada rasa sakit langsung selepas melahirkan Aisy..mungkin kesakitan tu dah habis sebelum melahirkan Aisy...makan juga masih dalam berpantang..masih makan ikan selar rebus, sayur sawi rebus dan nasi panas...huhuu..aku tak sabar nak makan sedap2...

Saturday, April 10, 2010

Peperiksaan Gred 41

Hari ini buat pertama kalinya aku tinggalkan Aisy..tak pernah lagi tinggalkan dia sejak aku lahirkan dia..tapi mama kena pergi jugak..mana la tau mama ada rezeki untuk dapat kerja dengan gov..dah lama mama mintak tapi tak pernah dapat..tapi mama tak pernah give up..usaha je la...

Husband aku balik malam tadi dan seawal sebelum subuh lagi kami dah bertolak coz exam tu pukul 8.30 am start...aku periksa kat Mardi,...kat ngan UPM...

Perut lapar tapi tak tau nak breakfast apa..akhirnya aku tak breakfast pun...

Jalan nak masuk ke Mardi jam gila..terlalu ramai yang exam hari ni...hari hujan lak tu..aku terpaksa menapak jauh sikit coz by by tersalah masuk jalan..hujan lak tu..nasib baik aku tak demam...

Exam berakhir jam 5.00 petang..banyak masa tertangguh dari jadual...sepatutnya habis kul 4.00 tadi..tapi masa tu tak boleh control..terpaksa la..dalam banyak2 soalan, aku leh jawab yang math tu je..yang lain tak main jawab je..kalau pengetahuan am tu lagi la ku tembak je...

Balik juga aku terpaksa menapak ke bawah..kami juga yang agak lewat keluar dari dewan..dewan lain kebanyakan sudah kosong...aku terus balik ke kampung...aku tak risau sangat..kat kampung ada mak, adik dan abang yang jaga Aisy...

Sebenarnya risau gak coz Aisy selama ni kalau nak tidur at least nak hisap susu aku jugak walau sikit sebelum tidur..nasib baik dia leh tidur lena dan tak meragam..alhamdulillah...

Sunday, April 4, 2010

Day 18...

Aku tak de apa nak cerita pun kat blog ni coz setiap hari pun aku melalui rutin yang sama setiap hari..namun,sampai ke hari ini, aku masih lagi belum mandikan Aisy...tak biasa dan takut jugak...tolong mandikan tu ada, tapi tolong la..bukan aku yang mandikan sepenuhnya......

Ok la..saje2 je nak update gambar Aisy untuk kenangan yang hari ni Aisy dah 18 hari.....



Tembamnya anak mama...

Saturday, April 3, 2010

Aisy Day 17

Hari ni Aisy dah 17 hari...dia cuma hisap susu, tidur..bila siang la..bila malam dan tengah malam, waktu tu la dia nak terjaga dan tak nak tidur...huhuhu.....








Hari ni jugak ada sambutan birthday cucu jiran depan rumah aku...Putera Iman genap setahun....Happy birthday untuk Iman..semoga Iman akan jadi anak yang soleh ye untuk mummy Ayu & daddy Abby